Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

WUCHANG: Fallen Feathers – Aksi Wuxia Soulslike Memukau, Tapi Hanya Untuk Mereka Yang Mampu Bertahan

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 23, 2025
in Action, Artikel, Berita, Epic Store, Game Review, Microsoft, PC, PS5, Review, Soulslike, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
WUCHANG: Fallen Feathers – Aksi Wuxia Soulslike Memukau, Tapi Hanya Untuk Mereka Yang Mampu Bertahan
Share on FacebookShare on Twitter

Pemain bakal menyelami dunia kekacauan dan penuh misteri WUCHANG: Fallen Feathers, sebuah RPG aksi China berkonsep Soulslike hasil terbitan Leenzee Games Studio dan 505 Games, yang berani membentuk identitinya sendiri dalam genre yang sudah padat.

Berlatar masa kejatuhan Dinasti Ming yang bergolak akibat peperangan, game ini menyatukan unsur dongeng Cina, seni bela diri, serta elemen seram ghaib. Dengan sistem combat yang responsif, reka bentuk peringkat yang kompleks, dan sentuhan gaya Wuxia, pengalaman saya bersama game ini benar-benar meninggalkan impak dan membuatkan saya mahukan lebih lagi.

Ingin tahu lebih lanjut? Berikut adalah sebab mengapa ia begitu menonjol.

Dunia China Purba yang Huru-Hara

Anda akan mengawal Bai Wuchang, seorang lanun yang dijangkiti penyakit misteri bernama Feathering Disease, dalam usahanya mencari adik perempuannya yang hilang di wilayah Shu yang sedang bergolak akibat peperangan.

Penyakit ini mengubah mangsa menjadi makhluk berbulu yang hilang ingatan, tetapi Wuchang kekal waras (meskipun mengalami amnesia) dan mampu mengawal penyakit tersebut untuk memperoleh kuasa ajaib.

Watak-watak lain sering menyuarakan kehairanan mereka kerana Wuchang masih mampu berkomunikasi secara normal, malah ada yang memberi petunjuk bahawa dia mungkin mahu memanipulasi Feathering demi kuasa.

Elemen ini bukan sahaja mewujudkan matlamat yang jelas bagi pemain, tetapi juga menyajikan misteri untuk peminat naratif.

Kredit: Leenzee Games Studio

Wilayah Shu pula digambarkan sebagai dunia yang berpecah-belah, penuh kekacauan: pelbagai puak tentera dan penyamun berebut pengaruh, manakala penyakit Feathering terus menular, mengubah manusia menjadi makhluk buas.

Elemen seperti kuil berlumuran darah, pagoda runtuh, dan sisa medan perang digunakan secara visual untuk menggambarkan sejarah dunia tanpa perlu dialog panjang… pembinaan dunia yang halus namun berkesan.

Kredit: Leenzee Games Studio

Bagi mereka yang mengenali sejarah dan mitologi Cina, terutamanya sekitar kejatuhan Dinasti Ming, game ini penuh dengan rujukan menarik termasuk nama-nama tokoh dan unsur asing yang mungkin dikenali.

Ini memberikan ganjaran tambahan kepada mereka yang celik sejarah sambil memperkenalkan naratif berunsur sejarah kepada pemain baharu. Walaupun secara teknikalnya ini adalah kisah fantasi dan tidak benar-benar berpaksikan sejarah sebenar, ia masih mampu memperkayakan pemahaman budaya kepada yang berminat.

Kredit: Leenzee Games Studio

Game ini tidak menyediakan penjejak misi secara tradisional, tetapi sistem teleport akan menunjukkan potret NPC berdekatan titik rehat sekiranya mereka mempunyai dialog atau misi, jadi pemain tidak akan terlepas kandungan penting.

Perbualan dengan NPC berlaku sekali gus dan bukannya secara berperingkat, mengelakkan pemain daripada terlepas misi sampingan secara tidak sengaja. Banyak misi sampingan juga menawarkan pilihan yang berbeza-beza, membolehkan pemain menentukan haluan dan pengakhiran cerita Wuchang.

Kredit: Leenzee Games Studio

Namun begitu, naratif utama berkaitan pencarian Wuchang terhadap adiknya kadangkala terasa seperti kurang diberi perhatian. Petunjuk mengenai adiknya hanya muncul secara samar dalam dialog kecil yang mudah terlepas, dan gema suaranya tidak menambah maklumat bermakna.

Walaupun pemain veteran Soulslike mungkin seronok menyusun serpihan cerita tersembunyi ini, mereka yang mengharapkan perjalanan emosional yang lebih jelas mungkin akan merasakan bahawa motivasi sebenar Wuchang dibayangi oleh konflik politik dan misteri penyakit Feathering yang lebih menonjol.

Sistem Combat Ganas dan Berisiko Tinggi

Mari kita selami aspek utama WUCHANG: Fallen Feathers iaitu sistem gameplay dan combat yang menjadi nadi pengalaman. Sebagai game bergaya Soulslike, ia memerlukan kesabaran, ketepatan, dan strategi.

Anda tidak boleh sembarangan menekan butang serangan… setiap gerakan musuh perlu dibaca, dan anda perlu memilih antara mengelak ke arah serangan, menyerang dari hadapan dengan yakin, atau cuba mengelak untuk serangan balas dari belakang. Satu kesilapan boleh membawa maut, dan game ini tidak teragak-agak untuk menghukum.

Kredit: Leenzee Games Studio

Anda boleh membawa dua senjata pada satu masa, sama ada sejenis atau berlainan. Pilihan seperti Long Sword, Axe, Spear, Dual Blade, dan One-Handed Sword menawarkan gaya bertarung tersendiri, seakan sistem kelas secara tidak langsung. Combat dibina atas asas serangan Light dan Heavy, disertai Skill dan Spell.

Terdapat dua jenis kemahiran: Weapon Skill (terikat kepada senjata tertentu) dan Disciplines (dibuka melalui Skill Tree jenis senjata).

Mekanik pertahanan utama ialah mengelak (Dodge), namun terdapat juga sistem Deflect (Parry), Clash (bertembung senjata dengan musuh), Block, dan Alacrity—skil automatik apabila melontarkan sihir, bergantung pada senjata dan kemahiran yang digunakan.

Kredit: Leenzee Games Studio

Untuk mengaktifkan Skill dan Spell, anda memerlukan Skyborn Might, sumber yang biasanya diperoleh dengan melakukan Perfect Dodge.

Setiap senjata mempunyai cara tersendiri untuk mengumpul sumber ini, contohnya Long Sword memberikan cas pada serangan kedua, manakala One-Handed Sword boleh menjana semula secara pasif dan lebih pantas jika menggunakan skil Biding Time.

Lebih banyak nod yang anda buka dalam Impetus Repository (Skill Tree), lebih cekap anda menghasilkan dan menggunakan Skyborn Might. Sumber ini juga mengaktifkan Swift Draws (penukaran senjata pantas sambil melancarkan skildalam kombo), dan Swift Strikes (serangan Heavy segera tanpa perlu menahan butang).

Kredit: Leenzee Games Studio

Tambahan lagi, anda mempunyai pelbagai consumable, item pemberi Buff, item yang membuang status negatif, dan senjata baling, namun hanya empat slot Quick‑Item tersedia, menjadikan pengurusan pilihan semasa bertarung sangat penting.

Kredit: Leenzee Games Studio

Satu lagi sistem yang mencabar ialah Madness. Setiap kali anda mati, membunuh manusia bukan berbulu, atau menggunakan item tertentu, tahap Madness anda meningkat. Di bawah 50%, kematian hanya menyebabkan kehilangan sedikit Red Mercury (mata wang/exp).

Namun jika melebihi 50%, anda kehilangan lebih banyak—walaupun dengan skil pasif aktif. Pada 90% ke atas, anda menerima bonus kuasa serangan tetapi juga mengambil lebih banyak damage, dan risiko kehilangan semua Red Mercury meningkat.

Jika anda mati ketika tahap Madness terlalu tinggi, versi jahat Wuchang (dipanggil Inner Demon) akan muncul di lokasi kematian anda. Pada awalnya, ia sangat sukar dan hampir pasti akan membunuh anda semula, tetapi selepas beberapa ketika anda memperoleh alat untuk mengalahkannya.

Sama ada anda berjaya membunuhnya atau mati di tangannya, tahap Madness akan diset semula.

Kredit: Leenzee Games Studio

Gabungan semua mekanik ini membentuk sistem combat yang sangat mendalam, saling bergantung, dan akhirnya terasa lancar dan memuaskan. Setelah memahami rentaknya, combat mula mengalir seperti babak aksi dalam filem wuxia dengan elakan, tangkisan, serangan berantai, dan penukaran senjata yang bergaya.

