Boruto sentiasa mendapat sambutan yang bercampur-baur dalam komuniti anime. Walaupun sesetengah peminat gembira melihat sekuel dan rupa baru daripada siri asal Naruto, namun masih ada yang kecewa dengan perbezaan daripada yang original. Walaupun begitu, anime Boruto sudah melepasi 220 episod mengalahkan jumlah episode Naruto Part 1 tetapi masih dianggap sebagai anime yang membosankan.
Memandangkan anime ini telah disiarkan untuk tempoh yang lama, peminat sudah mula bertanya bila dan bagaimana siri ini akan berakhir. Ini kerana jalan cerita yang panjang dan episod filler tidak menyeronokkan. Jadi di sini saya ingin memberikan lima sebab mengapa Boruto semakin membosankan:
Watak siri Naruto semakin kurang screen time
Walaupun Boruto sudah pasti mempunyai fanbase yang besar dari kalangan penonton muda, terdapat sebilangan besar peminat siri ini adalah penonton Naruto. Jadi, kebanyakan peminat Boruto hanya ingin melihat semula watak-watak lama dan bukan watak baru.
Tetapi watak tersebut kadang-kadang tidak diperlukan sangat untuk plot menyebabkan mereka menerima screen time yang kurang. Watak seperti Naruto, Gaara dan Shikmaru yang dulu selalu mendapat perhatian kini jarang disebut. Ini kerana peranan mereka semakin mengecil di dalam siri ini dan lebih memfokuskan kepada Boruto.
Watak sampingan Boruto kekurangan sebab & motivasi
Kebanyakan shinobi baru juga telah mengambil peranan yang lebih kecil dalam episod yang terkini. Selain Boruto, Mitsuki dan Sarada, ramai watak original siri ini telah dikurangkan screen time mereka.
Sebagai tambahan, watak seperti Sumire, Iwabee dan Shinki hampir tidak diberikan screen time walaupun mereka cukup popular dikalangan peminat. Peningkatan tumpuan pada Boruto mungkin bermakna siri ini akan tamat tidak lama lagi dan dengan memfokuskan pada satu plot, pencipta boleh memberi tumpuan untuk membuat kesimpulan yang baik pada siri ini.
Puak terkenal semakin dilupakan
Agak sedih apabila puak-puak yang dahulunya dibanggakan dalam siri Naruto kini semakin dilupakan dalam Boruto. Puak seperti Hyuuga, Akimichi, Sarutobi, Inazuka dan Aburame hampir tidak mendapat sebarang screen time walaupun mempunyai jutsu yang menarik.
Puak-puak ini tidak diberi banyak pendedahan ketika siri naruto, jadi mungkin boleh diceritakan dalam siri Boruto. Walau bagaimanapun, mereka tetap jarang disebut dan sebaliknya, generasi baru pula diberi tumpuan. Walaupun peralihan fokus tersebut boleh difahami, tetapi mereka terlepas peluang untuk memanfaatkan puak yang ada.
Watak perempuan tidak mempunyai peranan yang besar
Salah satu kekuatan terbesar anie ini ialah gambaran kunoichi yang kuat seperti Sarada, Chocho, Mirai dan Hanabi. Walau bagaimanapun, baru-baru ini, siri ini telah gagal untuk memberikan watak tersebut screen time yang cukup untuk menunjukkan kebolehan mereka. Seperti Chocho pada awal siri ini, kini dia jaragan membuat penampilan yang memberi impak.
Walaupun menyertakan shinobi watak yang kuat, namun anime ini gagal memberikan mereka screen time yang lebih. Terutama sekali Sumire di mana pada awalnya memainkan peranan penting tetapi telah dilupakan.
Kebolehan terkuat Boruto masih belum diterangkan
Jougan misteri Boruto telah menyelamatkannya dari banyak situasi bahaya di dalam anime. Walaupun diharapkan berkali-kali, namun masih tiada penjelasan tentang bagaimana dan mengapa keupayaan itu berfungsi. Ini membolehkan Jougan milik Boruto melakukan semua benda tanpa had kerana ia belum diterangkan dengan jelas.
Kekurangan penjelasan ini boleh memberi bayangan untuk siri ini menjadi lebih panjang. Siri ini kerap menunjukkan Boruto bergantung pada Jougannya, menunjukkan bahawa penciptanya sudah kehabisan idea untuk jutsu baru.
Jadi berikut adalah sebab mengapa Boruto semakin membosankan. Saya faham mungkin ada yang mempunyai pendapat berbeza tetapi tidak boleh dinafikan bahawa anime Boruto semakin membosankan. Jadi apa pendapat anda? Boleh berikan di ruangan komen di bawah.
Untuk fakta dan trivia lain tentang dunia anime, korang boleh tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post