Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Wolfenstein 3 Kini Dalam Pembangunan Aktif Oleh MachineGames Bagi Melengkapkan Trilogi Moden

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 8, 2026
in Artikel, Berita, Khabar angin
0 0
0
Wolfenstein 3 Kini Dalam Pembangunan Aktif Oleh MachineGames Bagi Melengkapkan Trilogi Moden
Share on FacebookShare on Twitter

Kini semakin jelas bahawa Wolfenstein 3 sedang dibangunkan secara aktif, berdasarkan maklumat daripada pelbagai sumber.

Khabar angin tersebut yang sudah lama berlegar, terutamanya sejak judul terakhir siri ini dikeluarkan, kini bertiup kencang semula berikutan pendedahan daripada Jez Corden dari Windows Central, seorang wartawan yang terkenal dengan ketepatan maklumat dalamannya.

Laporan ini kemudiannya disokong oleh Kotaku, yang turut mengesahkan berita ini melalui sumber dalaman mereka sendiri.

Maklumat ini muncul setelah lebih lima tahun siri ini menyepi, iaitu selepas pelancaran judul spin-off co-op, Wolfenstein: Youngblood, pada tahun 2019.

Walaupun pembangunnya, MachineGames, masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi, perkembangan ini nampaknya selari dengan petunjuk-petunjuk yang pernah diberikan oleh studio tersebut sebelum ini.

MachineGames telah menghidupkan semula francais klasik ini pada tahun 2014 melalui Wolfenstein: The New Order, dan sudah lama mengusik tentang perancangan jangka panjang mereka.

Dalam satu sesi dokumentari mengenai proses pembikinan siri ini, Ketua Studio, Jerk Gustafsson, pernah menyatakan bahawa mereka dari awal lagi merancang siri Wolfenstein ini sebagai sebuah trilogi.

Memandangkan Wolfenstein II: The New Colossus merupakan bahagian kedua, maka pengembaraan watak utamanya, B.J. Blazkowicz, masih tergantung dan memerlukan sebuah penutup yang pastinya dinanti-nantikan oleh peminat.

Penantian yang begitu lama ini benar-benar menguji kesabaran para peminat, lebih-lebih lagi selepas Youngblood menerima sambutan yang kurang memberangsangkan kerana menyimpang daripada formula naratif single-player yang menjadi kekuatan siri ini.

Sebagai salah satu francais popula dalam genre first-person shooter, siri ini telah menerima pujian melambung hasil daripada naratif serta gameplay yang penuh aksi dalam The New Order dan The New Colossus.

Walaupun semua petunjuk yang ada sangat kukuh, perlu diingatkan bahawa kedua-dua pihak, MachineGames dan Bethesda, masih belum memberikan sebarang pengesahan rasmi. Selagi tiada pengumuman dibuat, semua laporan ini hanyalah sekadar khabar angin. Buat masa ini, para peminat hanya mampu menanti sebarang maklumat rasmi.

Tags: Wolfenstein 3
ShareTweetSend
Previous Post

[Eksklusif] Hajime Tabata Mengupas Kerjasama Dengan Arab Saudi, RPG Turn-Based & Hala Tuju Pembangunan Game Kreatif

Next Post

[CF 2025] “Fokus Utama Dalam Rebirth Adalah Untuk Menyerlahkan Ikatan Antara Watak,” Kongsi Naoki Hamaguchi Tentang FFVII Rebirth

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
[CF 2025] “Fokus Utama Dalam Rebirth Adalah Untuk Menyerlahkan Ikatan Antara Watak,” Kongsi Naoki Hamaguchi Tentang FFVII Rebirth

[CF 2025] "Fokus Utama Dalam Rebirth Adalah Untuk Menyerlahkan Ikatan Antara Watak," Kongsi Naoki Hamaguchi Tentang FFVII Rebirth

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd