Selepas menjadi protagonis utama dalam DLC FINAL FANTASY VII REMAKE, EPISODE INTERmission, Yuffie Kisaragi menyertai Cloud dan rakan-rakan lain sebagai ahli parti yang boleh dimainkan sepenuhnya dalam FINAL FANTASY VII REBIRTH.
Merupakan seorang ninja yang sangat-sangat suka kepada Materia dari puak Wutai, Yuffie menambah tenaga baharu kepada pasukan, sebahagiannya berkat persembahan yang cemerlang daripada Suzie Yeung sebagai pelakon suara.
Kami baru-baru ini berpeluang bercakap dengan Suzie Yeung untuk bertanya tentang pengalamannya dalam game, peranan Yuffie dalam Rebirth dan adegan komedi kegemarannya untuk Yuffie.
Watak Yuffie telah banyak berkembang sejak EPISODE INTERmission. Bagaimanakah anda mengimbang antara kekal setia pada gambaran asalnya sambil turut membawa tenaga baharu kepada peranan itu?
Suzie Yeung: Saya cuba mengekalkan beberapa sifat lebih halus yang kami lihat dalam INTERmission, tetapi hanya dapat mempamerkan perkara yang ditunjukkan oleh senario itu.
Dalam Rebirth, Yuffie mempunyai tenaga muda yang tidak terhingga. Dinamiknya telah berubah kerana dia mempunyai peranan untuk dimainkan dalam pasukan sekarang. Dalam INTERmission, dia adalah “wanita utama” dengan seorang rakan sepasukan lain, jadi kami benar-benar perlu mengezum masuk pada butiran yang lebih intim tentangnya.
Selain sikapnya yang kuat mengejek dan ceria, kami juga dapat melihat sisi serius dan matangnya – bagaimana dia boleh menyimpan maruah diri demi misinya, rasa tidak yakin, keraguan dan ketakutannya.
Walaupun hal-hal ini turut hadir dalam Rebirth, saya rasa seperti sifat ala adik perempuan yang lebih suka bermain diserlahkan kerana cerita ini lebih memfokuskan pada cara pasukan berinteraksi dan bermain antara satu sama lain.
Dia seperti kanak-kanak di kedai gula-gula buat kali pertama, di mana segala-galanya kelihatan berwarna-warni, baharu dan menyeronokkan. Dalam INTERmission, dia adalah seorang ejen rahsia yang memfokuskan kepada misinya. Dalam Rebirth, dia masih dalam misi tersebut, tetapi terdapat banyak lagi perkara untuk dilihat dan dilakukan, dan ramai lagi orang untuk berkongsi pengembaraan itu, jadi dia lebih terbuka menunjukkan sifat kanak-kanak riang itu.
Yuffie sering menjadi watak pelawak dalam situasi tegang. Bagaimanakah anda menyampaikan dialog lucunya sambil mengekalkan sifat serius keseluruhan naratif?
Suzie Yeung: Ia pastinya tentang keseimbangan.
Walaupun Yuffie sangat bertenaga, pasukan lokalisasi, pengarah suara Kirk Thornton, dan saya cuba mencari cara untuk tidak terlalu berlebihan pada setiap masa. Itu tidak selalunya boleh terjadi dengan Yuffie, memandangkan dia bersikap sangat ekspresif!
Kami memilih sikap yang bercondong ke arah tomboy dengan sedikit edgy. Walaupun dia ceria dan riang, beberapa bahagian yang paling lucu pada pendapat saya agak bersahaja, apabila dia secara licik, menyindir atau mengejek rakan sepasukannya.
Saya rasa pendekatan ini memudahkan peralihan ke adegan-adegannya yang lebih serius. Ada kalanya dia cenderung untuk tidak membaca situasi, jadi kebodohannya kelihatan naif, tetapi masih menawan hati.
Dia berada dalam dunianya sendiri di mana dia adalah watak utama, jadi dia meluahkan hampir semua perkara dengan niat bersungguh-sungguh dan tulus. Saya rasa itu sendiri menyumbang kepada detik-detik komedi. Yuffie hanya menjadi dirinya sendiri!
Yuffie ialah watak yang menyeronokkan. Apakah adegan komedi kegemaran anda dalam FINAL FANTASY VII REBIRTH? Adalah ia menyanyi lagu materia?
Suzie Yeung: Terdapat begitu banyak momen yang menarik dan lucu dengan Yuffie, sukar untuk memilih hanya satu! Terdapat satu dialog yang saya perbaiki dengan menutup hidung sambil berkata kepada Barret, “Izin untuk meniup hidung saya, tuan!”
Saya sangat gembira mereka mengekalkan dialog itu. Masa dia cuba menyertai parti dan ditolak pun agak kelakar. Satu lagi ialah adegan mabuknya dan menyanyikan lagu-lagu uniknya.
Yuffie ialah seorang pemburu materia, bak katanya sendiri. Apakah materia kegemaran anda?
Suzie Yeung: Magnify materia sangat berguna! Saya sentiasa memakainya dengan Cure materia supaya tidak perlu membelanjakan terlalu banyak MP semasa menyembuhkan pasukan saya.
Maka, tamatlah interviu ini dan ribuan terima kasih kepada Suzie Yeung sebagai pelakon suara Inggeris Yuffie Kisaragi kerana sudi menjawab soalan kami. Bagi mereka yang berminat, FINAL FANTASY VII REBIRTH kini tersedia untuk PlayStation 5.
@gamersantaimy
Discussion about this post