Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Zenless Zone Zero 1.6 ‘Among the Forgotten Ruins’ Akan Tiba 12 Mac!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 3, 2025
in Action, Android, Artikel, Berita, Epic Store, Gacha, iOS, Mobile, PC, PS5
0 0
0
Zenless Zone Zero 1.6 ‘Among the Forgotten Ruins’ Akan Tiba 12 Mac!
Share on FacebookShare on Twitter

HoYoverse telah mengumumkan bahawa update versi 1.6 untuk Zenless Zone Zero, bertajuk Among the Forgotten Ruins, akan dilancarkan pada 12 Mac. Update ini membawa story chapter baharu, watak, bos, dan ciri gameplay menarik untuk diterokai.

Kandungan Story Baharu

Atas arahan Datuk Bandar New Eridu, kita akan bersaing dengan pelbagai pihak, termasuk sindiket pencuri legenda Mockingbird, dalam lelongan eksklusif untuk merebut artifak berharga yang berkait rapat dengan misteri Sacrifice. Situasi menjadi semakin rumit apabila Hugo dan Vivian mendekati kita, dengan niat sebenar yang sukar untuk ditentukan.

Kredit: HoYoverse

Dalam bab cerita baharu ini, identiti sebenar Anby akhirnya terbongkar, mendedahkan masa lalunya sebagai Soldier 0, bekas ketua Silver Squad sebelum menyertai Cunning Hares, manakala Trigger, rakan sepasukan Soldier 11, akan mendedahkan lebih banyak rahsia tentang sejarah ketenteraan New Eridu.

Watak Baharu yang Boleh Dimainkan

Zenless Zone Zero Versi 1.6 memperkenalkan dua watak S-Rank baharu:

Kredit: HoYoverse
  • Soldier 0 – Anby (S-Rank Electric Attack Agent) – Menggunakan pedang berkembar, Anby menyerang dengan pantas menggunakan kuasa Electric, mencetuskan Aftershock, serta meningkatkan CRIT DMG sekutu yang menyerang musuh yang sama.
  • Trigger (S-Rank Electric Stun Agent) – Seorang sniper elit dari Obol Squad, Trigger boleh memasuki mod Sniper untuk mengelak serangan musuh dan menyerang pada masa yang tepat sambil memanggil sekutu untuk Quick Assist. Serangannya mengumpulkan Purge, yang meningkatkan damage Aftershock dan menguatkan serangan sekutu terhadap sasaran yang sama.
Kredit: HoYoverse

Selain itu, Pulchra Fellini (A-Rank Physical Stun Agent) membuat kemunculan sebagai watak yang boleh dimainkan di bawah pasukan Sons of Calydon. Burnice (S-Rank Fire Anomaly Agent) dan Zhuyuan (S-Rank Ether Attack Agent) pula akan kembali dalam rerun banner.

Mode Gameplay Baharu

Kredit: HoYoverse
  • Boss Battle: Geppetto di Hollow Zero – Bos baharu yang mencabar menanti pemain.
  • Battlefront Purge – Difficulty VI – Tahap cabaran baharu untuk pemain berpengalaman.
  • Mod Shadow Operation – Mod Hollow Zero baharu dengan efek unik, seperti peningkatan damage berdasarkan jumlah syiling yang dikumpul.
  • Trigger’s TV Schedule – Mod third-person shooter baharu dengan misi sniper.
  • Acara Terhad
    • March On, Tiny Titan! – Pemain mengawal dron Bangboo untuk menyelesaikan cabaran.
    • Little Knight’s Big Charge – Bantu Bangboo menyelesaikan 10 ujian untuk mendapatkan ganjaran eksklusif, termasuk Pulchra secara percuma.

Zenless Zone Zero boleh dimainkan di PS5, PC (Client Download, Epic Games Store), iOS dan Android. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Zenless Zone Zero 1.6
ShareTweetSend
Previous Post

Filem Finale ‘Haikyu vs. The Little Giant’ Dalam Produksi, Turut Umum Episod Khas

Next Post

Xiaomi 15 Series Membawa Fotografi Profesional ke Malaysia, Harga Bermula RM 3,499

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Honkai: Star Rail Versi 3.3 ‘The Fall at Dawn’s Rise’ Bakal Tiba pada 21 Mei
Berita

Honkai: Star Rail Versi 3.3 ‘The Fall at Dawn’s Rise’ Bakal Tiba pada 21 Mei

May 12, 2025
Evo Japan 2025 – Semua Pengumuman Besar Dunia Fighting Game, Termasuk DLC & Update Terbaru!
Berita

Evo Japan 2025 – Semua Pengumuman Besar Dunia Fighting Game, Termasuk DLC & Update Terbaru!

May 12, 2025
Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!
Review

Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!

Next Post
Xiaomi 15 Series Membawa Fotografi Profesional ke Malaysia, Harga Bermula RM 3,499

Xiaomi 15 Series Membawa Fotografi Profesional ke Malaysia, Harga Bermula RM 3,499

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!
Berita

Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!

May 8, 2025
‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!
Anime

‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!

May 8, 2025
Kumpulan Rock Jepun Popular, My First Story, Bakal Tampil Buat Pertama Kali di Singapura
Acara

Kumpulan Rock Jepun Popular, My First Story, Bakal Tampil Buat Pertama Kali di Singapura

May 6, 2025
Attack on Titan: Apakah Asal Usul Sebenar Kaum Titan?
Anime

Attack on Titan: Apakah Asal Usul Sebenar Kaum Titan?

May 6, 2025
Thunderbolts* – Apa Yang Terjadi Di Adegan Post-Credit?
Filem

Thunderbolts* – Apa Yang Terjadi Di Adegan Post-Credit?

May 5, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd