Anda mesti pernah dengar lagu “IDOL” daripada YOASOBI, kan? Berita baiknya, YOASOBI akan hadir ke Malaysia tahun depan! Berita ini didedahkan sendiri melalui media sosial rasmi YOASOBI!
Melalui posting rasmi tersebut, YOASOBI akan melakukan jelajah konsert di Asia pada 2024 bernama, “YOASOBI ASIA TOUR 2023-2024.” Bayangkan betapa terkejutnya apabila Kuala Lumpur dipilih sebagai salah satu lokasi untuk konsert solonya nanti! YOASOBI Asia Tour di Malaysia bakal diadakan pada 14 Januari 2024 di Zepp Kuala Lumpur!
[UPDATE]
Harga tiket serta layout untuk konsert Yoasobi telah pun didedahkan! Jualan tiket akan dilakukan melalui TICKETCHARGE pada jam 11 pagi pada 1 Disember! Berikut adalah harga untuk setiap tiket:
- Premium Rock Zone — RM 558
- Lanyard x1
- Laminated Poster x1
- Kemasukan penting
- Terhad 300 tiket sahaja
- Standard Rock Zone — RM 498
- Cat 1 — RM 398
- Premium Box — RM4800
- 8 orang setiap box
Tentang YOASOBI
Kumpulan ini terbentuk pada 2019 oleh Sony Music Entertainment Japan, dengan gabungan Ayase (Producer Vocaloid) dan Ikura penyanyi dan penulis lirik. Dipersembahkan dengan slogan “novel into music”, mereka pada asalnya mengeluarkan lagu berdasarkan cerpen terpilih yang disiarkan di Monogatary.com, media sosial tentang penulisan kreatif yang dikendalikan oleh label mereka.
Selepas menjadi tular di media sosial, single pertama Yoasobi, “Yoru ni Kakeru”, memberi mereka kejayaan dengan mengungguli Billboard Japan Hot 100 selama enam minggu tidak berturut-turut dan carta akhir tahun 2020, serta menjadi lagu pertama dalam Persatuan Industri Rakaman sejarah Jepun untuk diperakui berlian untuk penstriman. Ia diikuti oleh beberapa single yang berjaya, seperti Blue Period-inspired “GunjĹŤ”, dan tema siri anime “Kaibutsu” dan “Yasashii Suisei” untuk Beastars, “Shukufuku” untuk Mobile Suit Gundam: The Witch from Mercury, dan “Idol” untuk Oshi no Ko; yang terakhir mengungguli Japan Hot 100 selama 21 minggu berturut-turut dan Billboard Global Excl.
Kami pasti ramai antara anda yang tidak sabar untuk berebut tiket untuk konsert solo YOASOBI di Malaysia nanti. Apa pun kita tunggu maklumat lanjut akan datang. Kami juga akan berikan update lanjut nanti!
@gamersantaimy
Discussion about this post