Namun, tidak semuanya sempurna. Bahagian awal gameplay sangat mencabar: watak anda bermula dengan nyawa dan stamina rendah, tetapi musuh mampu memberikan damage tinggi, ditambah pula dengan corak serangan yang tidak konsisten.

Ini boleh mengganggu koordinasi pemain, terutama yang biasa dengan tempo gameplay yang lebih cepat.

Kredit: Leenzee Games Studio

Pertarungan bos pula agak tidak sekata: ada yang mempunyai kombo panjang yang hampir mustahil dielak, manakala yang lain terlalu mudah.

Keluk kesukaran yang tidak stabil ini boleh menimbulkan rasa geram, terutamanya apabila digandingkan dengan sistem Inner Demon yang brutal, menjadikan kematian di awal gameplay seolah-olah satu hukuman berganda.

Sistem Kemajuan Fleksibel dan Bebas Eksperimen, Tanpa Tekanan Grinding

Salah satu kekuatan utama WUCHANG: Fallen Feathers terletak pada sistem kemajuannya yang sangat menyeronokkan dan mesra pemain… mungkin antara yang terbaik pernah ditawarkan dalam genre Soulslike.

Sistem ini digerakkan oleh Impetus Repository, sebuah Skill Tree yang terbahagi kepada satu bahagian umum dan lima pokok khusus mengikut jenis senjata. Seperti yang dijelaskan sebelum ini, pokok senjata ini berfungsi seperti kelas, membolehkan anda mencorak gaya permainan sendiri.

Kredit: Leenzee Games Studio

Anda akan menaik taraf statistik asas seperti Vitality, Endurance, Strength, Agility, Magic, dan Feathering, namun perbezaan sebenar terletak pada nod besar dalam Skill Tree ini.

Ada yang membuka mekanik baharu seperti Clash atau Deflect, ada yang memperkenalkan skil serangan baharu, membuka kombo tambahan, dan ada juga yang meningkatkan penjanaan Skyborn Might serta mengurangkan penggunaannya.

Nod ini boleh ditingkatkan lagi untuk memberikan anda lebih banyak peluang melancarkan Skill dan Spell secara berterusan.

Kredit: Leenzee Games Studio

Untuk berkembang, anda akan menggunakan Red Mercury bagi menaik taraf tahap dan memperoleh Red Mercury Essence, yang digunakan dalam Skill Tree.

Game ini sangat menggalakkan eksperimen di mana anda bebas untuk melabur sepenuhnya dalam satu jenis senjata dan menggunakan dua senjata sejenis, atau mencampur dua pokok berbeza untuk membentuk kombinasi gaya bertarung yang unik.

Dan yang paling menarik? Anda boleh menetapkan semula semua pilihan ini secara percuma bila-bila masa. Dari awal gameplay, semua senjata tersedia untuk dicuba, memberi kebebasan kepada anda untuk mengubah taktik mengikut keperluan bos atau sekadar mencuba apa yang terasa serasi.

Kredit: Leenzee Games Studio

Proses naik taraf senjata juga berkait rapat dengan sistem ini. Berbanding perlu menaik taraf setiap senjata secara individu, anda hanya perlu membuka nod Weapon Mastery kerana kemajuan ini akan kekal untuk semua senjata dalam kategori yang sama.

Jadi, jika anda beralih daripada Dual Blade kepada Long Sword, anda hanya perlu menetapkan semula Skill Tree dan alihkan nod berkenaan, tanpa perlu melalui proses grinding yang melecehkan.

Kredit: Leenzee Games Studio

Dari segi perlindungan pula, terdapat pelbagai set perisai dengan rekaan unik dan tahap ketahanan berbeza. Bergantung pada cabaran yang anda hadapi, anda mungkin perlu menukar daripada rintangan terhadap Stab dan Slash kepada Elemental/Aflliction Resistance.

Perubahan perisai akan menjadi rutin, namun jangan risau kerana fungsi Transmog tersedia sejak awal permainan. Jadi sama ada anda mahu kelihatan garang, elegan, bersahaja, atau seperti pahlawan epik (malah hanya berseluar dalam jika itu citarasa anda), anda bebas bergaya mengikut kehendak sendiri.

Kredit: Leenzee Games Studio

Namun begitu, sistem ini ada sedikit kekurangan. UI inventori tidak memaparkan previu visual secara langsung terhadap penampilan Wuchang, menjadikan proses mencuba perisai agak menyusahkan.

Dengan terlalu banyak perisai untuk dipilih, anda perlu menutup dan membuka semula inventori beberapa kali hanya untuk melihat hasil kombinasi peralatan anda… sesuatu yang mungkin mengganggu aliran gameplay bagi mereka yang gemar menyesuaikan penampilan secara terperinci.

Dunia Penuh Ganjaran, Tapi Tidak Bebas Kekeliruan

Kredit: Leenzee Games Studio

Penerokaan dalam WUCHANG: Fallen Feathers sememangnya memberi kepuasan tersendiri dan sentiasa terasa berbaloi.

Setiap kawasan baharu mempunyai cabang-cabang laluan yang pelbagai, dan setiap satu menjanjikan sesuatu sama ada item berguna, musuh tersembunyi, atau jalan pintas yang membawa anda kembali ke laluan yang sudah dikenali.

Sambungan antara laluan ini menjadikan dunia permainan terasa logik dan hidup, seolah-olah ia benar-benar dihuni. Malah di kawasan semula jadi seperti hutan, anda diberi ruang untuk mencipta laluan sendiri seperti menumbangkan pokok untuk membina jambatan.

Saat-saat penemuan kekal menarik, dan walaupun anda mati jauh dari Shrine, jalan pintas yang direka dengan bijak mengurangkan keletihan untuk kembali ke lokasi tersebut.

Kredit: Leenzee Games Studio

Namun, tidak semua kawasan dicipta dengan tahap ketelitian yang sama. Ada zon tertentu yang susun aturnya agak mengelirukan di mana rupa sekeliling hampir seragam serta rangkaian laluan padat kadang-kadang menjadi penghalang, bukan kelebihan.

Dalam situasi ini, anda mungkin berpusing-pusing tanpa arah yang jelas, tidak pasti laluan mana yang sudah diteroka, dan berisiko terlepas bos opsyenal atau NPC tersembunyi kecuali anda benar-benar teliti meneroka setiap inci kawasan.

Walaupun pengalaman ini tetap menyeronokkan bagi peminat eksplorasi, bersedialah untuk menempuhi beberapa lokasi menjengkelkan.

Persembahan Visual dan Audio Beratmosfera

Secara teknikal, WUCHANG: Fallen Feathers mungkin tidak berada di tahap grafik tertinggi, tetapi ia benar-benar menyerlah dari segi arah seni. Daripada kuil yang dihias indah, medan perang yang dipenuhi darah, hinggalah ke bandar di puncak gunung yang diselaputi salji; setiap lokasi direka dengan identiti tersendiri yang menjadikannya terasa unik.

Reka bentuk musuh pula bervariasi, daripada makhluk berbulu menyerupai raksasa mitos hinggalah ke askar berperisai yang menampilkan rekaan autentik mengikut era sejarahnya.

Kredit: Leenzee Games Studio

Dari segi audio, game ini menggunakan gabungan alat muzik tradisional dan unsur moden untuk menghasilkan bunyi yang benar-benar menghidupkan suasana. Di saat-saat tenang, alunan muzik lembut menekankan suasana damai; manakala ketika pertarungan bos, muzik berubah agresif dan mendebarkan.

Walaupun skor muzik membantu memberi rasa immersive dan menyokong naratif, tiada satu pun melodi yang benar-benar melekat dalam ingatan saya atau menjadi ikonik.

Kredit: Leenzee Games Studio

Dari segi prestasi, pada PC kelas mid-range kami (Core i5-13500, RTX 4070 SUPER, 32 GB RAM, resolusi 1440p), gameplay berjalan lancar pada tetapan maksimum dengan DLSS 4 dalam mod Balanced, menghasilkan kadar bingkai sekitar 70–80 FPS dan hanya sesekali jatuh ke 60 FPS di kawasan yang lebih besar dan terperinci.

Fungsi frame-generation turut membantu memastikan prestasi kekal stabil bagi mereka yang menyasarkan 120 FPS, terutama apabila asasnya sudah kukuh pada 60 FPS.

Pendapat

WUCHANG: Fallen Feathers menawarkan pengalaman aksi Wuxia-Souls yang mengagumkan dari segi visual. Reka bentuk makhluk dan perisai diinspirasikan daripada mitologi Cina, membentuk dunia yang memiliki identiti unik.

Pertempuran pula bersifat metodikal, berasaskan penggunaan strategik Skyborn Might, sistem pertukaran dua senjata, dan mekanik Madness yang berisiko tinggi.

