Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Update “Rush Duel” kini dalam Yu-Gi-Oh! Duel Links Mobile & PC! Cuba sekarang!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 29, 2023
in Android, Anime, Artikel, Berita, iOS, Kad Strategi, Mobile, PC, Steam
0 0
0
Update “Rush Duel” kini dalam Yu-Gi-Oh! Duel Links Mobile & PC! Cuba sekarang!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Konami Digital Entertainment Limited mengumumkan bahawa”Rush Duel” kini boleh didapati di Yu-Gi-Oh! Duel Links sebagai sebahagian daripada update besar percuma kepada permainan kad digital tersebut.

Sempena itu, anda boleh tonton trailer pelancaran rasmi di bawah:

Secara am, Rush Duel ialah cara baharu yang dinamik, mudah untuk faham dan menarik untuk bermain Yu-Gi-Oh! Menggunakan set kad sendiri, ia adalah a
permainan kad baharu yang berbeza sepenuhnya untuk pemain Duel Links menikmati bersama format sedia ada.

Kredit: Konami

Rasmi dilancarkan hari ini, Rush Duel boleh dimainkan dalam dunia Yu-Gi-Oh! SEVENS serba baharu yang menampilkan watak baharu dan banyak ganjaran istimewa.

Dalam Rush Duel, anda boleh menyeru seberapa banyak raksasa yang anda mahu mengikut giliran, lalu mengisi medan perang dengan kad sesuka hati. Anda mengisi semula sekurang-kurangnya lima kad pada permulaan setiap giliran, tanpa kira berapa banyak kad yang telah hilang.

Kredit: Konami

Selain Rush Duel, ada banyak ganjaran istimewa yang tersedia sekarang – dan semua orang boleh merebutnya secara percuma. Berikut adalah senarai segala kandungan baharu yang disertakan dalam update ini:

Ciri-ciri Baharu

  • Format Rush Duel (hanya boleh dimainkan menggunakan kad Yu-Gi-Oh! Rush Duel)
  • Kad baharu untuk Rush Duel
  • Dunia Baharu Yu-Gi-Oh! SEVENS
  • Watak Yu-Gi-Oh! SEVENS yang boleh dimainkan – Yuga, Luke, Gavin dan Romin
  • Kempen “Rush Duel Challenge” masa terhad yang menampilkan ganjaran istimewa

Bonus apabila log-in

  • Dek struktur Rush Duel
  • 20 pek kad percuma termasuk 10 pek Rush Duel dan pek 10 Speed Duel
  • “UR Dream Pack (Rush Duel/Prismatic)” yang menampilkan kad Prismatic UR terjamin
  • Kad Prismatic UR Dark Magician – kedua-dua edisi Rush Duel dan Speed Duel
  • Card Sleeve dan Game Mat khas (boleh digunakan dalam kedua-dua Rush Duel dan Sped Duel)
  • 1,000 Gem
Kredit: Konami

Bagi mereka yang berminat, Yu-Gi-Oh! Duel Links kini tersedia secara percuma di App Store untuk iPad, iPhone dan iPod touch, Google Play untuk peranti Android dan untuk PC melalui Steam.

Tags: MobileRush DuelYu-Gi-Oh! Duel Links
ShareTweetSend
Previous Post

Horizon Forbidden West: Complete Edition Akan Hadir ke PS5 & PC! Versi PS5 Tersedia 6 Oktober Ini!

Next Post

ASUS Malaysia umum laptop Vivobook 16 (M1605), harga semurah RM2,599 mampu beri prestasi terjamin!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Silver Palace – Adakah Sistem Gacha Cukup Mesra Untuk Pemain Free-to-Play?
Gacha

Silver Palace – Adakah Sistem Gacha Cukup Mesra Untuk Pemain Free-to-Play?

July 29, 2026
Demon Slayer: Infinity Castle Tersedia Untuk Streaming Di Malaysia – Ini Senarai Platform Rasmi
Anime

Demon Slayer: Infinity Castle Tersedia Untuk Streaming Di Malaysia – Ini Senarai Platform Rasmi

July 29, 2026
SILENT HILL: Townfall – Sebanyak Lima ‘Ending’ Berdasarkan Cara Kita Main & Mengapa Beralih Ke First-Person?
Temuramah

SILENT HILL: Townfall – Sebanyak Lima ‘Ending’ Berdasarkan Cara Kita Main & Mengapa Beralih Ke First-Person?

July 29, 2026
Next Post
ASUS Malaysia umum laptop Vivobook 16 (M1605), harga semurah RM2,599 mampu beri prestasi terjamin!

ASUS Malaysia umum laptop Vivobook 16 (M1605), harga semurah RM2,599 mampu beri prestasi terjamin!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara
Animasi

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara

July 21, 2026
Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman
Anime

Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman

July 20, 2026
BLEACH Mirrors High – Protagonis Adalah Shinigami Ciptaan Sendiri, Gameplay Berasaskan Kad, Watak Baru
Mobile

BLEACH Mirrors High – Protagonis Adalah Shinigami Ciptaan Sendiri, Gameplay Berasaskan Kad, Watak Baru

July 20, 2026
Digimon Ada Manga Baru Yang Akan Memulakan Terbitan Pada Oktober 2026
Manga

Digimon Ada Manga Baru Yang Akan Memulakan Terbitan Pada Oktober 2026

July 17, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd