Nampaknya ada banyak untuk dinantikan pada tahun 2022 kerana spekulasi kata musim terbaru bagi anime Dragon Ball Super mungkin akan kembali selepas tayangan filem terbaharu.
Produser anime Dragon Ball dan editor manga V-Jump, Akio Iyoku, memberikan “petunjuk” tentang masa depan Dragon Ball dalam video yang disiarkan di laman web rasmi DB. Dalam segmen yang memberi info kemas kami tentang perkembangan semasa game dan manga, Iyoku muncul untuk membincangkan tentang produksi filem Dragon Ball Super: Super Hero.
Diedit dan kemudian dimuat naik oleh Twitter@DBSChronicles, Iyoku mengingatkan penonton tentang tarikh tayangan perdana bagi filem tersebut di Jepun dan mengatakan bahawa pencipta siri, Akira Toriyama, amat gembira dengan gaya animasi baharu. Dia mengakhiri mesej dengan mengatakan:
“Ada juga kemungkinan sesuatu yang berbeza selain filem akan keluar pada tahun ini,”
kata Iyoku.
Selepas viral, ramai peminat mula berspekulasi tentang “maksud sebenar” di sebalik mesej Iyoku. Ramai peminat termasuk saya berharap dapat melihat kepulangan anime Dragon Ball Super, yang akhir sekali ditayangkan pada Mac 2018. Sejak kesimpulannya, manga telah memasuki “Galactic Patrol Prisoner Saga” dan sedang menghampiri penghujung “Granolah the Survivor Saga”, yang kedua-duanya belum menerima adaptasi animasi.
Laman web rasmi DB juga mengesahkan bahawa manga Dragon Ball Super akan menamatkan story arc semasa tidak lama lagi, tetapi mengusik yang banyak “peristiwa besar” masih menanti Goku dan rakan-rakan.
Untuk sesiapa yang tidak sabar, lebih banyak info akan diumumkan selepas tayangan Dragon Ball Super: Super Hero selepas April 2022. Sementara itu, anda boleh menonton dulu treler terbaru yang memberi tumpuan pada Gohan. Tarikh tayangan antarabangsa untuk filem masih belum diumumkan, tetapi Iyoku berjanji akan bekerja keras untuk memastikan jurang antara tayangan Jepun dan tayangan antarabangsa adalah serapat mungkin.
Sumber – Twitter, official Dragon Ball website
@gamersantaimy
Discussion about this post