Warcraft III: Reforged, rekaan semula kepada permainan real-time strategy paling terkenal oleh Blizzard akan keluar pada 29 Januari! Warcraft III: Reforged mengandungi Warcraft III: Reign of Chaos yang asal dan expansionnya, The Frozen Throne serta menampilkan tujuh single-player campaign yang merangkumi lebih dari 60 misi. Diberi peningkatan grafik, perubahan audio, dan penambahan ciri-ciri matchmaking baru di Battle.net, Warcraft III: Reforged akan mengubah pengalaman strategy yang kita semua tahu.
Warcraft III: Reforged tersedia untuk pembelian pra-digital sekarang di Blizzard Shop. Versi Standard Edition tersedia untuk $29.99 (RM124.24) manakala versi Spoils of War Edition bernilai $39.99 (RM165.67). Edisi istimewa ini dilengkapi dengan skin hero unik untuk Arthas, Cenarius, Jaina, dan Thrall. Juga termasuk dengan edisi ini adalah pelbagai bonus in-game untuk permainan video Blizzard lain yang akan dibuka serta-merta selepas pre-purchase, seperti Meat Wagon mount untuk World of Warcraft, Third War cardback untuk Hearthstone, Mal’ganis pet untuk Diablo III, dan banyak lagi. Untuk maklumat penuh tentang keseluruhan bonus dalam edisi Spoils of War, kamu boleh lihat blog ini.
Ciri-Ciri Utama Warcraft III: Reforged
- Perubahan Graphic yang Drastik
- Warcraft III: Reforged membawa permainan asal ke era moden dengan watak, struktur, persekitaran, animasi, dan kesan grafik yang telah diubahsuai sepenuhnya.
- Multiplayer antara Mana-Mana Versi
- Pemain dapat bermain dengan sesiapa sahaja yang memainkan Warcraft III, tidak kisah yang asal atau Reforged.
- Lakonan suara yang Sama
- Reforged akan mengekalkan suara permainan asal dari rakaman, memelihara keaslian pengalaman Warcraft III.
- World Editor Baru
- World Editor baru memberi kuasa kepada komuniti untuk mencuba benda baru, dengan beratus-ratus trigger baru, sokongan skrip LUA, alat baru untuk mengimport model, dan lebih banyak penambahbaikan lain.
- Implementasi Battle.net
- Pemain akan menikmati ciri-ciri lengkap Battle.net untuk meningkatkan lagi pengalaman Warcraft III mereka, termasuk text dan voice chat, clan, serta installation dan patching yang lancar.
Untuk maklumat lanjut mengenai Warcraft III: Reforged, kamu boleh lihat laman web rasmi di sini.
@gamersantaimy
Discussion about this post