Selepas menerima maklum balas daripada peserta beta PS5, hari ini Sony telah melancarkan update system software baru untuk pemilik PS5 di seluruh dunia. Update ini termasuk beberapa ciri seperti output video HDMI 1440p dan ‘gamelist’, serta ciri sosial seperti meminta ‘Share Screen’ daripada ahli parti yang lain, melihat profil rakan baharu dengan mudah dan menerima notifikasi untuk membantu anda sertai sesi game mereka dengan lebih cepat daripada party chat.
Selain itu, anda kini boleh membandingkan audio 3D dan audio stereo pada skrin yang sama dan lebih mudah mengakses Activity yang sedang berjalan daripada game hub.
YouTube Search melalui Voice Command (Preview)
Satu ciri yang saya tidak sabar untuk cuba ialah keupayaan untuk mencari video di YouTube melalui Voice Command/Arahan Suara (Preview). Dari mana-mana sahaja di PS5, termasuk semasa gameplay, anda boleh menyebut “Hey PlayStation, find [keyword] on YouTube.” Aplikasi YouTube akan buka dan hasil carian yang berkaitan akan ditunjukkan.
Namun, Voice Command buat masa ini hanya tersedia dalam bahasa Inggeris untuk akaun yang didaftarkan ke A.S. dan U.K.
Ciri-ciri baru di PS App
Selain daripada yang disebutkan di atas, Sony juga melancarkan beberapa ciri baru secara beransur-ansur untuk PS App pada hujung bulan ini di iOS dan Android:
Lancarkan sesi PS Remote Play melalui PS App
Pengguna PS App dapat melancarkan sesi PS Remote Play terus daripada aplikasi di peranti iOS dan Android. Untuk bermula, pastikan PS App sudah link ke konsol PS5 anda dan pastikan konsol itu dalam Rest Mode. Kemudian, pilih ikon “Play Using PS Remote Play” pada game hub aplikasi dan PS Remote Play akan melancarkan game secara automatik. Untuk menikmati ciri ini, pastikan PS App dan PS Remote Play dimuat turun pada peranti mudah alih atau tablet anda.
Minta Share Screen
Sama seperti ciri PS5, pengguna PS App dapat meminta ahli parti lain yang bermain di PS5 untuk memulakan sesi Share Screen, dan kemudian menonton gameplay rakan mereka daripada aplikasi. Ini menjadikannya lebih mudah untuk anda terus berhubung dengan rakan semasa dalam perjalanan.
Untuk maklumat penuh tentang update PS5 di atas, baca terus di artikel lama kami. Jika korang ingin membaca segala liputan kami tentang PS5, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post