Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Review Razer X Fossil Gen 6 – Jam tangan pintar untuk gamer!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 6, 2022
in Aksesori, Artikel, Berita, Review, Review Produk, Teknologi
0 0
0
Review Razer X Fossil Gen 6 –  Jam tangan pintar untuk gamer!
Share on FacebookShare on Twitter

Razer telah mengumumkan kerjasama mereka dengan syarikat jam tangan terkemuka, Fossil, untuk melancarkan jam pintar edisi terhad iaitu Razer X Fossil Gen 6. Dianggap sebagai jam tangan pintar oleh Fossil yang paling inovatif setakat ini, Razer X Fossil Gen 6 akan dilancarkan secara global pada nilai harga $329 USD (anggaran RM1,379.66) dalam kuantiti terhad hanya 1,337 unit. Kami dapat peluang awal untuk melihat produk ini, jadi berikut adalah review saya untuk Razer X Fossil Gen 6!

Reka bentuk

Disimpan dalam kotak hitam berukuran 44mm, Razer X Fossil Gen 6 mempunyai dua tali silikon 22mm boleh ditukar ganti yang datang dalam warna ikonik hitam dan hijau Razer atau warna hitam premium. Secara sekilas pandang, ia tidaklah nampak begitu “gamer” dan sesuai dipakai oleh lelaki mahupun wanita. Apabila dihidupkan, kita dapat terus pakai jam tangan ini dan pilih antara tiga efek UI eksklusif yang terdiri daripada Analog, Text dan Chroma.

Bagi mereka yang tidak biasa dengan istilah Chroma, ini adalah teknologi RGB yang membolehkan kita menukar efek pencahayaan RGB. Untuk jam tangan pintar ini, hanya “Breathing, Spectrum Cycling, Static, dan Wave” sahaja yang ada. Semua fungsi akan dilakukan melalui paparan skrin sentuh 1.28’’. Selain paparan ini, Gen 6 mempunyai 3 butang di sisi kanan, butang “main menu” dan dua butang “shortcut”.

Satu-satunya perkara yang saya ingin mengadu adalah tentang reka bentuk butang di jam tangan kerana ia agak sensitif dan kadangkala akan tertekan secara sengaja. Mungkin ini tidak jadi isu bagi mereka yang berhati-hati, tetapi untuk pengguna yang lasak, saya sarankan anda untuk berhati-hati memandangkan produk ini pun khususnya direka untuk aktiviti lasak.

Prestasi dan perisian

Dengan storan sebanyak 8GB, memori 1GB, dan kalis air hingga 3 ATM (atmosphere), Gen 6 ialah jam tangan pintar pertama yang dikuasakan oleh Snapdragon Wear 4100+ untuk memberikan peningkatan dalam aspek kelajuan dan prestasi, termasuk memuatkan aplikasi dengan lebih pantas,  pengalaman UX yang lebih responsif, dan penggunaan kuasa yang lebih cekap.

Menurut Razer, ia mempunyai peningkatan prestasi sebanyak 30% berbanding unit Fossil Gen 5 dan bersama Wear OS oleh Google, jam tangan pintar ini sepatutnya dapat melakukan lebih banyak secara lebih pantas untuk memberikan pengalaman yang lancar.

Apa-apa hal pun, kita perlu memuat turun OS Wear dahulu dan menggunakan Bluetooth untuk bersambung telefon pintar ke jam tangan. Dengan teknologi Bluetooth 5.0, kepantasan pemindahan data digandakan lagi sehingga 4x. Selesai sahaja itu, kita kemudian boleh menyusun menu shortcut, membenarkan notifikasi untuk aplikasi, menetapkan kiraan data untuk urusan seharian dan juga mengambil tangkapan skrin di jam tangan.

Apabila menerima notifikasi daripada aplikasi komunikasi seperti Whatsapp, Facebook, dan sebagainya, kita boleh terus membalas terus dari jam tangan menggunakan fungsi voice record melalui mikrofon atau membalas menggunakan papan kekunci tersuai dalam jam tangan. Tanpa perlu mengganggu rutin harian atau sesi gaming, ciri-ciri ini memang sedia ada dalam kebanyakan “smartwatch”, cuma saya yakin beritahu bahawa Fossil Gen 6 terasa lebih mudah untuk digunakan berbanding jenama lain.

Jika rasa tidak lengkap dengan aplikasi sedia ada, anda boleh memuat turun aplikasi tambahan seperti Youtube Music atau Spotify untuk mendengar lagu-lagu kegemaran. Jam tangan pun mempunyai pembesar suara tetapi lebih sedap kalau menggunakan headset sendiri. Bateri? Tidak perlu kata, memang cepat telan. Tetapi itu saya akan jelaskan lebih lanjut di bawah.

Bateri dan pengecasan

Mengutamakan “kelajuan”, Fossil Gen 6 mempunyai tempoh pengecasan yang lebih singkat dan hayat bateri yang dilanjutkan berkat ” 4 pin USB fast charging” untuk memaksimumkan aktiviti harian.

Jam tangan ini dapat mengecas sebanyak 80% dalam masa lebih kurang 30 minit dan jika menggunakan mode “Smart Battery” khusus, saya boleh terus sambung pakai tanpa menunggu terlalu lama.

Mode Smart Battery dibahagikan kepada berikut:

  • Daily: kebanyakan ciri diaktifkan, dan ditujukan untuk pengguna yang kerap mengecas setiap hari
  • Extended: hanya aktifkan ciri-ciri penting apabila kita memerlukannya dan ditujukan untuk pengguna yang ingin mengecas selang beberapa hari. Hanya dapat tahan selama 2 hari semasa ujian saya.
  • Time only: Hanya menunjukkan masa sahaja dan boleh tahan selama beberapa hari (lebih 2 hari) jika dicas penuh. Mode ini akan dipakai secara automatik apabila bateri cecah 3%

Ciri-ciri kesihatan

Fossil Gen 6 mempunyai sensor kadar denyutan jantung canggih untuk proses “tracking” berterusan dan isyarat yang lebih tepat. Kita juga akan mendapat manfaat daripada sensor SpO2 baharu, yang menganggarkan kandungan oksigen darah si pemakai untuk melihat jika tubuh mengedarkan oksigen dalam kuantiti yang sihat.

Selain itu, kita juga dapat memanfaatkan teknologi kesihatan lain oleh Fossil Group, termasuk penjejakan “Cardio Fitness Level”, yang menunjukkan anggaran VO2 max dengan menggunakan kadar denyutan jantung semasa berehat dan biometrik pengguna untuk menunjukkan kesihatan kardiorespiratori.  

Bagi para gamer yang ingin kekalkan gaya hidup sihat, mereka dapat memantau kadar denyutan jantung sepanjang hari atau menjadualkan sesi rehat dan senaman mengikut jadual.

Pendapat

Sama seperti produk lain dalam kategori ini, jam tangan pintar Razer X Fossil Gen 6 memberi tumpuan kepada kecergasan, dan kesihatan pengguna. Fungsinya masih sama seperti smartwatch lain, namun ia menawarkan tahap prestasi dan kadar respons yang sangat pantas kerana perisiannya yang canggih. Boleh muatkan lebih banyak aplikasi, boleh dicaskan tanpa menunggu berjam-jam, Gen 6 bukan semata-mata untuk komuniti gamer dan sebenarnya sesuai untuk sesiapa sahaja yang inginkan gaya hidup yang sihat tanpa membiarkan teknologi menjadi penghalang.

Andai kata anda seorang gamer dan juga seseorang yang suka bersenam menggunakan jam tangan pintar, Razer X Fossil Gen 6 ternyata adalah pilihan yang bagus. Cuma anda perlu ingat; hanya 1,337 unit sahaja yang tersedia di seluruh dunia – jadi siapa cepat, dia dapat.

Akan tersedia pada nilai harga $329 USD (anggaran RM1,379.66) pada bulan ini, mereka yang berminat boleh mendapatkannya di di www.fossil.com, www.razer.com, dan pengedar terpilih.

Untuk maklumat lanjut tentang produk, sila tekan pautan INI. 

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: jam tangan pintarrazerRazer X Fossil Gen 6reviewsmartwatch
Previous Post

Tarikh tayangan Anime Ultraman musim jatuh pada 14 April 2022!

Next Post

Razer Chroma RGB terus berkembang dari PC ke Smart Home!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!
Mobile

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!

July 4, 2025
Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!
Review

Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!

July 4, 2025
Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”
Esports

Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”

July 4, 2025
Next Post
Razer Chroma RGB terus berkembang dari PC ke Smart Home!

Razer Chroma RGB terus berkembang dari PC ke Smart Home!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd