Hari ini, Microsoft mengumumkan bahawa beberapa game baharu akan ditambah ke Xbox Game Pass untuk Jun 2024, termasuk My Time at Sandrock, Keplerth, EA Sports FC 24, dan banyak lagi.
Berikut adalah info lanjut:
My Time at Sandrock (Cloud, Konsol dan PC) – 19 Jun
Sama seperti My Time at Portia, My Time at Sandrock berlangsung dalam dunia pasca-apokalip 300 tahun selepas Hari Malapetaka memusnahkan kebanyakan teknologi moden. Kumpul sumber untuk membina mesin, berkawan dengan penduduk tempatan dan pertahankan Sandrock daripada raksasa—sambil menyelamatkan bandar daripada kehancuran ekonomi!
Keplerth (PC) – 20 Jun
Cuba untuk terus hidup di planet asing dalam RPG sandbox 2D ini, di mana anda boleh memilih untuk tinggal bersendirian atau bertarung dengan rakan dalam mode online multiplayer. Bertahan, bina, farming, berjuang dan terokai jalan menuju kemenangan dalam pengembaraan open world ini!
EA Sports FC 24 (Cloud, Konsol dan PC) EA Play – 25 Jun
EA Sports FC 24 akan datang ke PC Game Pass melalui EA Play pada 25 Jun, tepat pada masanya untuk UEFA EURO 2024. Pimpin negara menentang yang terbaik dan cabar diri untuk kegemilangan antarabangsa apabila negara terhandal dari seluruh dunia bersemuka untuk menjadi Juara Eropah.
SteamWorld Dig (Cloud dan Konsol) – 27 Jun
Pengembaraan mining platformer dengan pengaruh Metroidvania yang kuat. Bermain sebagai Rusty, seorang robot pelombong, ketika dia tiba di sebuah bandar lama yang sangat memerlukan bantuan. Gali melalui tanah lama, memperoleh kekayaan sambil membongkarkan ancaman purba di bawah…
SteamWorld Dig 2 (Cloud dan Konsol) – 27 Jun
SteamWorld Dig 2 sedang kembali ke Game Pass, untuk membawa pengembaraan mining platformer dengan unsur Metroidvania. Apabila sebuah bandar lama dilanda gempa bumi misteri, terpulang kepada seorang robot pelombong dan rakannya untuk mendedahkan apa yang tersorok di bawah.
Robin Hood: Sherwood Builders (Cloud, PC dan Xbox Series X|S) – 27 Jun
Sertai Robin Hood dan rakan-rakannya di England abad ke-12 dalam misi untuk membebaskan Nottingham, ketika anda mengembara melalui pelbagai wilayah dan membina sebuah kampung rahsia dan membantu penduduk di kawasan sekitar. Selesaikan quest, bina macam rumah dan jenis item, dan terokai lokasi yang diilhamkan oleh dongeng dan sejarah dalam RPG open world ini.
Game Yang Akan Dibuang Daripada Xbox Game Pass Selepas 30 Jun
- FIFA 22 (Konsol dan PC)
- F.I.S.T.: Forged In Shadow Torch (Cloud, Konsol, dan PC)
- Stranded Deep (Cloud, Konsol, dan PC)
- Story of Seasons: Friends of Mineral Town (Cloud, Konsol, dan PC)
- Sword and Fairy Together Forever (Cloud, Konsol, dan PC)
@gamersantaimy
Discussion about this post