Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Update Sonic Frontiers ‘The Final Horizon’ akan tiba 28 September – naratif baru, watak baru & banyak lagi!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 23, 2023
in Artikel, Berita, DLC, Nintendo Switch, PC, Platform, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Update Sonic Frontiers ‘The Final Horizon’ akan tiba 28 September – naratif baru, watak baru & banyak lagi!
Share on FacebookShare on Twitter

Diumumkan pagi tadi semasa Gamescom 2023: Opening Night Live, SEGA rasmi mendedahkan bahawa update “The Final Horizon” untuk Sonic Frontiers akan dilancarkan pada 28 September! Sempena itu, mereka turut mengeluarkan trailer baru yang anda boleh tonton di bawah:

Tidak banyak info yang didedahkan kecuali teaser di atas tetapi kami tahu update ini akan menampilkan jalan cerita baharu, cabaran baharu dan membolehkan kita bermain sebagai Tails, Amy, dan Knuckles. Update ini juga percuma selagi anda mempunyai salinan Sonic Frontiers (tidak kisah fizikal atau digital).

Sinopsis:

Kredit: SEGA

Untuk mencari Chaos Emerald yang hilang, Sonic terdampar di pulau yang penuh dengan makhluk luar biasa. Gunakan kuasa sambil bertarung dengan gerombolan musuh yang kuat untuk membongkarkan misteri yang tersembunyi di seluruh Starfall Island. Bantu Sonic dan selamatkan penduduk daripada ancaman besar ini!

Gameplay:

Sonic Frontiers merupakan game platformer pada 2022 yang dibangunkan oleh Sonic Team dan diterbitkan oleh Sega. Sebagai Sonic, pemain meneroka Starfall Island untuk mengumpul Chaos Emerald, selepas Sonic dan rakannya dipisahkan apabila terjatuh melalui lubang cacing. Frontiers menyepadukan elemen game tradisional Sonic the Hedgehog —seperti platforming, “ring (cincin)” dan “grind rail” — lalu memasukannya ke dalam dunia open world/open zone. Semasa meneroka dunia luasa ini, pemain boleh menyelesaikan pelbagai cabaran, melawan musuh robot dan mengakses level “Cyber Space” yang diilhamkan oleh game klasik Sonic.

Kredit: SEGA

Sonic Frontiers kini tersedia untuk PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC melalui Steam manakala update The Final Horizon akan tiba pada 28 September nanti.

Untuk membaca segala liputan kami tentang game ini termasuk review, sila tekan pautan ini.

Tags: DLCSonic FrontiersUpdate
ShareTweetSend
Previous Post

Persona 3 Reload Akan Lancar Pada 2 Februari 2024! Terokai Tartarus Dengan Gaya Baharu!

Next Post

Diablo IV umum update ‘Season of Blood’ – hapuskan musuh dengan kuasa Vampire pada 17 Oktober!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Diablo IV umum update ‘Season of Blood’ – hapuskan musuh dengan kuasa Vampire pada 17 Oktober!

Diablo IV umum update 'Season of Blood' - hapuskan musuh dengan kuasa Vampire pada 17 Oktober!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd