Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Windows 10 akan tamat servis pada Oktober tahun ini, Microsoft gesa semua pakai Windows 11

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 8, 2023
in Artikel, Berita, Desktop, Industri, Komputer, Laptop, Teknologi
0 0
0
Windows 10 akan tamat servis pada Oktober tahun ini, Microsoft gesa semua pakai Windows 11

Kredit: Microsoft

Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda belum upgrade kepada Windows 11, sekarang adalah masa paling sesuai kerana Microsoft membuat keputusan rasmi untuk berhenti memberi kemas kini pada Windows 10; dan sebaliknya ingin memfokuskan pada Windows 11.

Windows client roadmap update by Jason Leznek.#windows #windows10 #windows11 https://t.co/0geCEa2Bxs

— Alvin Ashcraft 🐿 (@alvinashcraft) April 28, 2023

Microsoft mengumumkan berita itu melalui roadmap bagi produk yang dikemas kini, dan memberitahu bahawa Windows 10 versi 22H2 (yang dikeluarkan pada Oktober 2022) merupakan update besar terakhir bagi perisian. Microsoft juga menyatakan bahawa semua sokongan untuk Windows 10 Home, Pro, Enterprise dan Education, termasuk kemas kini sekuriti, akan tamat pada 14 Oktober 2025.

Pengurus produk Microsoft, Jason Leznek, berkata:

“Kami sangat menggalakkan anda untuk beralih ke Windows 11 sekarang.”

Kredit: Microsoft

Sistem operasi Windows 11 mula dilancarkan pada Oktober 2021, dan tersedia untuk semua peranti (yang layak) pada Mei 2022. Terkandung di dalam Windows 11, Microsoft memperkenalkan pelbagai elemen reka bentuk baharu dan menambah beberapa ciri-ciri baharu dan alatan produktiviti yang sepatutnya boleh menambah baik pengalaman peribadi pengguna di seluruh dunia.

Malangnya, berjuta-juta pengguna Windows di seluruh dunia tidak dapat menyesuaikan diri dengan perubahan sistem itu atas pelbagai sebab; terutamanya keperluan perkakasan tinggi yang tidak dapat ditampung oleh majoriti PC dan laptop lama.

Kredit: GS.StatCounter

Menurut data, Windows 10 menyumbang sebanyak > 70% untuk jumlah pasaran manakala Windows 11 hanya mencecah 20%. Sehingga sekarang, Microsoft masih bergelut untuk meyakinkan pengguna beralih ke Windows 11 dan mungkin dengan mematikan sistem Windows 10, ini sahaja caranya untuk membuat mereka berubah.

Selain keperluan perkakasan, masih ada banyak isu tentang Windows 11. Ada isu yang besar, ada isu yang kecil, tetapi kebanyakan masalah ini telah disenaraikan oleh netizen melalui ruang komen di pengumuman Microsoft. Anda boleh baca pengumuman penuh di SINI.

Kredit: Microsoft

Memandangkan tiada update baharu akan datang ke Windows 10 selepas ini, seeloknya kita perlahan-lahan beralih kepada Windows 11 dan menyesuaikan. Walaupun begitu, anda masih boleh menggunakan Windows 10 selepas bulan Oktober, tetapi hati hati kerana tiada update sekuriti akan ditambah selepas itu, maka membuatkan PC anda lebih terdedah dan berrisiko kepada bahaya.

Baca segala berita kami tentang Microsoft di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: MicrosoftWindows 10Windows 11
ShareTweetSend
Previous Post

Do Retry — Manga Boxing Terbaru Berlaku Semasa Zaman Showa Selepas Perang!

Next Post

Baru lancarkan di PS4 & Xbox One, Hogwarts Legacy kini telah terjual lebih daripada 15 juta unit!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

GSC & MDEC melancarkan Malaysia Animation Film Festival! Tonton animasi tempatan di pawagam terpilih!
Tempatan

GSC & MDEC melancarkan Malaysia Animation Film Festival! Tonton animasi tempatan di pawagam terpilih!

September 30, 2023
Honkai: Star Rail Versi 1.4 & Versi PS5 akan keluar Oktober 2023! Info lengkap!
Berita

Honkai: Star Rail Versi 1.4 & Versi PS5 akan keluar Oktober 2023! Info lengkap!

September 29, 2023
Berjumpa Pasukan Di Sebalik Baldur’s Gate 3 bersama Larian Studios [Level Up KL 2023]
Industri

Berjumpa Pasukan Di Sebalik Baldur’s Gate 3 bersama Larian Studios [Level Up KL 2023]

September 29, 2023
Next Post
Baru lancarkan di PS4 & Xbox One, Hogwarts Legacy kini telah terjual lebih daripada 15 juta unit!

Baru lancarkan di PS4 & Xbox One, Hogwarts Legacy kini telah terjual lebih daripada 15 juta unit!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2023 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2023 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In