Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

WUCHANG: Fallen Feathers Akan Datang Julai 2025 – Soulslike Bertemakan Wuxia Di China

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 29, 2025
in Action, Artikel, Berita, Epic Store, Microsoft, PC, PS5, RPG, Soulslike, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
WUCHANG: Fallen Feathers Akan Datang Julai 2025 – Soulslike Bertemakan Wuxia Di China
Share on FacebookShare on Twitter

Leenzee Games, studio indie dari China, bersama penerbit 505 Games, telah mengumumkan bahawa WUCHANG: Fallen Feathers, sebuah game aksi RPG gaya Soulslike, akan dilancarkan pada 24 Julai 2025.

Ia akan tersedia di PlayStation 5, Xbox Series X/S, serta PC melalui Steam, Epic Games Store dan Microsoft Store. Menariknya, game ini turut boleh diakses melalui Xbox Game Pass sejak hari pertama pelancaran, menawarkan pengalaman epik berlatarbelakangkan era akhir Dinasti Ming yang gelap dan penuh fantasi.

Mengambil tempat di wilayah Shu yang kacau-bilau akibat peperangan menjelang kejatuhan Dinasti Ming, WUCHANG: Fallen Feathers meletakkan pemain dalam peranan Bai Wuchang, seorang pahlawan wanita yang cekal tetapi berdepan dengan kehilangan ingatan dan dijangkiti penyakit misteri dikenali sebagai Feathering Disease.

Wabak ini menyebabkan penghidapnya berubah menjadi makhluk mengerikan sambil memperoleh kuasa luar biasa. Dalam usaha untuk merungkai masa silamnya, Wuchang akan bertempur dengan raksasa menakutkan, berurusan dengan puak-puak yang saling bermusuhan, dan bertemu tokoh-tokoh sejarah seperti Zhang Xianzhong dan Li Dingguo.

Jalan cerita dibentuk berdasarkan pilihan pemain, pendedahan rahsia, dan hubungan yang terjalin—dengan pelbagai pengakhiran merentasi lima bab utama.

Kredit: Leenzee Games

Dibangunkan menggunakan Unreal Engine 5, game ini mempersembahkan dunia terbuka yang memukau dari segi visual—dari kuil-kuil lama yang dilupakan dan runtuhan yang dilitupi tumbuhan hingga lorong-lorong gelap yang misteri.

Ia menggabungkan elemen sejarah sebenar dengan fantasi gelap, diinspirasikan daripada teks klasik China seperti Shuwang Benji dan Jinse. Runut bunyi yang mencengkam emosi, hasil ciptaan Anti-General (Zhong Ziqi), menyatukan melodi tradisional Cina dengan elemen elektronik moden, memperkukuh suasana game yang imersif.

Kredit: Leenzee Games

Dari segi gameplay, WUCHANG: Fallen Feathers menampilkan sistem pertarungan Skyborn Might yang menekankan skil pemain seperti elakan tepat, parry, dan pengurusan stamina, tanpa sebarang animation canceling. Pemain bermula dengan Cloudfrost’s Edge, pedang panjang yang diinspirasikan oleh changdao, dan boleh membuka senjata lain seperti kapak dua tangan, pisau kembar, serta senjata api zaman dahulu.

Ciri istimewa termasuk keupayaan menyerap skil musuh untuk memperluas gaya bertarung, mengorbankan Red Mercury untuk mempertingkatkan abiliti, dan menguatkan senjata bagi menyesuaikan strategi.

Pertarungan bos yang sengit dan berfasa akan mencabar kemahiran pemain berpengalaman, manakala peta yang saling berkait menyokong penerokaan dan misi sampingan dari NPC yang memperluas jalan cerita.

Kredit: Leenzee Games

Dengan lima peringkat utama yang direka teliti—setiap satu mengambil masa sehingga 10 jam untuk dihabiskan—game ini menekankan elemen eksplorasi, sistem pertarungan, dan naratif yang menarik.

Dunia terbuka yang bersambung lancar diserikan dengan altar yang berfungsi sebagai checkpoint, mirip bonfire dalam Dark Souls, mengajak pemain menyelami rahsia dan membina laluan mereka sendiri dalam dunia penuh mitos dan kengerian ini.

Kredit: Leenzee Games

Untuk maklumat lanjut, anda boleh lawati laman rasmi.

Tags: WUCHANG: Fallen Feathers
ShareTweetSend
Previous Post

COLORFUL STAGE! The Movie: A Miku Who Can’t Sing – Project Sekai Dalam Dunia Realiti

Next Post

Elden Ring: Nightreign – Adakah PC Anda Bersedia? Ini Spesifikasi Rasminya!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Elden Ring: Nightreign – Adakah PC Anda Bersedia? Ini Spesifikasi Rasminya!

Elden Ring: Nightreign – Adakah PC Anda Bersedia? Ini Spesifikasi Rasminya!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd