WWE telah berkerjasama dengan 2K untuk game WWE yang mereka telah buat sebelum dari WWE2k14 yang menjadi hak cipta dalam game WWE, sebelum ni ianya Juke’s dan THQ yang membuat game WWE dan sekarang ianya 2K yang bertanggungjawab tentang Game untuk WWE. Walaupun WWE Supercard telah wujud sekitar pada tahun 2014, ianya telah menjadi salah satu game yang menjadi kesukaan WWE.
Jadi, selepas Season 4 sudah tamat, apa yang ada dalam Season 5? Season 5 mereka mahu kaji semula apa yang boleh dibuat untuk Season 5 dan apa yang kekurangan Season sebelum ini. Jadi 2K membuat keputusan yang mereka mahu menambahkan Mode game, seperti Ring Domination, Road to Glory dan Last Man Standing. Sebelum ni kita perkenalkan superstars dari 205 live iaitu Mustafa Ali dan Cedric Alexander yang memastikan 205 Live mempunyai tempat dalam WWE Supercard.
Sekarang ni giliran NXT generasi terbaru pula! Siapa yang akan masuk? Kita ada Top 1% EC3, The Only And Only Ricochet dan Candice LeRae yang akan jadi ahli terbaru dalam WWE Supercard! Untuk pengetahuan korang season 5 ni diorang nak buat 250 kad baru dalam ni dengan abilities yang berlainan. Sebelum ni kita ada Dolph Ziggler Common, tapi Season 5 WWE Supercard tukarkan dengan ability lain!
Jadi untuk sesiapa berminat nak dapatkan WWE Supercard, korang boleh download kat Google Play Store dan App Store sekarang! Untuk update korang boleh follow kat Website, Facebook dan Twitter.
@gamersantaimy
Discussion about this post