Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Zlatan Ibrahimović mendakwa FIFA 21 menggunakan rupanya tanpa izin!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 24, 2020
in Artikel, Berita, Genre, Sukan/lumba
0 0
0
Zlatan Ibrahimović mendakwa FIFA 21 menggunakan rupanya tanpa izin!
Share on FacebookShare on Twitter

Kebanyakkan pemain yang marah dengan EA Sports, biasanya ada kaitan dengan penilaian mereka yang terlalu rendah, seperti kes yang berlaku kepada Romelu Lukaku. Kali ini, penyerang AC Milan, Zlatan Ibrahimović menghadapi masalah dengan penampilannya dalam permainan. Dalam posting di Twitter, Ibrahimović mengecam EA Sports kerana wajah dan namanya berada di FIFA 21 tanpa izinnya. Penyerang Sweden itu juga marah FIFA dan FIFPro kerana membenarkan perbuatan ini tanpa pengetahuannya, lalu meminta sebuah penyelidikan dibuat.

Somebody is making profit on my name and face without any agreement all these years.
Time to investigate

— Zlatan Ibrahimović (@Ibra_official) November 23, 2020

.@Ibra_official Interesting… what is @FIFPro? 🤔 #TimeToInvestigate

— Gareth Bale (@GarethBale11) November 23, 2020

Pemain sayap Tottenham, Gareth Bale (yang dipinjam dari Real Madrid), membalas tweet Ibrahimović, dan juga meminta penyelidikan dibuat. Yang peliknya, kedua-dua pemain telah lama terlibat dengan francais FIFA. Dalam temu ramah pada tahun 2017 dengan EA Sports, Ibrahimović menyampaikan kegembiraannya kerana berada dalam permainan demi peminat dan kanak-kanak kecil, selepas diberikan kad istimewa FIFA 17 Ultimate Team. Selain itu, Gareth Bale pernah membintangi muka depan FIFA 14.

Kita perlu tahu bahawa kelab AC Milan telah menandatangani perjanjian eksklusif dengan EA Sports yang membolehkan para pemaju menggunakan imbasan wajah yang tepat. Pada saat penulisan, AC Milan kini berada di tempat pertama dalam Serie A, di mana Ibrahimović telah menjaringkan 10 gol dalam 6 perlawanan liga. Penyerang berusia 39 tahun ini berada dalam prestasi yang mantap tetapi menerima kecederaan sewaktu perlawanan terkini dengan Napoli yang melihat dia menjaringkan 2 gol.

Selain FIFA, beberapa pemain lain juga menghadapi masalah berkaitan penampilan mereka dalam permainan lain. Pada tahun 2017, Diego Maradona mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap Konami kerana penampilannya di PES 2017. Di samping itu, Edgar Davids berjaya menyaman Riot Games kerana persamaannya untuk salah satu skin League of Legends.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: ea sportsfifaFIFA 21Zlatan Ibrahimović
Previous Post

Filem ke-3 My Hero Academia: Three Musketeers diumumkan!

Next Post

Melintasi Ke Shadowlands – Ekspansi dunia baru Warcraft kini hadir!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Gachiakuta EP1 & EP2 – Konsep “Sampah Pun Barang Berharga”
Review

Reviu Gachiakuta EP1 & EP2 – Konsep “Sampah Pun Barang Berharga”

Live-Action Alice in Borderland Season 3 Bakal Ditayangkan 25 September!
Movie/siri

Live-Action Alice in Borderland Season 3 Bakal Ditayangkan 25 September!

July 8, 2025
Tokyo Game Show 2025 Bakal Jadi Yang Terbesar Dalam Sejarah Dengan Senarai Pempamer Terbanyak
Acara

Tokyo Game Show 2025 Bakal Jadi Yang Terbesar Dalam Sejarah Dengan Senarai Pempamer Terbanyak

July 8, 2025
Next Post
Melintasi Ke Shadowlands – Ekspansi dunia baru Warcraft kini hadir!

Melintasi Ke Shadowlands - Ekspansi dunia baru Warcraft kini hadir!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd