Seperti anda ketahui, memang terlalu banyak misi di dalam siri Grand Theft Auto. Tetapi di sini kami menyenarai pendekkan 5 misi paling memberi kesan; kerana kesukaran, impak kepada jalan cerita ataupun hanya sebab keseronokannya.
Game Grand Theft Auto memang bertunjangkan misi untuk menggerakkan jalan ceritanya. Ia membesarkan kawasan di atas map dan memberikan peluang-peluang baru untuk pemain.
Nombor 5: Wrong Side of The Tracks – GTA: San Andreas
Ini adalah misi awal dalam San Andreas, dan di ingati kerana tahap kesusahannya walaupun kelihatan senang. Misi ini dijalankan bersama Big Smoke.
Smoke menghadapi masalah dengan geng Mexico yang dinamakan the Vagos. Smoke akan meminta pemain untuk membawanya ke Union Station kemudian anda akan berjumpa dengan ahli geng Vagos yang vuba melarikan diri melalui atas keretapi. Anda perlu mengekori keretapi tersebut sambil Smoke cuba membunuh 4 orang ahli Vagos tersebut. Keretapi ini akan bergerak sangat jauh dan sekiranya anda gagal membunuh mereka, anda terpaksa pulang ke bandar melalui jalan yang sangat jauh. Dan lebih teruk, anda terpaksa bergantung kepada AI Smoke yang tidak langsung pintar dan anda tidak boleh menembak!
Nombor 4: Demolition Man: GTA: Vice City
Misi ini memerlukan anda mendapatkan tanah untuk seorang pembangun hartanah korup, Avery Carrington. Untuk menyelesaikan misi ini, anda perlu meletupkan pembinaan di atas tanah-tanah tersebut. Misi dimulakan dengan mengawal helikopter kawalan jauh dimana anda perlu menanam 4 bom sambil mengelak tembakan pengawal keselamatan. Dan helikopter mainan ini tidak mampu menerima banyak serangan.
Nombor 3: Friend Request – GTA V
Misi ini diberikan kepada Micheal oleh sahabat penggodamnya, Lester. Dia mahukan anda membuat sabotaj kepada satu persembahan live oleh syarikat media sosial dalam game tersebut iaitu Life Invader dengan menanamkan bahan letupan pada telefon bimbit yang akan digunakan ketika acara itu.
Misi ini tidaklah sukar, tetapi oleh kerana ia adalah satu sindiran kepada media sosial di dunia sebenar dimana ianya menunjukkan bahawa syarikat media sosial sebenarnya ingin mengetahui kehidupan peribadi semua orang.
Nombor 2: In The Air Tonight – GTA: Vice City Stories
Selepas beberapa misi, anda (sebagai Vic) akan menjadi pengawal peribadi Phil dan dia akan mengadakan konsert di Hyman Memorial Stadium. Misi ini memerlukan anda menangani pensabotaj yang ingin membunuh Phil, semua ini ketika dia menyanyikan lagu klasik 80an-nya iaitu “In The Air Tonight”. Selepas misi selesai, anda boleh membeli tiket dengan harga $6,000 untuk mendengar lagu tersebut tanpa gangguan.
Nombor 1: Three Leaf Clover – GTA IV
Misi ini bermula apabila Niko dijemput semula untuk menyertai rompakan abad ini, setelah anda melalui beberapa misi untuk meyakinkan mereka. Niko dan gengnya memasuki sebuah bank dan mereka memecahkan peti besi menggunakan C4. Setelah mengambil sebanyak duit yang mungkin, mereka perlu melarikan diri daripada bank yang sudah dikepung oleh polis. Anda perlu mengatasi polis-polis, yang bermula daripada jalanan bandar Liberty, terus ke dalam terowong dan misi diakhiri dengan melarikan diri dalam kenderaan.
Sumber: Keengamer
@gamersantaimy
Discussion about this post