gamersantai.com
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • CareerBraves
  • Media Partners
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • CareerBraves
  • Media Partners
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
No Result
View All Result
gamersantai.com
No Result
View All Result
Home Berita

Xenoblade Chronicles 3 dilancarkan lebih awal, pada 29 Julai 2022!

Maira by Maira
April 20, 2022
in Artikel, Berita, Game, Nintendo Switch
0 0
0
Xenoblade Chronicles 3 dilancarkan lebih awal, pada 29 Julai 2022!
Share on FacebookShare on Twitter

Dunia yang luas menanti anda dalam entri terbaru, Xenoblade Chronicles 3! Game ini pada mulanya dijangka keluar pada September 2022 tetapi nampaknya anda tidak perlu menunggu lebih lama, kerana ia akan dilancarkan pada 29 Julai 2022. Bukan setakat itu sahaja, anda juga boleh pra-tempah game ini di Nintendo eShop bermula hari ini!

Kalau anda masih belum meneroka siri Xenoblade, entri terdahulu seperti Xenoblade Chronicles: Definitive Edition dan Xenoblade Chronicles 2 juga tersedia di platfrom Switch. Jadi, anda tidak akan ketinggalan dengan dunia RPG ini. Berikut adalah trailer rasmi untuk Xenoblade Chronicles 3:

Walaupun francais ini bukanlah besar seperti game Nintendo yang lain, ia sememangnya mempunyai reputasi yang baik dalam kalangan pemain JRPG. Dibangunkan oleh MonolithSoft, ia merupakan sebuah studio yang turut memberikan sumbangan untuk game seperti The Legend of Zelda: Breath of The Wild dan Animal Crossing: New Horizons.

Untuk pengetahuan anda, pengasas bersama MonolithSoft, Tetsuya Takahashi merupakan seorang pembangun berpengalaman dengan latar belakang yang merangkumi kerja pada beberapa tajuk JRPG yang ikonik termasuklah Chrono Trigger.

Berikut adalah ciri-ciri penting Xenoblade Chronicles 3

  • Bertarung bersama tujuh watak: Seperti game Xenoblade yang lalu, pertempuran bermula dengan menghadapi musuh secara langsung di overworld. Pemain boleh mengawal parti Noah yang terdiri daripada enam orang, serta watak tambahan yang akan mereka temui semasa pengembaraan. Setiap watak mempunyai peranan mereka sendiri dalam pertempuran, yang membolehkan pelbagai strategi.
  • Tukar Class: Noah ialah seorang Swordfighter, pakar dalam serangan jarak dekat, manakala Mio ialah Zephyr, menarik perhatian musuh sambil mengelak serangan mereka. Oleh itu, setiap watak mempunyai class mereka sendiri dengan kekuatan mereka sendiri. Maju dalam pengembaraan, pemain boleh menukar class watak, mewujudkan parti yang disesuaikan.
  • Sistem Interlink baru: Setiap pasangan tag-pasukan—Noah dan Mio, Lanz dan Sena, Eunie dan Taion—boleh menggunakan sistem Interlink jika syarat tertentu dipenuhi. Mereka kemudiannya akan bergabung menjadi gergasi yang dipanggil Ouroboros. Setiap Ouroboros mempunyai set pergerakannya tersendiri, dan keputusan untuk berubah menjadi kunci untuk memenangin pertempuran.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenainya, anda boleh lawati laman web rasmi Nintendo.

Hye korang! Jangan lupa singgah tengok Review kitorang & Subscribe Channel Youtube kami ok!
Tags: nintendo switchXenoblade Chronicles 3
Previous Post

Crossfire: Legion akan keluar secara akses awal pada Mei 2022 di Steam

Next Post

Call of Duty Vanguard & Warzone – Bermain sebagai Snoop Dogg sekarang

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Smurfs Kart akan dilancarkan pada hujung tahun 2022 di Nintendo Switch!
Berita

Smurfs Kart akan dilancarkan pada hujung tahun 2022 di Nintendo Switch!

June 27, 2022
One Piece hampir tamat pada 2012 kerana isu keluarga, bak kata pencipta Eiichiro Oda
Anime

One Piece hampir tamat pada 2012 kerana isu keluarga, bak kata pencipta Eiichiro Oda

June 27, 2022
One-Punch Man: Saitama akhirnya masuk “Serious Mode”, bertemu Cosmic Garou [SPOILER]
Berita

One-Punch Man: Saitama akhirnya masuk “Serious Mode”, bertemu Cosmic Garou [SPOILER]

June 27, 2022
Next Post
Call of Duty Vanguard & Warzone – Bermain sebagai Snoop Dogg sekarang

Call of Duty Vanguard & Warzone - Bermain sebagai Snoop Dogg sekarang

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter Kami

Tweets by GamerSantaiMY

ANIME

One-Punch Man: Saitama akhirnya masuk “Serious Mode”, bertemu Cosmic Garou [SPOILER]

One-Punch Man: Saitama akhirnya masuk “Serious Mode”, bertemu Cosmic Garou [SPOILER]

by safwan
June 27, 2022
0

One-Punch Man merupakan siri yang memperkenalkan lelaki botak bernama Saitama sebagai watak utama. Memandangkan dia selalu bertarung dengan santai selama...

Anime baru Kaguya-sama: Love is War telah diumumkan, manga menghampiri penamat!

Anime baru Kaguya-sama: Love is War telah diumumkan, manga menghampiri penamat!

by Maira
June 27, 2022
0

Kaguya-sama Love is War musim ke-3 baru sahaja tamat dengan episod terakhirnya yang ditayangkan selama sejam. Rata-rata semua peminat teruja...

Anime SPY x FAMILY akan kembali dengan Part 2 pada Oktober ini, Trailer juga didedahkan!

Anime SPY x FAMILY akan kembali dengan Part 2 pada Oktober ini, Trailer juga didedahkan!

by Maira
June 27, 2022
0

Episod ke-12 anime Spy x Family baru sahaja ditayangkan pada hujung minggu lepas, dan peminat nampaknya kena menunggu 3 bulan...

Acara ACG Cos-Mic dibatalkan pada hari kedua, mengundang kemarahan peminat kerana “pengurusan teruk”

Acara ACG Cos-Mic dibatalkan pada hari kedua, mengundang kemarahan peminat kerana “pengurusan teruk”

by Razin Syafiq
June 26, 2022
0

Sepatutnya berlangsung pada 25 dan 26 Jun, acara anime Cos-Mic di Sunway Clio Exhibition Centre, Kuala Lumpur telah dibatalkan pada...

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2022 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • CareerBraves
  • Media Partners
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK

© 2017 - 2022 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In