Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Yoodo menganjurkan tournament Pokemon Unite, prizepool sebanyak $20,000

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 20, 2022
in Android, Artikel, Berita, Esports, iOS, MOBA, Mobile, Tempatan
0 0
0
Yoodo menganjurkan tournament Pokemon Unite, prizepool sebanyak $20,000
Share on FacebookShare on Twitter

Semalam, syarikat telco terkenal Yoodo telah mengumumkan kerjasama baru dengan The Pokemon Company di mana mereka menjadi syarikat telekomunikasi pertama Malaysia yang untuk menganjurkan kejohanan e-sukan bagi game MOBA – Pokemon Unite. Secara rasmi dipanggil Pokemon Unite Malaysia Open 2022, semua akan bersaing untuk prizepool sebanyak $20,000 (anggaran RM89 ribu).

Ketua Penjenamaan Yodoo, Joe Jian Lee (Kiri), Ketua Yoodo, Chow Tuck Mun (Tengah) dan Ketua e-sukan Yodoo, Arvin Danial (Kanan) – Sumber Majoriti

Bagi sesiapa yang berminat, korang tidak perlu tunggu lama kerana pendaftaran akan dibuka pada 27 Julai, dan akan dibuka sehingga 30 Ogos, manakala acara Grand Finals akan berlangsung pada 10 September.

“Kami sudah tentu teruja untuk bekerjasama dengan syarikat yang terkenal di seluruh dunia – The Pokémon Company. Kebanyakan daripada kami membesar dengan Pikachu dan Charmander, dan bagi Yoodo untuk menjadi syarikat telekomunikasi Malaysia pertama yang dikaitkan dengan fenomena nostalgia sedunia ini adalah sesuatu yang sangat penting bagi kami.

Kami berharap kejohanan akan datang dapat menyediakan platform untuk lebih ramai pemain esport Malaysia untuk menyinar, mengembangkan dedikasi kami untuk menyokong bakat dari akar umbi.”

kata Chow Tuck Mun, Ketua Yoodo (melalui theaxo).

Pada masa yang sama, Yoodo juga mendedahkan bahawa mereka akan memperkenalkan data Add-On bagi Pokémon UNITE, yang dijangka untuk bermula pada Ogos 2022. Penambahan itu merupakan salah satu tawaran yang tersedia untuk pengguna Yoodo – membolehkan mereka bermain sepanjang hari dan sepanjang malam dengan tambahan data sebanyak 20GB (untuk aplikasi yang anda pilih) apabila diperlukan.

Buat sesiapa yang tidak tahu, Pokémon Unite adalah game MOBA yang dibangunkan oleh TiMi Studio Group dan diterbitkan oleh The Pokémon Company untuk Android dan iOS serta Nintendo Switch. Setakat April 2022, game ini telah dimuat turun lebih 70 juta kali di semua platform. Jika korang nak tahu lebih lagi tentang game ini, korang boleh baca review kami di sini.

Itu sahaja info yang kami ada buat masa ini , untuk maklumat lanjut tentang tournament Pokemon Unite ini, sila layari laman FB Yoodo.

Tags: EsportsMalaysiaPokemon Uniteyoodo
Previous Post

PlayStation Summer Sale 2022 kini bermula, banyak game hebat bawah RM100!

Next Post

Viral! Pengantin wanita ditemani kadbod Genshin Impact di atas pelamin!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Viral! Pengantin wanita ditemani kadbod Genshin Impact di atas pelamin!

Viral! Pengantin wanita ditemani kadbod Genshin Impact di atas pelamin!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd