Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game percuma PS Plus Februari 2022 termasuk UFC 4, Tiny Tina, Dragon’s Crown Pro & Planet Coaster!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 27, 2022
in Artikel, Berita, Game Percuma, PS Plus, PS4, PS5
0 0
0
Game percuma PS Plus Februari 2022 termasuk UFC 4, Tiny Tina, Dragon’s Crown Pro & Planet Coaster!
Share on FacebookShare on Twitter

Sony hari ini telah mendedahkan game PS Plus percuma untuk Februari 2022 . Kali ini, kita akan mendapat akses kepada EA Sports UFC 4 (PS4), Tiny Tina’s Assault on Dragon Keep: A Wonderlands One-shot Adventure, Dragon’s Crown Pro dan Planet Coaster: Console Edition (PS5). Walaupun Planet Coaster tersedia untuk kedua-dua sistem, hanya versi PS5 sahaja yang percuma. Ketiga-tiga game ini akan akan tersedia secara percuma pada 1 Februari 2022 dan boleh dituntut sehingga 28 Februari 2022.

Your PlayStation Plus games for February are:

🤜 EA Sports UFC 4
🎢 Planet Coaster: Console Edition
👑 Dragon’s Crown Pro
*𝑑𝑒𝑒𝑝 𝑏𝑟𝑒𝑎𝑡ℎ*
🐲 Tiny Tina's Assault on Dragon Keep: A Wonderlands One-shot Adventure pic.twitter.com/ty2q8bxIqu

— PlayStation Asia (@PlayStationAsia) January 27, 2022

Jom kita lihat secara lebih khusus setiap game:

EA Sports UFC 4 adalah game MMA terbaru oleh EA. Selain daripada menyediakan lebih daripada 200 fighter sebenar, kita ada keupayaan untuk mencipta watak sendiri. Untuk mereka yang nak bermain solo, korang boleh cuba mode Career dan mencipta kerjaya sendiri atau bermain dengan kawan-kawan dalam mode multiplayer. Asalnya dikeluarkan pada Ogos 2020 dan biasanya berharga RM249.00.

Planet Coaster: Console Edition pula membolehkan kita membuat mencipta taman tema sendiri penuh dengan jumlah roller coaster yang tak terhingga. Korang boleh mengharungi senario yang ditetapkan untuk mengalami cabaran menjadi pengurus atau membina taman tema impian tanpa had. Terdapat juga “Frontier Workshop” untuk mencipta mesin sendiri. Dilancarkan pada November 2020, ia selalunya berharga RM209.00.

Tiny Tina’s Assault on Dragon Keep: A Wonderlands One-Shot Adventure adalah “re-release” bagi pek DLC Tiny Tina’s Assault on Dragon Keep yang asalnya dikeluarkan untuk Borderlands 2. Nasib baiklah kita tidak perlu base game Borderlands 2 untuk mencuba Tiny Tina’s Assault on Dragon Keep. Kalau korang suka game shooter dan francais Borderlands secara keseluruhan, jangan lupa cuba game ini. Game ini asalnya keluar pada November 2021 dan biasanya berharga RM39.00.

Dragon’s Crown Pro adalah “remastered port” untuk Dragon’s Crown, sebuah game 2D side-scrolling ARPG di mana pemain mengambil peranan sebagai hero yang harus meneroka penjara bawah tanah di kerajaan Hydeland.[ PS4. Menampilkan peningkatan untuk model PS4, sprite resolusi tinggi untuk menyokong resolusi 4K, dan semua DLC. Dikeluarkan pada 15 Mei 2018, ia selalunya berharga RM173.00.

Sebelum PS Plus Februari 2022 tiba, lebih baik korang claim dahulu game percuma PlayStation Plus untuk Januari 2022. Tawaran ini akan tamat pada 31 Januari 2022 di mana korang boleh mendapatkan Deep Rock Galactic (PS4, PS5), Dirt 5 (PS4, PS5) dan Persona 5 Strikers (PS4).

Sumber – PS Blog

Tags: Februari 2022Percumaps plusUFC 4
Previous Post

Peminat anime One Punch Man meminta studio lain untuk hasilkan musim ketiga!

Next Post

Steam Deck akan dilancarkan 25 Februari, ada solusi untuk kurangkan scalper!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Steam Deck akan dilancarkan 25 Februari, ada solusi untuk kurangkan scalper!

Steam Deck akan dilancarkan 25 Februari, ada solusi untuk kurangkan scalper!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd