Setiap penceritaan, mesti akan ada yang jadi hero dan juga villain. Tetapi hero atau villain itu sudah pasti menjumpai pelbagai watak sampingan lain yang membantunya sehingga menjadi lebih hebat. Namun, terdapat beberapa watak sampingan yang menjadi sangat popular daripada watak utama.
Jom kita lihat watak sampingan yang mana lebih popular daripada watak utama.
Mikey
Mikey atau nama sebenarnya Sano Manjiro merupakan seorang ketua kepada Toman dan juga Kanto Maji Gang. Walaupun Takemichi adalah watak utama dalam siri Tokyo Revengers, Mikey nampaknya lebih menonjol kerana perwatakannya yang lebih mudah untuk didekati oleh para peminat.
Kini, dia memegang rekod tanpa kalah dan menjadi seorang watak yang susah untuk dikalahkan. Secara tidak langsung, Mikey menjadi seorang watak yang kuat kerana Nuclear Kick yang sangat berkuasa.
Terdapat juga beberapa watak yang cuba berlawan dengan Mikey, tetapi semuanya dikalahkan dengan teruk oleh Nucklear Kick. Tidak kira betapa kuat atau tinggi musuh itu, Mikey sentiasa menumpaskan lawannya secara tiba-tiba dan itulah sebabnya dia begitu popular di kalangan peminat.
Killua Zoldyck
Killua adalah watak sampingan yang diperkenalkan sejak awal lagi. Hampir keseluruhan siri Hunter X Hunter, kita akan melihat Killua sentiasa berada di samping Gon. Walaupun dia hanya watak sampingan, dia memainkan peranan yang sangat penting untuk beberapa arc di dalam siri ini seperti Heavens Arena, Greed Island dan Chimera Ant.
Walaupun dia sebaya dengan Gon, perwatakan Killua nampaknya agak kasar dan agresif terhadap orang lain. Dia juga mempunyai intelek yang tajam dan kemahiran analisis yang luar biasa. Tambah dengan deria yang tajam, dia merupakan assassin yang paling berbakat dalam seluruh sejarah Zoldycks.
Levi Ackerman
Levi Ackerman ialah kapten skuad semasa Survey Corps yang diketuai oleh Armin Arlert. Dia telah menunjukkan beberapa keupayaannya dalam siri ini dan membuktikan nilainya sebagai seorang askar. Terdapat satu adegan yang para peminat tidak akan melupakan di mana dia menunjukkan potensi sebenar semasa berlawan dengan Beast Titan dalam arc Return to Shiganshina.
Walaupun dia tidak mempunyai sebarang kuasa atau senjata istimewa, Levi mampu bertahan di dunia Titan dengan hanya menggunakan pedangnya dan kecerdasan minda yang sangat tinggi. Dia adalah contoh yang sempurna untuk manusia dengan mengasah kemahiran mereka sepanjang hayat.
Katsuki Bakugo
Sejak siri My Hero Academia dikeluarkan, watak sampingan yang bernama Bakugo telah mendominasi carta pilihan oleh peminat. Setiap kali ada tinjauan populariti MHA, Bokugo semestinya adalah yang tertinggi dengan mendapat jumlah undi yang besar.
Namun, perwatakan yang ditampilkan oleh Bakugo agak angkuh dan biadap kerana dia terlalu yakin dengan Quirk dan kebolehannya diri sendiri. Walau bagaimanapun, dia telah membuktikan yang dia adalah salah seorang pelajar yang paling kuat di U.A.
Dengan menggabungkan kerja kerasnya, kemahiran berbakatnya dan kecerdasannya, dia telah menjadi seorang hero yang sangat berkebolehan dan boleh bertarung dengan musuh yang lebih kuat. Oleh itu, dia menjadi salah seorang watak sampingan terbaik dalam sejarah anime.
Satoru Gojo
Gojo adalah seorang watak sampingan yang bukan sahaja kuat, tetapi berketerampilan. Dia sangat kacak dan bergaya, lagi-lagi masa dia berkaca mata hitam. Di dalam siri ini, Gojo telah diiktiraf sebagai Jujutsu Sorcerer yang paling kuat pernah wujud dan tiada siapa yang mampu mengalahkannya dari segi kekuatan dan kuasa.
Dia mempunyai kebolehan yang sangat banyak termasuk Limitless Cursed Energy, Infinity, Hollow Purple, Unlimited Void dan mata yang spesial, Six Eyes. Selain itu, dia juga mempunyai kekuatan fizikal yang hebat dan intelek yang tajam. Oleh itu, dia menjadi watak anime yang sangat berkuasa dalam sejarah anime.
Setakat ini, itu sahaja watak sampingan yang kami rasa lebih popular dari watak utama sesuatu siri anime itu. Kalau korang rasa ada watak yang lebih layak duduk di dalam senarai ini, berikan nama watak tersebut di bahagian komen nanti.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post