Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Webtoon Popular “The Player Who Can’t Level Up” Akan Melompat Ke Dunia Gaming Dengan Game Aksi Roguelite

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 24, 2025
in Anime, Artikel, Berita, Manga, PC, PS5, Roguelike, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Webtoon Popular “The Player Who Can’t Level Up” Akan Melompat Ke Dunia Gaming Dengan Game Aksi Roguelite
Share on FacebookShare on Twitter

Webtoon Korea yang amat terkenal, The Player Who Can’t Level Up, yang telah menarik jutaan peminat di seluruh dunia dan mencatat lebih 210 juta tontonan di platform seperti Kakao Page, Piccoma, dan Tapas, kini bersedia untuk mengembangkan alam semestanya ke dunia gaming.

Pembangun Tripearl Games telah mengumumkan sebuah game aksi roguelite berskala penuh yang diadaptasi daripada siri ini, dan akan dilancarkan di PC melalui Steam, PlayStation 5, serta Xbox Series X|S pada tahun 2026.

Adaptasi ini berjanji untuk membawa aksi dan jalan cerita dari webtoon tersebut ke dalam format roguelite yang pantas, menggabungkan combat sengit dengan elemen kemajuan strategik.

Game ini dibangunkan hasil kerjasama dengan pasukan asal novel web dan webtoon, serta memperkenalkan kisah sampingan baharu yang meneroka aspek-aspek yang belum pernah disentuh dalam siri tersebut.

Di pust game ini ialah watak utama, Kim Kigyu, seorang pahlawan gigih yang ditugaskan untuk menentang ancaman paling berbahaya di dunia—namun dengan satu kekurangan unik: dia tidak boleh naik level seperti biasa.

Sebaliknya, pemain akan menguasai seni pertarungan pedang, termasuk serangan biasa, Berserk, dan Awakening, sambil meneroka pintu-pintu misteri yang penuh dengan rahsia.

Ciri roguelite terserlah melalui skil rawak, laluan kemajuan, dan kebolehulangan, yang menggalakkan pemain untuk bereksperimen dengan pelbagai build dan strategi setiap kali bermain.

Pemain akan membuka Ego Shard, iaitu kebolehan seperti perk, serta Blessings, iaitu penambahbaikan rawak yang boleh mencipta sinergi unik sepanjang permainan. Sistem ini menggantikan sistem level tradisional dengan gaya gameplay yang dinamik dan memerlukan kemahiran tinggi, memastikan setiap pengalaman bermain adalah unik.

Dikuasakan oleh Unreal Engine 5, game ini menawarkan visual penuh 3D, animasi lancar, kawalan kamera bebas, dan tiada skrin loading untuk pengalaman yang lebih lancar. Pemain juga boleh bekerjasama dengan watak-watak sekutu yang dikenali dari webtoon seperti Lu dan El, menambah elemen nostalgia sambil memperluaskan jalan cerita.

Tripearl Games turut menekankan kerjasama erat di sebalik projek ini, dengan menyatakan bahawa jalan cerita baharu dibangunkan bersama pengarang dan artis asal bagi memastikan ia kekal setia kepada karya asal.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi The Player Who Can’t Level Up.

Tags: The Player Who Can’t Level Up
ShareTweetSend
Previous Post

Anime SPY x FAMILY Season 3 Bakal Tayang Oktober 2025, Trailer Pertama Didedahkan!

Next Post

Xiaomi Bakal MemBuka Kedai Flagship Terbesar Di The Exchange TRX!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Langrisser: Sea of Sword – Combat Dual-Hero Dengan Dunia Bebas Untuk Meneroka
Berita

Langrisser: Sea of Sword – Combat Dual-Hero Dengan Dunia Bebas Untuk Meneroka

July 22, 2026
Sankei Digital & Eliphant Bersatu Untuk Bawa Game Tempatan ke Pentas Dunia
Industri

Sankei Digital & Eliphant Bersatu Untuk Bawa Game Tempatan ke Pentas Dunia

July 22, 2026
Previu Persona 4 Revival – Kita Kembali Ke Midnight Channel, Rupa Paras & Gameplay Lagi Dinamik
Preview

Previu Persona 4 Revival – Kita Kembali Ke Midnight Channel, Rupa Paras & Gameplay Lagi Dinamik

July 22, 2026
Next Post
Xiaomi Bakal MemBuka Kedai Flagship Terbesar Di The Exchange TRX!

Xiaomi Bakal MemBuka Kedai Flagship Terbesar Di The Exchange TRX!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd