Xiaomi Mi 11 Ultra dilancarkan dengan 2 paparan, kamera Triple 50MP dan fast-charge 67W!

Telefon pintar terbaru Xiaomi akhirnya tiba dan ternyata model baru ini tidak mengecewakan. Dilabel sebagai Xiaomi Mi 11 Ultra, ia membawa teknologi baru dalam faktor bentuk yang halus dan lebih canggih dari Mi 11 biasa. Tetapi bagaimana Mi 11 Ultra membezakan dirinya dari versi standard?

Xiaomi Mi 11 Ultra boleh terdapat dalam dua pilihan warna – White Ceramic dan Hitam, di mana kedua-dua warna kelihatan sangat elegan dan premium. Tempat letak kamera pula berwarna hitam dan merangkumi hampir keseluruhan bahagian atas peranti. Kita ada tiga kamera di belakang bersama dengan paparan kedua yang menunjukkan notifikasi, tahap bateri, cuaca, amaran kesihatan, dan maklumat-maklumat lain. Terdapat juga mod Ultra-Low Power yang menggunakan skrin kedua ini yang memberi jangka hayat bateri tambahan sehingga 55 jam. Walau bagaimanapun, Xiaomi mengatakan bahawa fungsi terpenting pada paparan kedua di bahagian belakang adalah untuk selfie beresolusi tinggi dari kamera belakangnya.

Ia mempunyai paparan melengkung AMOLED 6.7 inci E4 di bahagian depan dengan resolusi QHD+ bersama refresh rate 120Hz, serta perlindungan Gorilla Glass Victus dan juga sokongan Dolby Vision. Pada masa yang sama, Xiaomi Mi 11 Ultra juga disahkan IP68 dan mempunyai pembesar suara stereo Harmon Kardon. Untuk perkakasan, ia dilengkapi dengan Snapdragon 888, LPDDR5 RAM 6400Mbps, dan UFS 3.1. Jangan lupa juga ia menyokong Wi-Fi 6 Enhanced. Bagi bateri, Mi 11 Ultra mempunyai bateri berkapasiti 5000mAh dengan pengecasan berwayar dan tanpa wayar 67W.

Salah satu pembezaan terbesar antara Mi 11 Ultra dan Mi 11 standard adalah di bahagian kamera. Telefon pintar ini mempunyai tetapan triple kamera yang menampilkan kamera utama Samsung GN2 50MP, dua kamera Sony IMX586 Ultra Wide dan telemacro 48MP tambahan. Samsung GN2 50MP dilengkapi dengan 61 darjah FoV dengan fokus yang sangat tajam berkat teknologi dToF yang mempunyai sistem laser array focus 64 titik. Kamera Ultra Wide 48MP dilengkapi dengan FoV 128 darjah yang sangat luas dan kamera telemacro 48MP dilengkapi dengan zoom optik 5x dan zoom digital sehingga 120x.

Mod Ultra Night Photo pula digabungkan dengan sensor 50MP besar 1/1.5 dan memastikan bahawa anda mendapat gambar yang jelas dan berwarna walaupun pencahayaannya kurang. Mi 11 Ultra dapat menangkap video sehebat 8K dari ketiga-tiga sensor kamera termasuk kamera telemacro. Memang dahsyat! Berkat kamera handal ini, Mi 11 Ultra berjaya mencapai markah 143 di DxOMark, lantas menjadikannya kamera telefon pintar terbaik di pasaran sekarang.

Harga & Ketersediaan

Xiaomi Mi 11 Ultra bermula pada harga 5999 yuan (anggaran RM3,786.53) untuk RAM 8GB+256GB. Versi 12GB+256GB pula dijual pada harga 6499 yuan (anggaran RM4,102.13) manakala versi 12GB+512GB akan dijual pada harga 6999 yuan (anggaran RM4,417.91). Xiaomi Mi 11 Marbled Ceramic Special Edition akan dijual pada harga 6999 yuan (anggaran RM4,417.91).

Semua versi akan mula dijual bermula 2 April di China. Buat masa ini, tiada maklumat harga untuk harga Malaysia. Untuk segala liputan kami tentang Xiaomi, sila tekan pautan ini.

Spesifikasi

Display WQHD+ 6.81” AMOLED Quad-curved DotDisplay
20:9, 3200 x 1440 resolution, 515 ppi
Contrast ratio: 5000000:1 (typ)
HBM 900 nits (typ), 1,700 nits peak brightness (typ)
120Hz refresh rate, 480Hz touch sampling rate
AdaptiveSync: 30Hz/ 60Hz/ 90Hz/ 120Hz
TrueColor display, JNCD≈0.38,△E≈0.41
DCI-P3, 1.07 billion colors
HDR10+, Dolby Vision®360° ambient light sensor 2.0
Sunlight mode 3.0, Reading mode 3.0
DisplayMate A+, SGS Eye Care Display Certification
Corning® Gorilla® Glass Victus™
Rear display Rear 1.1” AMOLED Display
126 x 294
450 nits peak brightness
Touchable
Supports always-on display
Notification alerts
Rear selfie preview
Super power saver mode3
Color Ceramic White, Ceramic Black
Dimensions 164.3mm x 74.6mm x 8.38mm, 234g
Performance Qualcomm® Snapdragon™ 888
5nm power-efficient manufacturing process
Qualcomm®Kryo™ 680 CPU, up to 2.84GHz, with Arm Cortex-X1 technology
Qualcomm® Adreno™ 660 GPU
Snapdragon™ X60 5G modem
6th Gen AI Engine
Three-phase cooling technology
Rear camera 50MP wide angle camera
Samsung GN2, 1/1.12″ sensor size, 1.4μm pixel size, 2.8μm 4-in-1 Super Pixel
f/1.95, 8P lens
48MP Sony IMX586 ultra-wide angle camera
128° FOV, 1/2.0” sensor size, 0.8μm pixel size, 1.6μm 4-in-1 Super Pixel
f/2.2, PDAF, 7P lens
48MP Sony IMX586 telephoto camera
5x optical zoom, 10x hybrid zoom, 120x digital zoom
1/2.0” sensor size, 0.8μm pixel size, 1.6μm 4-in-1 Super Pixel, f/4.1
Front camera 20MP in-display selfie camera
f/2.2, 0.8μm pixel size, 1.6μm 4-in-1 Super Pixel, 78˚ FOV, FF
Connectivity Dual SIM, Dual 5G standby4
USB Type-C
Bluetooth 5.2
Wi-Fi 6E / Wi-Fi 65
IR blaster, Multifunctional NFC
Unlock In-screen fingerprint reader, AI face unlock
Charging 5,000mAh (typ) battery
67W wired turbo charging (36 mins to 100%1)
67W wireless turbo charging (36 mins to 100%1)
10W reverse charging
67W in-box charger
Audio Dual speakers
SOUND BY Harman Kardon
Hi-Res Audio Certification
Motor X-axis linear vibration motor
System MIUI 12 based on Android 11
Storage variant 12GB+256GB
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Next Post

Discussion about this post

Discord Kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter Kami

Welcome Back!

Login to your account below

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.