Tahun 2023 hadir dengan pelbagai game mobile menarik tidak kiralah percuma mahupun berbayar. Tertanya-tanya juga game mobile mana yang paling banyak membuat keuntungan daripada gamer mobile di Malaysia. Kami telah melihat data daripada AppMagic untuk melihat game mobile yang paling banyak gamer Malaysia membelanjakan wang mereka. Jadi tanpa membuang masa, jom kita lihat game-game tersebut.
Melihat daripada data tersebut, rata-rata gama yang banyak mengutip keuntungan datang daripada game popular yang sering dimainkan oleh pemain mobile. Sebagai contoh Mobile Legend: Bang Bang, PUBG Mobile dan lain-lain.
1.Mobile Legends: Bang Bang — $17,999,702 (~ RM 83,408,819)
Mobile Legends: Bang Bang telah menempah tempat pertama sebagai game yang paling untung dengan kutipan sebanyak lebih daripada $147 juta (anggaran RM 683 juta) dengan lebih daripada 26 juta muat turun.
2. MONOPOLY GO! — $10,506,529 (~ RM 48,686,204)
Sejak menjadi viral, Monopoly Go! dimainkan oleh ramai gamer mobile Malaysia dan ramai pemain sering berkongsi sumber antara satu sama lain.
3. PUBG MOBILE — $10,455,432 (~ RM 48,449,426)
Walaupun hanya dimuat turun sebanyak 1,809,559 kali pada tahun lepas, tetapi game shooter ini masih lagi mampu mengutip keuntungan yang tinggi di Malaysia.
4. eFootball™ 2024 – $8,724,116 (~ RM 40,426,681)
eFootball sememangnya popular dalam kalangan gamer bola sepak di Malaysia. Jadi tidak peliklah jika game ini mengaut keuntungan lebih banyak berbanding EA Sports FC Mobile.
5. Roblox – $8,289,354 (~ RM 38,412,037)
Dengan pelbagai jenis game serta penyesuaian yang tersedia di kedai dalam aplikasi ini, tidak peliklah jika ramai yang selalu topup akaun Roblox mereka.
Untuk game daripada HoYoverse, Genshin Impact berada pada tempat kelapan dengan kutipan sebanyak $5,938,512 (~ RM 27,518,470) manakala Honkai: Star Rail pula berjaya mengumpul $ 5,013,912 (~ RM 23,233,966) menjadikannya game ke-10 tertinggi yang untung di Malaysia.
Untuk pengetahuan anda, data tersebut merupakan kutipan yang dikumpul sepanjang tahun 2023. Adakah anda juga salah seorang daripada pemain yang berbelanja dalam game yang dinyatakan di atas? Boleh kongsikan kepada kami di ruangan komen! Jangan lupa untuk ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan liputan menarik tentang game, anime, filem dan lain-lain.
@gamersantaimy
Discussion about this post