Dengan lima Skill Tree yang fleksibel, pilihan respec percuma, sistem penguasaan senjata, serta fungsi Transmog yang tersedia dari awal, game ini benar-benar menyokong kita bereksperimen, sambil mengekalkan tumpuan pemain melalui misi sampingan, penerokaan, dan pelbagai pengakhiran.

Kredit: Leenzee Games Studio

Namun begitu, kelemahan utama terletak pada bahagian awal gameplay yang agak kejam.

Anda bermula dengan stamina dan nyawa yang rendah, sementara musuh mampu memberikan damage besar dan mempunyai masa serangan yang tidak konsisten untuk mengganggu rentak anda—lebih-lebih lagi jika anda datang daripada game aksi yang lebih pantas.

Ia terasa seperti anda dihukum sebelum sempat belajar asas permainan. Beberapa kawasan juga mempunyai reka bentuk yang mengelirukan dan persekitaran yang kelihatan terlalu serupa, menjadikan ia mudah untuk sesat atau terlepas bos opsyenal serta NPC penting.

Kredit: Leenzee Games Studio

Bagi mereka yang menggemari cabaran dan tidak kisah melalui proses trial-and-error, WUCHANG akhirnya akan “mengena” dan menyerlahkan dunia serta sistem gameplay yang memuaskan.

Namun, permulaan yang sukar dan tahap kesukaran yang tajam berisiko menjauhkan sebahagian pemain sebelum mereka sempat menyedari keistimewaan sebenar game ini. Tetapi jika anda sanggup bertahan, ada pengalaman yang benar-benar berbaloi menanti di sebalik semua rintangan tersebut.

Kredit: Leenzee Games Studio

WUCHANG: Fallen Feathers akan dilancarkan pada 24 Julai untuk PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC (melalui Steam, Epic Games Store, dan Microsoft Store). Ia juga akan tersedia hari pertama di Xbox Game Pass.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.

The Review

WUCHANG: Fallen Feathers

8 Score

WUCHANG: Fallen Feathers menyajikan aksi Wuxia-Souls yang memukau dengan reka bentuk makhluk dan perisai berinspirasikan mitologi Cina, mencipta dunia unik. Pertempuran metodikal menggunakan Skyborn Might, sistem pertukaran dua senjata, dan mekanik Madness yang berisiko. Lima Skill Tree fleksibel, respec percuma, penguasaan senjata, dan Transmog awal menyokong eksperimen, dengan misi sampingan, penerokaan, dan pelbagai pengakhiran mengekalkan tumpuan pemain. Bagi peminat cabaran, WUCHANG akhirnya memuaskan, tetapi kesukaran awal mungkin menjauhkan sesetengah pemain. Jika bertahan, pengalaman berbaloi menanti.

PROS

  • Dunia Wuxia-Souls yang tersendiri dengan estetika mitologi Cina dan penceritaan persekitaran yang kuat
  • Combat strategik dengan Skyborn Might, risiko-ganjaran Madness, dan kombo dual‑weapon
  • Kemajuan yang sangat fleksibel: Impetus Repository, respec percuma, level senjata yang mudah, dan transmog penuh
  • Penerokaan yang bermanfaat dengan laluan bercabang, ganjaran tersembunyi, dan penjejakan NPC yang mudah melalui menu teleport
  • Reka bentuk sidequest yang kaya dan pelbagai kesudahan yang meningkatkan nilai ulangan

CONS

  • Kesukaran early‑game yang tidak seimbang dan menghukum pemain yang masih belajar
  • Susun atur peringkat seperti labirin di beberapa kawasan yang mengelirukan boleh mengurangkan keseronokan eksplorasi dan menyebabkan pemain terlepas quest atau bos opsyenal
  • Ketidakseimbangan naratif, kisah peribadi Wuchang sering dikaburkan oleh konflik politik dan misteri Feathering yang menyebabkan game kehilangan matlamat peribadi

Review Breakdown

  • Rating 0
Tags: reviuWUCHANG: Fallen Feathers
ShareTweetSend
Previous Post

Pokémon Champions Akan Datang 2026, Gameplay Didedahkan!

Next Post

Borderlands 4 Akan Tiba Di Nintendo Switch 2 Pada 3 Oktober!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Borderlands 4 Akan Tiba Di Nintendo Switch 2 Pada 3 Oktober!

Borderlands 4 Akan Tiba Di Nintendo Switch 2 Pada 3 Oktober!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd