Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Walaupun gaji dipotong separuh, CEO Activision Blizzard masih kaya!

Amir Haziq by Amir Haziq
April 30, 2021
in Artikel, Berita
0 0
0
Walaupun gaji dipotong separuh, CEO Activision Blizzard masih kaya!
Share on FacebookShare on Twitter

Activision Blizzard adalah syarikat permainan video Amerika yang ditubuhkan pada tahun 2008 melalui gabungan bersama Activision, Inc dan Vivendi Games. Antara permainan terkenal yang dihasilkan oleh syarikat tersebut adalah seperti Call of Duty, Diablo, World of Warcraft, Overwatch dan Candy Crush Saga. Baru-baru ini, CEO Activision Blizzard, Bobby Kotick telah bersetuju untuk menurunkan gaji pokoknya serta bonus tahunan sebanyak 50 peratus.

Berdasarkan fail yang dikongsi oleh Activision Blizzard, gaji pokok Kotick akan dikurangkan dari $1.75 juta (anggaran RM7.19 juta) menjadi $875 ribu (anggaran RM3,593,100) untuk hasil pendapatan tahun 2021 dan 2022. Tetapi beliau masih layak memperoleh hingga 200% dari gaji pokok yang dikurangkan, jika beberapa sasaran tertentu tercapai.

Selain itu, pindaan tersebut turut menyatakan bahawa Kotick telah berjaya meningkatkan pasaran Activision Blizzard dari kurang $10 juta (anggaran RM41,06 juta) kepada lebih dari $70 billion (anggaran RM287.45 billion). Malah pemegang saham mendapat pulangan sebanyak 8,100% sepanjang dibawah pimpinan Kotick.

Sebelum ini, gaji Kotick telah menjadi bualan hangat kerana para pemegang saham syarikat merasakan pendapatan tersebut terlalu tinggi. Kes ini telah disokong oleh CtW Investment Group, sebuah firma yang ditubuhkan untuk melawan gaji eksekutif yang berlebihan dan mendesak para pemegang saham Activision Blizzard untuk menentang keputusan gaji Kotick.

Di samping itu, Kotick dijangka akan menerima bonus sebanyak $200 juta (anggaran RM821,28 juta) kerana hasil kejayaan Activision Blizzard sepanjang tahun lalu. CtW telah membahas keputusan ini, dan meminta untuk mempertimbangkan bonus Kotick, kerana kejayaan tersebut adalah hasil dari usaha seluruh syarikat.

Walaupun pendapatan Kotick dikurangkan kepada separuh, beliau masih menghasilkan jutaan dolar sebagai CEO setiap tahun. Malah Kotick juga akan mendapat bonus sangat tinggi jika berjaya mencapai sasaran yang ditetapkan. Kongsikan pendapat korang pasal berita ni diruang komen kami.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: activision blizzardBobby Kotick
Previous Post

Genshin Impact melancarkan “peta interaktif Teyvat” untuk memudahkan perjalanan pemain!

Next Post

Rakaman Sekuel game spin-off Yakuza “Judgment” terbocor awal?!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Microsoft Gaming Menghentikan Pekerja Secara Besar-Besaran, Beberapa Projek Game Besar Juga Dibatalkan!
Industri

Microsoft Gaming Menghentikan Pekerja Secara Besar-Besaran, Beberapa Projek Game Besar Juga Dibatalkan!

July 3, 2025
Persona5: The Phantom X Kini Tersedia di Malaysia – Main Sekarang & Rebut Ganjaran Percuma!
Berita

Persona5: The Phantom X Kini Tersedia di Malaysia – Main Sekarang & Rebut Ganjaran Percuma!

July 3, 2025
Ultraman Omega Bakal Gegarkan Malaysia Di Ultraman The Hero Premiere 2025!
Acara

Ultraman Omega Bakal Gegarkan Malaysia Di Ultraman The Hero Premiere 2025!

July 3, 2025
Next Post
Rakaman Sekuel game spin-off Yakuza “Judgment” terbocor awal?!

Rakaman Sekuel game spin-off Yakuza "Judgment" terbocor awal?!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd