Naib presiden Microsoft Gaming, Phil Spencer telah membuat satu komitmen di mana dia telah menyatakan bahawa untuk E3 2019, Xbox bakal menampilkan game first-party paling banyak setakat ini.
Dalam satu posting Twitter, ketika selesai melalui sesi raptai pasukan Xbox untuk E3 tahun ini di Redmond, Washington; dia mengatakan bahawa mereka ada 14 game daripada Xbox Game Studios untuk acara ini. Dan menurut Spencer, ini adalah jumlah game first-party paling banyak yang pernah mereka tampilkan di pentas ini.
Just finishing our final E3 rehearsal here with the team in Redmond. Feel really good about the briefing. Lots to show. We have 14 Xbox Game Studios games in the show this year, more first party games than we've ever had in the show. Fun times. #XboxE3
— Phil Spencer (@XboxP3) May 30, 2019
Microsoft pula telah lama membuat persediaan dan membina keseronokan untuk E3 2019, dan nampaknya tweet Spencer ini telahpun menghangatkan lagi suasana. Sebelum ini Spencer telahpun memberitahu yang Xbox bakal membuat kemunculan tahun ini dengan satu cara yang baru, dengan membawakan “sesuatu yang belum pernah dilihat” sebelum ini.
Setakat ini, banyak spekulasi telah muncul tentang apakah 14 game yang bakal ditunjukkan nanti, antaranya:
- Halo: Infinite – 343 Industries
- Gears of War 5/Gears Tactics/Gears Pop – The Coalition
- Minecraft Dungeons – Mojang
- Age of Empires 4/Age of Empires 2 and 3 Definitive Edition – Relic Entertainment
- Outer Worlds – Obsidian Entertainment
- Wasteland 3 – inXile Entertainment
- Ori and the Will of the Wisps – Moon Studios
- Battletoads – Dlala Studios
8 game ini adalah yang diketahui sedang dalam pembangunan. Mungkin Microsoft akan membawakan game lain seperti Minecraft, Sea of Thieves, Forza Horizon 4 ataupun Halo: Master Chief Collection. Terdapat juga game lain sekiranya anda mahu menambahkan perisa; seperti Bleeding Edge dari Ninja Theory, Fable, Forza Motorsport 8 ataupun projek pertama dari studio baru; The Initiative.
Tetapi persoalan paling besar masih belum diketahui, adakah Microsoft akan membincangkan apa-apa berkenaan “next generation”. Khabar angin mengatakan Microsoft akan sekurang-kurangnya mengumumkan konsol Xbox seterusnya; tetapi tidak diketahui samada perisian next-gen akan diumumkan bersama atau tidak.
Apapun, pengumuman daripada Phil Spencer sememangnya merancakkan lagi kemuncak E3 2019, semakin banyak garapan menarik yang kita boleh nantikan daripada acara ini nanti!
Sumber: gamerant
@gamersantaimy
Discussion about this post