Yu-Gi-Oh! World Championships 2023 berlangsung dengan sangat meriah di Jepun sekarang ini! Berlangsung di Tokyo Big Sight bermula semalam, 5 Ogos, acara tersebut sudah hampir ke kemuncaknya. Kami juga berpeluang untuk melihat sendiri duel hebat antara pemain-pemain Yu-Gi-Oh! profesional! Jom kami bawa anda lihat sedikit perkara yang menarik di acara tersebut.
Sudah namanya Yu-Gi-Oh! World Championships 2023 sudah tentu ianya penuh dengan pelbagai booth dan item yang bertemakan game tersebut. Terdapat kedai merch yang menjual dek struktur mahupun pek kad. Bukan setakat itu sahaja, ada barangan eksklusif seperti sleeve kad World Championships 2023 berwarna biru. Bolehlah gayakannya pada dek, betul tidak?
Ada banyak lagi barang eksklusif lain sebagai contoh Duel Set yang memaparkan Dark Magician dan Blue-Eyes White Dragon, kad raksasa ikonik yang digunakan oleh Yugi Muto dan Kaiba Seto. Memang sesuatu yang tidak boleh dilepaskan oleh peminat-peminat.
Selain itu, ada aktiviti yang boleh disertai oleh pengunjung. Terdapat duel format 3v3 di acara tersebut, di mana peserta boleh mendapatkan sleeve kad WVS 2023 berwarna merah. Tetapi bukan semua peserta boleh mendapatkannya. Pasukan yang berjaya memenanginya boleh mendapatkan sleeve tersebut untuk setiap pemain, tetapi pasukan yang kalah hanya menerima satu sahaja sleeve eksklusif itu. Agak mencabar juga untuk mendapatkannya.
Kalau anda ingin tahu, acara ini lebih fokus kepada game Yu-Gi-Oh! seperti Duel Links, Master Duels dan sudah semestinya, Yu-Gi-Oh! TCG. Walaupun begitu, Rush Duel juga tidak dilupakan. Galaxy Cup juga sedang berlangsung di pentas acara untuk ditonton.
Dengan peringkat akhir untuk kesemua kejohanan berlangsung, sudah tentu Tokyo Big Sight ini dipenuhi dengan ramai pengunjung terutamanya di arena utama, di mana skrin besar serta persembahan muzik hebat The Passionate Duelist, sudah tentu memberikan pengalaman yang hebat, tidak kiralah untuk peserta mahupun pengunjung yang hadir.
Tidak sabar untuk melihat siapa yang akan bergelar juara nanti. Anda boleh baca liputan lain kami untuk acara tersebut melalui pautan ini.
ⓒ2020 Studio Dice/SHUEISHA, TV TOKYO, KONAMI. ⓒ2020 Konami Digital Entertainment
@gamersantaimy
Discussion about this post