Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Zenless Zone Zero Versi 2.0 Akan Datang 6 Jun Bersama Ganjaran ‘Anniversary’ Eksklusif

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 26, 2025
in Action, Android, Artikel, Berita, Gacha, iOS, Mobile, PC, PS5, RPG, Xbox Series X|S
0 0
0
Zenless Zone Zero Versi 2.0 Akan Datang 6 Jun Bersama Ganjaran ‘Anniversary’ Eksklusif
Share on FacebookShare on Twitter

HoYoverse mengumumkan bahawa Zenless Zone Zero Versi 2.0, yang diberi nama “Where Clouds Embrace the Dawn,” akan mula tersedia pada 6 Jun. Kemas kini besar ini bukan sahaja menandakan permulaan Season 2 untuk game ARPG fantasi urban ini, tetapi juga menjadi debut rasminya di Xbox Series X|S.

Sebagai sambutan ulang tahun pertama game ini, kemas kini ini menghadirkan babak cerita baharu yang mendebarkan, ciri gameplay menarik, serta pelbagai ganjaran eksklusif untuk pemain.

Pengembaraan Baharu di Waifei Peninsula

Selepas kejadian krisis Sacrifice, pemain kini akan dibawa ke Waifei Peninsula, sebuah kawasan yang meriah dan terpencil di New Eridu.

Di bawah bimbingan Yi Xuan, High Preceptor Yunkui Summit, pemain akan mengungkap rahsia Phaethon dan menjelajahi Lemnian Hollow: kawasan yang kaya dengan sumber tetapi penuh bahaya akibat Miasma.

Musuh yang terdedah kepada Miasma akan memasuki keadaan “Miasmic Field,” memperoleh perisai tambahan serta kebolehan yang dipertingkatkan, memaksa pemain untuk menyesuaikan strategi mereka.

Kredit: HoYoverse

Failume Heights, sebuah bandar utama berhampiran Lemnian Hollow, berkembang pesat dengan sumber Porcelume yang jarang ditemui. Pemain boleh menikmati suasana kedai teh, kedai pajak gadai, dan gerai pencuci mulut yang unik.

Selain itu, pemain boleh menguruskan Suibian Temple, menaik taraf fasiliti, dan mengumpul ganjaran melalui penghantaran Bangboo, menyelesaikan komisen, dan mencari sumber dari Hollows.

Kredit: HoYoverse

Watak Baharu Untuk Kumpul

Versi 2.0 memperkenalkan watak-watak baharu yang menarik. Yi Xuan, yang dikenali sebagai Grandmaster, adalah seorang Agent S-Rank dengan Attribute Auric Ink dan Specialty Rupture.

Dengan mekanik uniknya, Yi Xuan boleh mengabaikan pertahanan musuh dan menghasilkan damage berdasarkan ‘Sheer Force,’ yang meningkat selaras dengan Attack dan Max HP. Berbeza dengan Agent lain, dia menggunakan Adrenaline dan bukan Energy biasa, dan memiliki dua mod Ultimate yang berbeza.

Kredit: HoYoverse

Turut menyertai barisan ialah Ju Fufu, seorang murid kanan dari Yunkui Summit yang juga merupakan Agent S-Rank dengan Attribute Fire Stun. Dia menggunakan senjata Hu Wei dan mengumpul ‘Might dan Momentum’ untuk menghasilkan damage Physical dan Fire.

Chain Attack miliknya memberi kesan “Tiger’s Roar,” meningkatkan CRIT DMG pasukan serta Chain Attack dan Ultimate.

Kredit: HoYoverse

Pan Yinhu, seorang Agent A-Rank Physical Defense yang juga pakar memasak, dan Belion, Bangboo S-Rank dari Yunkui Summit, turut melengkapkan barisan. Agent S-Rank popular seperti Astra Yao (Ether Support) dan Caesar (Physical Defense) juga kembali dalam banner Versi 2.0.

Gameplay dan Eksplorasi Dipertingkatkan

Versi 2.0 membawa pelbagai ciri baharu untuk memperkayakan pengalaman bermain Zenless Zone Zero. Mod Hollow Zero: Lost Void kini hadir dengan komisen baharu dan membolehkan pemain melengkapkan pelbagai Gear kepada Agent berbeza, menambah elemen strategik dalam pertempuran.

Peta 3D dan navigasi yang dipertingkatkan, termasuk Fissure Beacons yang boleh memulihkan HP, menghidupkan semula Agent, dan memudahkan teleportasi, menjadikan penerokaan di New Eridu dan Hollows lebih lancar. Pemain baharu juga boleh terus menyertai cerita utama Season 2 selepas menyelesaikan Season 1 Chapter 2 Interlude.

Kredit: HoYoverse

Pelbagai acara menarik turut diperkenalkan, seperti Gravitational Attraction, yang membolehkan pemain menonton filem bersama watak-watak di pawagam Lumina Square sambil mengumpul ganjaran seperti W-Engine A-Rank Reel Projector.

Acara Soul of Steel: Golden Bond pula memberi peluang kepada pemain untuk memandu mecha di Hollows dan menghadapi cabaran demi mendapatkan ganjaran.

Kredit: HoYoverse

Ganjaran Anniversary dan Pelancaran Xbox

Sebagai sambutan ulang tahun pertama, Versi 2.0 menawarkan ganjaran lumayan kepada pemain, termasuk pilihan Agent S-Rank dan W-Engine S-Rank percuma dari Stable Channel, 1,600 Polychrome, 20 Encrypted Master Tape, 10 Boopon, serta title, avatar, dan Outfit protagonis eksklusif ulang tahun.

Semua ganjaran ini boleh diperoleh melalui komisen acara dan cabaran yang tersedia dalam game.

Kredit: HoYoverse

Selain di PlayStation 5, PC, iOS, dan Android, Zenless Zone Zero Versi 2.0 juga akan dilancarkan di Xbox Series X|S. Pakej Xbox Starter Pack eksklusif kini boleh dipra-tempah di Xbox Store untuk memberikan pemain permulaan yang solid di New Eridu.

Kredit: HoYoverse

Untuk maklumat lanjut, rujuk SINI.

Tags: Zenless Zone Zero
ShareTweetSend
Previous Post

Reviu Yasha: Legends of the Demon Blade – Roguelike Mitologi Jepun Penuh Dengan Gaya

Next Post

Satu Dekad Dominasi Gaming di Malaysia: Perjalanan ASUS ROG Bersama Lenny Lin, Ketua Negara ASUS Malaysia

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Satu Dekad Dominasi Gaming di Malaysia: Perjalanan ASUS ROG Bersama Lenny Lin, Ketua Negara ASUS Malaysia

Satu Dekad Dominasi Gaming di Malaysia: Perjalanan ASUS ROG Bersama Lenny Lin, Ketua Negara ASUS Malaysia

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd