Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Virtua Fighter 5 R.E.V.O. Rasmi Diumumkan, Akan Datang Ke PC!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 22, 2024
in Artikel, Berita, Fighting, PC, Steam
0 0
0
Virtua Fighter 5 R.E.V.O. Rasmi Diumumkan, Akan Datang Ke PC!
Share on FacebookShare on Twitter

SEGA secara rasmi telah memperkenalkan Virtua Fighter 5 R.E.V.O., yang bakal dikeluarkan di PC melalui Steam. Ini juga adalah kali pertama Virtua Fighter 5 hadir di platform ini selepas lama menjadi eksklusif di PlayStation.

Berdasarkan Virtua Fighter 5: Ultimate Showdown untuk PlayStation 4, edisi yang diperbaharui ini memperkenalkan pelbagai ciri baharu yang direka untuk meningkatkan pengalaman gameplay ke tahap yang lebih moden.

Peminat boleh menjangkakan sokongan rollback netcode untuk perlawanan online yang lancar, grafik 4K dengan kadar bingkai sehingga 60 FPS, dan pelarasan keseimbangan gameplay. Game ini dijadualkan dilancarkan pada musim sejuk (Disember 2024 hingga Mac 2025) ini, serentak dengan kemas kini versi 2.0 untuk Ultimate Showdown di PlayStation 4.

Ciri Utama Virtua Fighter 5 R.E.V.O.

Kredit: SEGA

Nikmati sokongan rollback netcode untuk pengalaman online yang lancar serta visual 4K yang menakjubkan. Model watak, peringkat, dan kesan sinematik yang diperbaharui memberikan nafas baharu kepada game yang digemari ramai ini.

Pilih daripada 19 watak ikonik, masing-masing dengan gaya lawan yang unik. Peribadikan watak kegemaran anda dengan kostum dan pelbagai pilihan customization untuk menjadikannya benar-benar unik.

Kredit: SEGA

Mod kegemaran seperti Arcade, Rank Match, Training, dan Versus turut kembali. Game ini memastikan pengalaman yang serba lengkap untuk pemain dari semua peringkat kemahiran.

Berhadapan dengan pencabar dari seluruh dunia dalam mod online baharu, termasuk Tournaments dan League Matches yang menyokong sehingga 16 pemain. Bersaing, strategikan, dan buktikan diri anda sebagai pahlawan terunggul.

Tags: Virtua Fighter 5 R.E.V.O.
ShareTweetSend
Previous Post

Visions of Mana ‘Game Trial’ Kini Tersedia Bersama Diskaun 25%!

Next Post

Animate Bakal Membuka Cawangan Malaysia di LaLaport BBCC!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Animate Bakal Membuka Cawangan Malaysia di LaLaport BBCC!

Animate Bakal Membuka Cawangan Malaysia di LaLaport BBCC!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd