Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Wau Animation Bakal Bawa Novel Nusantara ‘Nirnama’ Dalam Bentuk Animasi!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 24, 2026
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Tempatan
0 0
0
Wau Animation Bakal Bawa Novel Nusantara ‘Nirnama’ Dalam Bentuk Animasi!
Share on FacebookShare on Twitter

Wau Animation, studio terkenal di sebalik Ejen Ali, mengumumkan kerjasama dengan penulis prolifik, Hilal Asyraf, bagi merealisasikan adaptasi animasi Nirnama.

Bagi yang belum pernah mendengarnya, Nirnama bermula sebagai sebuah novel pada tahun 2021. Berikutan sambutan luar biasa, karya ini terus berkembang dan diterbitkan dalam bentuk komik, malah dunianya diperluas lagi dengan pelbagai kisah serta prekuel yang menarik.

Rasmi!
Alhamdulillah.

Saya dengan rendah diri mohon doa semua agar urusan animasi adaptasi ini lancar dan berjaya. 😁 https://t.co/3PSxDHL0aT

— Hilal Asyraf (@HilalAsyraf) April 23, 2026

Menurut sinopsis rasmi:

Kredit: Hilal Asyraf

Kisah asalnya mengikuti perjalanan seorang pendekar tanpa nama yang merantau di sekitar Tanah Semenanjung. Sikapnya yang ringan tulang membantu rakyat jelata serta keberaniannya menentang kezaliman orang-orang Jagat Suci, membuatkan kelibatnya sentiasa menjadi bualan ramai.

Memandangkan tiada siapa yang tahu asal-usul dan nama sebenarnya, orang ramai mula menggelarnya ‘Nirnama’ yang bermaksud Tanpa Nama.

Cerita mula menjadi serius apabila Wilayah Ujing (sebuah kawasan jajahan Kerajaan Indera Kayangan) jatuh ke tangan Kerajaan Semutar Putih hasil campur tangan Nirnama.

Peristiwa ini membuatkan Jagat Suci, pemerintah Kerajaan Indera Kayangan merangkap penguasa mutlak Tanah Semenanjung, mula berasa curiga dan tergugat dengan kewujudan pendekar misteri tersebut.

Adakah Nirnama bakal menjadi ancaman besar kepada kekuasaan Jagat Suci? Apakah sebenarnya kaitan antara pendekar ini dengan Kerajaan Semutar Putih? Dan yang paling penting, siapakah Nirnama yang sebenar?

Tarikan Elemen Nusantara Klasik

@hilalasyrafofficial Ramai yang sudah baca Novel Nirnama. Alhamdulillah ramai beri respons yang baik-baik. Judul-judul Nirnama pun dah berkembang sampai ada 3 lagi judul novel dan 2 komik. Jom terjebak dengan semesta Nirnama. Sambar di PBAKL2025 yang bakal berlangsung mula 23hb Mei ini! #nirnama #hilalasyraf #booktok #racuntiktok #booktokmalaysia #novelmelayu ♬ Indonesian Culture EDM – JavaBoy 94

Apa yang membuatkan projek adaptasi ini sangat istimewa adalah keunikan identiti Nirnama itu sendiri. Ia bukan sekadar cerita aksi kosong, sebaliknya penuh dengan latar belakang Nusantara klasik.

Pembaca disajikan dengan elemen budaya tempatan yang pekat, kemunculan watak-watak yang diinspirasikan daripada kisah dongeng Nusantara, dan penceritaan yang disulami dengan pantun serta syair. Bukan itu sahaja, karya ini tidak lupa untuk menerapkan pengajaran serta nilai-nilai Islamik yang sesuai untuk tontonan seisi keluarga.

Bila Boleh Tonton?

Saya merakamkan jutaan terima kasih juga kepada Tuan Usamah Zaid & pihak WAU Animation atas kesudian untuk mengadaptasi Nirnama ke layar animasi.

Semoga kerjasama ini lancar dan berjaya!

Bismillah! https://t.co/Whd2w2L0gI

— Hilal Asyraf (@HilalAsyraf) April 23, 2026

Setakat hari ini, pihak Wau Animation masih belum mengumumkan sebarang tarikh tayangan rasmi untuk projek ini.

Sementara menunggu perkembangannya, anda boleh mendapatkan naskhah novel dan komik Nirnama secara terus melalui platform jualan rasmi Hilal Asyraf.

Tags: animasiNirnama
ShareTweetSend
Previous Post

Spesis Labah-Labah Baru Di Indonesia Diberi ‘Rathalos inagami’ Daripada Monster Hunter!

Next Post

Toei Games Umum Tiga Game Pertama – KILLA, HINO & DEBUG NEPHEMEE!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
Next Post
Toei Games Umum Tiga Game Pertama – KILLA, HINO & DEBUG NEPHEMEE!

Toei Games Umum Tiga Game Pertama - KILLA, HINO & DEBUG NEPHEMEE!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd