Wizards of the Coast dan pembangun Invoke Studios hari ini telah mengumumkan WARLOCK: Dungeons & Dragons, sebuah permainan video aksi-pengembaraan baharu berperspektif single-player third-person. Berlatarkan open world fantasi gelap yang diinspirasikan oleh permainan tabletop role-playing ikonik D&D, WARLOCK akan membuat pelancaran pada tahun 2027 di PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC.
Pengumuman ini dibuat semasa The Game Awards 2025 dan memperkenalkan pemain kepada Kaatri, seorang pahlawan veteran yang membuat perjanjian dengan makhluk alam lain yang berkuasa untuk menggunakan sihir terlarang bagi menentang kuasa jahat. Watak Kaatri akan dihidupkan melalui performance capture penuh oleh pelakon yang memenangi anugerah, Tricia Helfer, yang terkenal dengan wataknya dalam Battlestar Galactica dan Lucifer.

Mekanik asas game ini akan tertumpu pada gabungan antara magic combat dan melee combat. Pemain akan menggunakan kuasa luar biasa Kaatri bukan sahaja dalam combat taktikal, tetapi juga untuk meneroka dunia , di mana penggunaan ‘spell’ bertindak sebagai kunci untuk membuka laluan baharu dan menyelesaikan cabaran persekitaran. Pemilihan untuk memberi tumpuan kepada kelas warlock didorong oleh daya tarikan terhadap kehebatan unik mereka dalam spellcasting dan karisma yang tinggi.

Walaupun pendedahan penuh gameplay dirancang pada musim panas 2026, pengumuman WARLOCK: Dungeons & Dragons menandakan satu tambahan penting kepada senarai permainan video bertaraf AAA yang semakin berkembang berdasarkan alam fantasi yang popular itu.









Discussion about this post