Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Vambrace: Cold Soul keluar di Steam hari ini!

Kisah sebuah pengembaraan gelap penuh strategi untuk PC dan Mac.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 28, 2019
in Artikel, Berita, Nintendo Switch, PC, PS4, Steam, Xbox One
0 0
0
Vambrace: Cold Soul keluar di Steam hari ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Game strategy adventure baru Vambrace: Cold Soul akan keluar hari ini di pelantar Steam dan GOG. Pada minggu, pemain akan menerima diskaun keluaran sebanyak 10%, dan kemudian ia boleh didapati pada harga €24.99, $24.99 and £19.99.

Sinopsis pendek tentang Vambrace: Cold Soul.

The King of Shades telah meletakkan sumpahan pada kerajaan Icenaire. Kini mereka terperangkap di dalam sumpahan salji maut abadi, di mana penduduk asal telah mati dan kembali menjadi Wraiths. Mereka yang berjaya hidup kini bertempat di bawah tanah dan bersatu untuk berlawan kuasa asing dan luar biasa ini. Masih tiada tandingan dan harapan makin punah kerana King of Shades sedang membina askar-askar undead-nya, mereka terpaksa sorok sehingga satu hari, seorang pendatang asing muncul dengan aura seorang wira.

Anda akan bermain sebagai Evelia Lyric, pemilik kepada Aetherbrace dan satu-satunya manusia yang boleh memasuki kerajaan Icenaire yang disumpah. Anda harus memilih rakan sepasukan manakah untuk bawa dan meminjam kebolehan mereka untuk bantu dalam misi anda. Sertai pelbagai ekspedisi dan guna kebolehan rakan yang perseptif untuk mengelak daripada perangkap dan ditemui musuh. Selaraskan kekuataan pahlawan dan ahli sihir untuk bertahan di dalam pertempuran. Ingat, korang satu-satunya harapan Icenaire.

Ciri-ciri menarik:

  • Siap sedia untuk satu pengembaraan epik fantasi yang terdiri daripada 7 babak.
  • Selesaikan pelbagai sub-quest untuk membuka sehinga 26 skin bergaya baru untuk karakter.
  • Sempurnakan party anda daripada 5 bangsa dan 10 kelas unik watak.
  • Kraf item dan armour daripada sumber-sumber terhad yang dikumpul semasa pengembaraan untuk membuka skill baru dan kuatkan watak.
  • Membuat keputusan yang betul- satu pilihan salah boleh menamatkan riawayat party anda.
  • Membuat persediaan rapi atau membiar rakan sepasukan mati kerana ketidakcekapan anda.
  • Cari codex page untuk tahu lebih tentang sejarah dunia dan kisah-kisah dongeng mereka.

Pemain console akan merasa pengembaraan Evelia Lyric pada hari kemudian di tahun ini, kerana Vambrace: Cold Soul bakal dikeluarkan di PlayStation 4, Nintendo Switch, dan Xbox One pada Q3 2019.

Tags: 2DgogPCsteamVambrace: Cold Soul
Previous Post

‘MARVEL SUPER WAR’ dari NetEase dan Marvel Games Membuka Ujian Beta Tertutupnya Bermula Hari Ini

Next Post

Imej bocor setiap skin, senjata, emote, dan glider di Fornite V9.10!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Imej bocor setiap skin, senjata, emote, dan glider di Fornite V9.10!

Imej bocor setiap skin, senjata, emote, dan glider di Fornite V9.10!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd