Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

World of Warcraft: Midnight Akan Dilancarkan 2 Mac 2026, Bawa Ancaman Void Ke Quel’Thalas!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 27, 2025
in Artikel, Battle.net, Berita, DLC, MMORPG, PC
0 0
0
World of Warcraft: Midnight Akan Dilancarkan 2 Mac 2026, Bawa Ancaman Void Ke Quel’Thalas!
Share on FacebookShare on Twitter

Bab seterusnya dalam Saga Worldsoul, World of Warcraft: Midnight, akan dilancarkan pada 2 Mac 2026. Para pemain akan berhadapan dengan rancangan jahat Xal’atath si Harbinger of the Void ketika dia melancarkan pencerobohan ke atas tanah air blood elf, Quel’Thalas.

Bagi mereka yang tidak sabar, mana-mana edisi bagi expansion Midnight akan memberikan akses awal mulai 3 Disember 2025.

Expansion ini menandakan ansuran kedua dalam Saga Worldsoul, yang bermula dengan The War Within. Dalam Midnight, pertaruhan menjadi lebih tinggi apabila Voidstorm mengancam akan memadamkan semua cahaya.

Para pemain akan meneruskan pengembaraan sehingga ke level 90, menerokai empat zon baharu untuk membongkar plot Xal’atath serta menjalin pakatan dengan sekutu baharu yang tidak dijangka.

Kembali ke Quel’Thalas

Midnight menyaksikan pemain kembali ke Quel’Thalas yang telah dirombak sepenuhnya, menampilkan Eversong Woods yang dikemas kini dari segi grafik dan keluasan. Zon ikonik ini, yang kini digabungkan dengan Ghostlands, akan disambungkan ke Eastern Kingdoms dan membenarkan penerbangan melalui Skyriding.

Expansion ini memperkenalkan tiga zon lain:

  • Zul’Aman:
  • Harandar
  • Voidstorm

Sekutu, Musuh dan Kuasa Baharu Menanti

Pemain akan berpeluang untuk membuka Haranir sebagai bangsa bersekutu baharu, tersedia untuk Horde dan Alliance. Bangsa misteri ini menawarkan pelbagai penyesuaian unik, termasuk cat badan bioluminesen. Haranir boleh dimainkan sebagai kelas Druid, Hunter, Mage, Monk, Priest, Rogue, Shaman, Warlock, atau Warrior.

Demon Hunter akan mendapat specialization ketiga: Devourer. Specialization jarak jauh ini memanfaatkan kuasa Void, membolehkan pemain merampas abiliti daripada musuh mereka. Dalam perkembangan penting dari segi penceritaan, Void Elf kini boleh menjadi Demon Hunter.

Expansion ini juga akan menampilkan struktur kempen yang fleksibel. Selepas perjalanan awal di Eversong Woods, pemain boleh memilih laluan mereka, sama ada mengharungi Zul’Aman, menyiasat Harandar, atau menemani Arator, anak kepada Turalyon dan Alleria Windrunner, dalam usaha untuk mendapatkan relik daripada Light.

Pelbagai Kandungan Baharu

World of Warcraft: Midnight menjanjikan sejumlah besar kandungan endgame baharu:

  • Delve: Sepuluh Delves baharu, ditambah dengan satu Nemesis Delve, akan mencabar pemain bersama-sama perompak blood elf legenda, Valeera Sanguinar.
  • Dungeons Lapan dungeon baharu akan diperkenalkan, masing-masing dengan cerita dan persekitaran yang unik.
  • Raid: Musim pertama Midnight akan menampilkan tiga raid baharu dengan total sembilan bos: The Voidspire, The Dreamrift, dan kemuncak March on Quel’Danas.

Kemas Kini Ciri-Ciri Utama

Selain zon dan kandungan baharu, Midnight akan memperkenalkan beberapa kemas kini sistem yang penting:

  • Player Housing: Satu ciri yang sangat dinanti-nantikan, pemain akhirnya akan dapat mencipta dan menyesuaikan kediaman mereka sendiri di Azeroth.
  • Silvermoon City yang Diperbaharui: Bandar ikonik ini akan dibina semula dan berfungsi sebagai hab untuk Horde dan Alliance.
  • Prey System: Jejaki dan buru sasaran kuat di seluruh zon baharu untuk mendapatkan ganjaran berharga.
  • The Arcantina: Sebuah kedai minuman ajaib yang berfungsi sebagai persimpangan untuk para pengembara bertemu dengan wajah-wajah yang dikenali dan memulakan quest baharu.
  • Kemas Kini PvP: Medan lawan 40v40 baharu, Slayer’s Rise, akan berlatarkan Voidstorm. Mod Training Grounds baharu juga akan tersedia untuk pemain yang baru dalam PvP.
  • Kemas Kini UI dan Transmogrification: UI asas akan menyaksikan penambahbaikan, termasuk penambahan meter damage dan amaran bos. Sistem transmogrification akan dipertingkatkan untuk membolehkan penyimpanan penampilan slot item individu.

Bagi pemain baharu dan yang kembali, pengalaman menaikkan level yang dikemas kini akan diperkenalkan dengan kemas kini kandungan Prolog Midnight, “The Warning,” pada 2 Disember. Ini bertujuan untuk melancarkan perjalanan pemain, memastikan mereka bersedia untuk cabaran yang menanti dalam pertempuran menentang Void.

Tags: DLCWorld of Warcraft: Midnight
ShareTweetSend
Previous Post

Reviu POCO F8 Pro – Bukan Sekadar ‘Gaming’, Cemerlang Dalam Semua Aspek!

Next Post

Tencent Lancar Pesaing GTA ‘Codename Crime-Vice’ Untuk Peranti Mobile!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
Next Post
Tencent Lancar Pesaing GTA ‘Codename Crime-Vice’ Untuk Peranti Mobile!

Tencent Lancar Pesaing GTA 'Codename Crime-Vice' Untuk Peranti Mobile!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd