Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Yu-Gi-Oh! Official Card Game (OCG) Versi Inggeris untuk Asia Kini Tersedia!

Maira by Maira
November 14, 2023
in Artikel, Berita, Game, Trading Card Game
0 0
0
Yu-Gi-Oh! Official Card Game (OCG) Versi Inggeris untuk Asia Kini Tersedia!

©2023 Konami Digital Entertainment

Share on FacebookShare on Twitter

Konami Digital Entertainment Limited (KONAMI) mengumumkan siri produk Yu-Gi-Oh! Official Card Game (OCG) English Edition untuk Asia! Ia telah pun dilancarkan pada 11 November dan tersedia di Thailand, Indonesia, Singapura, Malaysia, Hong Kong, Taiwan, and Filipina. Senarai penuh pengedar rasmi produk baharu juga tersedia di halaman web rasmi untuk kemudahan pemain.

©2023 Konami Digital Entertainment

Melalui pelancaran Yu-Gi-Oh! OCG English Edition untuk Asia, pemain-pemain bolehlah nikmati game Yu-Gi-Oh! OCG dengan lebih mudah. Bukan setakat itu sahaja, semua kad Yu-Gi-Oh! OCG yang dikeluarkan di Asia boleh digunakan dalam semua kejohanan rasmi di Asia, jadi pemain boleh menggunakan kad Edisi Jepun mereka yang telah dimiliki bersama-sama dengan kad baharu. Pelbagai kempen juga dirancang di seluruh rantau Asia, jadi pemain Asia pastinya boleh menikmati lebih Yu-Gi-Oh! OCG berbanding sebelum ini!

Yu-Gi-Oh! OCG English Edition untuk Asia dilancarkan dengan 2 Dek Struktur yang menampilkan 2 raksasa paling ikonik siri Yu-Gi-Oh! iaitu “Blue-Eyes White Dragon” dan “Dark Magician,” yang bersedia untuk dimainkan!

  • Yu-Gi-Oh! Official Card Game Duel Monsters STRUCTURE DECK RISE OF THE BLUE-EYES
  • Yu-Gi-Oh! Official Card Game Duel Monsters STRUCTURE DECK ILLUSION OF THE DARK MAGICIANS

Pek Booster yang mampu mengukuhkan Dek akan dilancarkan pada 25 November dan 16 Disember 2023.

  • Yu-Gi-Oh! Official Card Game Duel Monsters Creation Pack 01
  • Yu-Gi-Oh! Official Card Game Duel Monsters Duelist Nexus
Tarikh pelepasanNama produkHuraian
11 NovemberYu-Gi-Oh! Official Card Game Duel Monsters STRUCTURE DECK RISE OF THE BLUE- EYESProduk English Edition untuk Asia mengambil motif daripada raksasa ikonik, Blue-Eyes White Dragon dan Dark Magician
11 NovemberYu-Gi-Oh! Official Card Game Duel Monsters STRUCTURE DECK ILLUSION OF THE DARK MAGICIANS
25 NovemberYu-Gi-Oh! Official Card Game Duel Monsters Creation Pack 01Produk English Edition untuk Asia termasuk banyak kad berkuasa yang berkaitan dengan produk yang akan datang DUELIST NEXUS
16 DisemberYu-Gi-Oh! Official Card Game Duel Monsters DUELIST NEXUSPek Booster DUELIST NEXUS, dikeluarkan pada April 2023 dalam bahasa Jepun, akan dikeluarkan sebagai produk English Edition untuk Asia
©2023 Konami Digital Entertainment
©2023 Konami Digital Entertainment
©2023 Konami Digital Entertainment
©2023 Konami Digital Entertainment

Dalam meraikan pelancaran produk, kempen promosi juga akan diadakan di rantau Asia. Dengan membeli produk English Edition untuk Asia pada harga AS$10 atau lebih, anda akan menerima kotak kad commerative eksklusif rawak (2 jenis) atau set rawak Card Protector (4 jenis), sementara stok masih ada!

Tambahan pula, KONAMI akan mengadakan kejohanan persahabatan di kedai rasmi KONAMI. Dengan membeli English Edition untuk Asia dalam jumlah tertentu, pemain boleh menyertai kejohanan dan menerima satu set Card Protector khas, manakala pemenang akan menerima Duel Field istimewa. 

Selain itu, mulai November, KONAMI akan mengadakan satu siri acara tutorial secara serentak di pasaran Asia untuk membantu pemula baru, diikuti dengan kejohanan ranking yang bermula dari Januari 2024 untuk mempromosikan English Edition untuk Asia. Pemain yang mengungguli kejohanan akan berpeluang menyertai Kejohanan berskala besar seperti DUELIST CUP 2023 sebagai pemain pilihan dan bersaing di pusingan seterusnya untuk penghormatan tertinggi. Butiran akan diumumkan kemudian.

Anda boleh lawati laman web rasmi dan Facebook rasmi Yu-Gi-Oh! untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai acara dan kejohanan di Asia.

Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Yu-Gi-Oh daripada kami, boleh klik pautan ini.

Tags: Yu-Gi-Oh!Yu-Gi-Oh! OCGYu-Gi-Oh! Official Card Game
ShareTweetSend
Previous Post

Review Like a Dragon Gaiden: The Man Who Erased His Name – Bukan Kiryu, Tapi Joryu!

Next Post

The Garfield Movie Dedahkan Trailer Pertama, Bakal Tayang pada Mei 2024!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
The Garfield Movie Dedahkan Trailer Pertama, Bakal Tayang pada Mei 2024!

The Garfield Movie Dedahkan Trailer Pertama, Bakal Tayang pada Mei 2024!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd