Hari ini, Netflix telah melepaskan treler terbaru untuk anime Ultraman musim 2 selepas telah diumumkan beberapa bulan yang lalu. Dalam treler baru itu, ia juga telah mendedahkan tarikh rasmi tayangan anime ultraman tersebut iaitu 14 April 2022 secara eksklusif di Netflix seluruh dunia. Seperti biasa anda akan nampak enam kesatria Ultraman yang kita semua kenali. Berikut adalah treler rasmi tersebut:
Ultraman disertai Seven, Ace, Zoffy, Jack dan Taro. Kumpulan Ultraman yang bersatu padu ini bersama-sama menentang ancaman makhluk asing baharu.
Netflix
Musim pertama anime telah ditayangkan di Netflix pada April 2019 dan mempunyai sebanyak 13 episod. Kenji Kamiyama (Ghost in the Shell: Stand Alone Complex, Eden of the East, Napping Princess) dan Shinji Aramaki (Appleseed, Harlock: Space Pirate, Starship Troopers: Traitor of Mars) mengarahkan musim anime pertama. Production I.G (Ghost in the Shell: Stand Alone Complex, Eden of the East, Napping Princess) dan Sola Digital Arts (Appleseed Alpha, Starship Troopers: Invasion, Starship Troopers: Traitor of Mars) menghasilkan anime dalam 3D CG. Nobuko Toda dan Kazuma Jinnouchi menyusun muzik.

Maeno Tomoaki akan menjadi pelakon suara Ultraman Taro untuk musim kedua anime ini. Dengan tarikh tayangan anime Ultraman telah dideahkan, nampaknya kita hanya perlu menunggu beberapa bulan sahaja untuk menontonnya. Untuk segala liputan kami tentang Ultraman, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post