Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Valve saman penganjur GESC kerana gagal bayar lebih daripada RM31 JUTA!

GESC telah menganjurkan beberapa kejohanan terkenal seperti Dota 2

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 24, 2019
in Artikel, Berita
0 0
0
Valve saman penganjur GESC kerana gagal bayar lebih daripada RM31 JUTA!
Share on FacebookShare on Twitter

Global Electronic Sports Championship (GESC) kini menghadapi tuntutan mahkamah besar oleh game developer terkenal, Valve. GESC ialah nama yang biasa kamu dengar di dalam dunia Esports kerana mereka telah menganjurkan beberapa kejohanan Dota 2 di rantau Asia Pasifik pada tahun 2018. Jadi mengapa mereka disaman? Ini kerana GESC telah gagal membayar mereka yang terlibat dengan acara tersebut. Mangsa termasuk pemain, pekerja kejohanan dan beberapa agensi, dengan jumlah nilai sekitar $750,000 (RM31 JUTA) harus dibayar.

Twitter@beartai

Seperti yang dilaporkan oleh Dot Esports, Valve mengambil tindakan terhadap GESC pada awal April tahun ini. Dalam satu kenyataan oleh Naib Presiden Pemasaran di Valve, Doug Lombardi berkata:

“Perjanjian kami dengan penganjur kejohanan memerlukan bayaran yang tepat pada waktu untuk peserta. Kami merasakan ini penting untuk kejayaan dalam jangka panjang. Apabila penganjur gagal mematuhi keperluan tersebut, kami akan bertindak.”

Pada bulan Oktober 2018, sebuah post telah diterbitkan oleh mereka yang terlibat, dan ia mendedahkan bagaimana perbincangan dengan CEO GESC, Oskar Feng, tidak mempunyai kesan:

“Kami memberi En. Feng dan GESC tempoh akhir pada 31 Oktober 2018 untuk menyelesaikan kes ini. Dengan tarikh akhir kini hampir, tiada komunikasi oleh GESC atau En. Feng akan melanjutkan isu kami.”

Evil Geniuses telah memenangi 2018 Dota 2 Minor di Indonesia, tetapi nilai wang $110,000 masih belum dibayar. Sumber – joinDOTA

Dota 2 bukanlah satu-satunya permainan video Esports di bawah pemerhatian Valve. Pelbagai caster, pakar analisis dan pemain mendedahkan bahawa syarikat StarLadder dari Ukraine juga mengikut jejak GESC.

Pada awal bulan Disember tahun ini, StarLadder yang aktif dalam CS: GO, Dota 2, PUBG, Hearthstone dan StarCraft masih belum membayar mereka yang terlibat untuk kerja-kerja yang dilakukan di Berlin Major pada Ogos lalu. Apabila StarLadder menafikan tuduhan itu, lebih banyak individu menentang syarikat itu. Buat masa ini, tiada tuntutan mahkamah telah difailkan terhadap StarLadder.

Sumber – Wanuxi

Tags: EsportsGESCValve
Previous Post

Sementara tengah Hangat ni, Jom kita kenali Zombi yang menakluki dunia RESIDENT EVIL 3!

Next Post

Ubisoft tengah baik hati! Beri pemain Rainbow Six Siege Operator FREE sempena Krismas ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Ubisoft tengah baik hati! Beri pemain Rainbow Six Siege Operator FREE sempena Krismas ini!

Ubisoft tengah baik hati! Beri pemain Rainbow Six Siege Operator FREE sempena Krismas ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd