Berita baik kepada pemain Days Gone yang telah menamatkan game tersebut, 13 September ini; New Game+ akan boleh dimainkan. Anda hanya perlu memuat turun kemaskini yang percuma. Anda akan boleh memainkan semula game tersebut dari awal dengan membawa barangan berikut:
- Senjata
- Naik taraf motosikal
- Booster NERO
- Skill
- Resipi
- Kepercayaan encampment dan credits
- Collectible
- Koleksi trofi
Anda boleh memainkan New Game+ daripada mana-mana fail save yang telah ditamatkan jalan cerita “I’m Never Giving Up”. New Game+ ini boleh dimainkan pada mana-mana tahap kesusahan, tanpa mengira anda menamatkan game ini pada tahap kesusahan yang mana.
Pihak Sony mencadangkan ini masa yang sesuai untuk mencuba Hard II dan Survival II. Mereka juga memberi petunjuk berkenaan “senjata misteri yang digunakan oleh seorang ajen yang bergerak didalam bayang-bayang”. Adakah ini merujuk kepada Syphon Filter? Sebuah easter egg memberi cadangan bahawa Days Gone berlaku dalam universe yang sama dengan Syphon Filter, barangkali ajen tersebut adalah Gabe Logan.
Dan akhir sekali, Mondo telah menerbitkan piring hitam lagu latar Days Gone. Lagu latar ini mengandungi 25 lagu unik daripada game ini.
Sumber: Techraptor
@gamersantaimy
Discussion about this post