Peminat Zenless Zone Zero boleh menantikan kemaskini penuh aksi apabila Versi 1.4, bertajuk “A Storm of Falling Stars,” dilancarkan secara global pada 18 Disember. Pembangun HoYoverse menjanjikan pelbagai kandungan baharu menarik, penambahbaikan gameplay, dan Agent baharu dalam kemaskini serba baharu ini.
Update kali ini membawa Proxy lebih jauh ke dalam cerita, ketika mereka menghadapi akibat konspirasi Vision Corporation dan membongkar rahsia tersembunyi tentang watak utama. Bab 5 memperkenalkan kebangkitan Perlman, mendedahkan latar belakang Wise dan Belle.
Ketika keselamatan awam New Eridu melalui perubahan kepimpinan, Proxy akan bekerjasama dengan Section 6 untuk merungkai misteri di Port Elpis.
Penambahbaikan Gameplay dan Ciri Baharu
Versi 1.4 memperkenalkan penambahbaikan besar untuk pengalaman bermain yang lebih lancar:
- Main Story Stage yang Diperbaharui: Bab dari Prolog hingga Bab 3 kini direka semula untuk integrasi lancar ke dalam sistem HDD.
- Kemas Kini TV Mode: Cerita utama akan beralih dari TV Mode ke story stage, membolehkan akses langsung ke pertarungan dan penerokaan.
- Quality Time Mode: Proxy kini boleh berjalan-jalan di New Eridu bersama Agent mereka, meningkatkan penghayatan cerita.
- Penambahbaikan Pertempuran: Decibel tidak lagi dikongsi antara pasukan, membolehkan pemain melancarkan serangan Ultimate berturut-turut untuk pertempuran yang lebih epik.
- Ciri Quick Sweep: Memudahkan cabaran Shiyu Defense serta mempercepatkan proses peningkatan watak.
Agent dan Game Mode Baharu
Versi 1.4 memperkenalkan Agent baharu tersebut:
- Hoshimi Miyabi (S-Rank Frost Anomaly): Pemburu Void termuda di Section 6, Miyabi menggunakan Ethereal-Slaying Katana – Tailless dengan ketepatan luar biasa. Sebagai agent Frost Anomaly, dia mengelilingi musuh dengan Icefire, mencetuskan Frost Anomaly dan efek khas. Pergerakannya yang pantas dan serangan yang tepat membolehkannya mengumpul Fallen Frost, melancarkan serangan ke hadapan yang sangat kuat sebelum menyarungkan pedangnya dengan elegan.
- Asaba Harumasa (S-Rank Electric Attack): Seorang lagi bintang Section 6, Harumasa mahir menggunakan busur dan pedang sebagai agent Electric. Dengan skil Electro Quiver, Harumasa menandakan musuh dan melancarkan serangan yang tidak dijangka. Proxy juga boleh meneroka kisah tersembunyi Harumasa melalui OVA khasnya. Proxy yang mencapai tahap Inter-Knot Lv. 8 boleh membuka Asaba Harumasa secara percuma selepas Versi 1.4 dilancarkan.
Game mode baharu termasuk:
- Kemas Kini pada Hollow Zero: Shadows Lost dan Deadly Assault menawarkan cabaran pertempuran intensif di Lost Void.
- Acara Reverb Arena: Menampilkan permainan unik seperti tower defense bertemakan Bangboo.
Update 1.4 ini juga menandakan pelancaran rasmi Zenless Zone Zero di PlayStation 5 Pro pada 18 Disember. Dengan teknologi ray-tracing dan prestasi yang dipertingkatkan, pemain akan menikmati pengalaman visual yang lebih immersive. Update ini akan tersedia di PlayStation 5, PC, iOS, dan Android, menjadikan era semakin menarik untuk game ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post