Game klasik real-time strategy milik Blizzard Entertainment, Warcraft: Orc & Humans dan Warcraft 2 Battle.net Edition kini boleh didapati di GOG.com. Keluaran untuk kedua game ini muncul selepas Blizzard dan GOG bekerjasama untuk release semula Diablo original untuk PC moden.
Warcraft: Orc & Humans, asalnya dikeluarkan pada 1994, dan telah “fully optimized untuk berfungsi pada sistem operasi peranti masa kini” daripada sebuah kenyaatan oleh GOG.com. Game real-time strategy ini berlangsung di dunia Azeroth, di mana manusia dan orc sedang bertarung untuk takhta keagungan. Versi GOG.com bernilai $5.99 dan boleh dimuat turun di Mac dan Windows PC.
Manakala Warcraft 2 mula keluar untuk PC pada 1995. Versi GOG.com, Warcraft 2 Battle.net Edition mengandungi original Tides of Darkness dan expansion Beyond the Dark Portal. Sekuel ini juga menambah pertarungan di laut dan kaum baru kepada konflik Alliance vs Horde. Warcraft 2 Battle.net Edition bernilai $9.99 melalui GOG.com dan hanya boleh didapati di Windows PC sahaja. Ia datang dengan dua versi: “satu versi yang di-update dengan sokongan high-resolution display dan multiplayer via penyambungan LAN; dan versi klasik yang mengandungi grafik SVGA, dan matcmaking melalui servis online Battle.net.”
Sumber – GOG.com
@gamersantaimy
Discussion about this post