Haritu, aku ada cerita serba sedikit tentang expansion terbaru untuk World of Warcraft, iaitu World of Warcraft: Battle for Azeroth. Tarikh untuk Expansion ni dilancarkan adalah pada bulan Ogos tahun ni. Tapi, sedikit sneak peak dari Blizzard, diaorang buat komik untuk korang tahu serba sedikit tentang tercetusnya Battle for Azeroth ni. Jadi, jom, ikut aku!
Pada 23 Mei ini, Blizzard akan keluarkan komik yang mempunyai 8 Muka Surat, dimana, korang boleh baca di website worldofwarcraft.com. Komik ini dinamakan sebagai “Reunion”, dimana Jaina Proudmoore kembali ke runtuhan Theramore, di mana tempat asalnya-yang akhirnya musnah di tangan Horde. Jadi, ini sedikit sneak peek untuk komik tersebut :
Jadi, kalau korang nak baca komik penuh, tunggu 23 Mei nanti, dan pereka kepada komik ini adalah Christie Golden dan Andrew Robinson. Andrew Robinson merupakan penulis kepada komik “Reunion” manakala, Christie Golden adalah pengarang untuk Novel World of Warcraft. Mereka berdua inilah yang bertanggung jawab dalam menghasilkan komik “Reunion” ini. Sekali lagi, aku ingatkan, korang boleh baca komik ini di website worldofwarcraft.com.
@gamersantaimy
Discussion about this post