Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

WereGarurumon: Sagittarius Mode adalah evolusi seterusnya di anime Digimon Adventure 2020!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 2, 2020
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Tinjauan & analisis
0 0
0
WereGarurumon: Sagittarius Mode adalah evolusi seterusnya di anime Digimon Adventure 2020!
Share on FacebookShare on Twitter

Digimon Adventure terus mengejutkan peminat lama dan baru dengan cara ia berkembang melalui story arc terbesar dalam siri, di mana episod terbaru menunjukkan debut evolusi baru WereGarurumon. Ketika Taichi, Yamato, dan Takeru meneruskan perjalanan melalui istana Devimon untuk menyelamatkan Digitama yang ditinggalkan oleh Holy Digimon Angemon daripada episod sebelum, mereka harus menghadapi musuh baru yang lebih kuat dan berada di ambang kekalahan. Nasib baik, WereGarurumon berjaya mencapai evolusi baru.

Sama seperti yang dilihat dengan MetalGreymon dalam episod sebelumnya, daripada berevolusi ke tahap Mega, WereGarurumon menerima upgrade ke bentuk Ultimate-nya. Ia dicapai semasa WereGarurumon diperangkap oleh DarkKnightmon dan Yamato bersama Takeru hampir jatuh ke dalam lubang miasma. Untuk menyelamatkan mereka, WereGarurumon mencari kekuatan baru dalam dirinya untuk membuka “Sagittarius Mode.”

WereGarurumon: Sagittarius Mode adalah sepenuhnya unik untuk siri anime ini. Walaupun MetalGreymon: Alterous Mode memang diinspirasikan oleh permainan video francais, Sagittarius Mode benar-benar “original” untuk siri di mana WereGarurumon diberi sayap besi yang keluar daripada belakang badannya.

Sayap ini sebenarnya mengandungi “booster” yang membolehkan WereGarurumon terbang, demi menyelamatkan Yamato dan Takeru sebelum mereka terjun ke dalam kolam miasma. Bukan setakat itu sahaja, ia juga menjadikan serangan cakar WereGarurumon lebih kuat. Dia juga dapat menggunakan bahagian sayap sebagai pisau, dan menggunakannya untuk melawan DarkKnightmon yang sebelum ini terlalu sukar untuk diuruskan.

Klip penuh:

https://twitter.com/Wikimon_news/status/1322860922680021001

Dengan upragde besar ini, bagaimanalah wira-wira kami akan melawan Devimon agaknya? Apa pendapat anda? Jom kongsikan di ruang komen.

Tags: animeDigimon AdventureWereGarurumonWereGarurumon: Sagittarius Mode
Previous Post

Bagaimana Slam Dunk hampir ubah takdir One Piece!

Next Post

Rebat sehingga RM600 dengan Promosi Akhir Tahun ROG Gaming Laptop!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Rebat sehingga RM600 dengan Promosi Akhir Tahun ROG Gaming Laptop!

Rebat sehingga RM600 dengan Promosi Akhir Tahun ROG Gaming Laptop!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd