Selepas James Gunn dan Peter Safran mengambil alih Warner Bros., terdapat pelbagai berita dan spekulasi yang dikeluarkan termasuklah Henry Cavill yang kini tidak lagi akan berlakon sebagai Superman, Filem Wonder Woman 2 dihentikan, mengekalkan Ezra Miller sebagai The Flash dan banyak lagi.

Namun dalam masa yang sama, mereka sedang membuat perancangan dan perubahan yang drastik kepada DCU untuk masa hadapan. Yang pertama, mereka telah membuat penangguhan kepada filem Shazam! Fury of the Gods, Aquaman and the Lost Kingdom dan The Flash. Yang kedua mengumumkan senarai filem baru termasuk Blue Beetle yang akan ditayangkan pada 18 Ogos 2023 dan filem Superman baharu di mana akan menceritakan tentang semasa dia kecil.

Menurut laporan daripada Variety, Warner Bros. kini sudah serasi dengan mengekalkan Ezra Miller sebagai The Flash walaupun pelakon tersebut mempunyai pelbagai masalah pada tahun lepas termasuk mencuri arak dari rumah orang. Selepas mempunyai beberapa masalah dan dibawa ke mahkamah, Ezra Miller mengesahkan yang dia sebenarnya sedang menghadapi isu kesihatan mental yang kompleks.
Walau bagaimanapun, Ezra Miller telah tampil untuk memohon maaf atas kesalahan dan tingkah lakunya. Selepas itu, dia bertemu dengan eksekutif WB Discovery untuk meminta maaf dan sekali gus menyelamatkan filem The Flash. Dalam pertemuan tersebut, Ezra Miller mengatakan yang watak Flash adalah salah satu watak kegemarannya.

Dengan kembalinya Ezra Miller di set untuk mengambil penggambaran semula pada bulan Oktober lepas, ini merupakan petanda yang cukup baik di mana Warner Bros. ingin meneruskan filem tersebut. Terdapat juga laporan di mana skrip untuk filem The Flash 2 telah pun siap disusun sekiranya The Flash mendapat sambutan yang baik.

Saya ingin mengingatkan anda bahawa The Flash bakal tiba di pawagam pada 16 Jun 2023 dan akan menampilkan hero lain seperti Batman dan Supergirl. Harapnya Ezra Miller terus komited dengan kerjayanya yang semakin pulih dan tidak membuat sebarang drama yang memburukkan namanya sendiri.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak liputan menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post