Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Unboxing Yu-Gi-Oh OCG Duel Monsters “LEGACY OF DESTRUCTION” & “Essential Selection 01!”

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 25, 2024
in Artikel, Berita, Tabletop, Trading Card Game, Unboxing
0 0
0
Unboxing Yu-Gi-Oh OCG Duel Monsters “LEGACY OF DESTRUCTION” & “Essential Selection 01!”
Share on FacebookShare on Twitter

Tersedia sejak bulan lepas, para pemain boleh mengukuhkan dek mereka dengan “Yu-Gi-Oh! OCG Duel Monsters Legacy Of Destruction -English Edition for Asia- yang menampilkan banyak kad baharu. Sebaliknya, jika anda baru bermula tetapi ingin permulaan yang kukuh, anda boleh mendapatkan Yu-Gi-Oh OCG Duel Monsters Essential Selection 01 -English Edition for Asia-.

Kredit: Digital Braves

Kedua-dua merupakan booster pack untuk Asian-English Yu-Gi-Oh! Official Card Game, dan kebetulan Konami memberi dua pek tersebut kepada kami, agar boleh membuat unboxing. Tanpa melengahkan masa lagi, berikut adalah unboxing lebih mendalam untuk Yu-Gi-Oh OCG Duel Monsters “LEGACY OF DESTRUCTION” & “Essential Selection 01 versi Inggeris untuk Asia!

LEGACY OF DESTRUCTION

Kredit: Digital Braves

Pertama sekali, satu kotak Yu-Gi-Oh OCG Duel Monsters LEGACY OF DESTRUCTION -English Edition for Asia- mengandungi 30 pek, dan satu pek tambahan yang mempunyai 1 kad rare di dalam.

Tema utama merupakan dek “Gandora the Dragon of Destruction” yang dimainkan oleh Yugi Muto, protagonis siri original Yu-Gi-Oh; dan antara kad yang boleh ditemui termasuk “Silent Swordsman”, “Silent Magician”, “Gadget” dan “Marshmallon” yang berkait rapat dengan efek “Shining Sarcophagus”.

Kredit: Digital Braves

Mengikut temanya, monster utama di muka hadapan ialah versi baharu Gandora A.K.A Gandora-G the Dragon of Destruction, yang dikeluarkan untuk OCG Jepun sejak Januari 2024. Malangnya, kami tidak mendapat kad tersebut dalam unboxing ini, tetapi masih jumpa beberapa kad rare lain, seperti “Nightmare Apprentice”, “Varudras, the Final Bringer of the End Times”, dan “Bacha the Melodious Maestra”.

Lebih mengejutkan lagi, kami juga dapat kad “Number 41: Bagooska the Terribly Tired Tapir”, yang dikeluarkan untuk OCG Jepun pada 2017. Walaupun ini adalah kad lama, ia masih sangat berguna dalam meta Yu-Gi-Oh moden.

Bukan sahaja untuk pemain yang fokus kepada Gandora, pek LEGACY OF DESTRUCTION adalah upgrade yang hebat untuk dek “Ancient Gear” dan “Lightworn”, serta sangat serasi dengan beberapa dek baharu seperti dek “Melodious”.

Essential Selection 01

Kredit: Digital Braves

Unboxing kedua ialah Yu-Gi-Oh OCG Duel Monsters Essential Selection 01 -English Edition for Asia- yang mengandungi 15 pek untuk setiap kotak.

Merupakan pek yang dipilih dengan teliti dengan fokus pada kad umum yang berguna dan penting untuk setiap duel, antara contoh yang saya boleh tunjuk adalah “Accesscode Talker”, “I:P Masquerena”, dan “Gameciel, the Sea Turtle Kaiju”.

Kredit: Digital Braves

Kami juga mendapat beberapa kad yang rare dan solid seperti “Divine Arsenal AA-ZEUS Sky Thunder”, “Cosmic Cyclone”, “Apollousa , Bow of the Goddess”, dan “Thunder King Rai-Oh”.

Selain monster, pemain boleh mendapatkan kad istimewa yang menguatkan macam-macam jenis dek seperti “Dark Magician”, “Blue Eyes”, “Stardust” dan banyak lagi. Jika baru bermula, saya anggap pek ini sangat bagus untuk dibeli!

Untuk maklumat lanjut tentang kad dan pek terbaru Yu-Gi-Oh OCG Duel Monsters, anda boleh melayari media sosial rasmi mereka di SINI!

Tags: Essential Selection 01LEGACY OF DESTRUCTIONUnboxingYu-Gi-Oh
ShareTweetSend
Previous Post

Drama Honkai: Star Rail – Pelakon Suara Moze & Sunday Bermasalah!

Next Post

STALKER 2: Heart of Chornobyl Ditunda Ke 20 November, Untuk Menggilap Prestasi!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Arknights: Endfield – Update Version 1.3 Rasmi Dilancarkan, Tambah 6-Star Baru, Mi Fu!
Berita

Arknights: Endfield – Update Version 1.3 Rasmi Dilancarkan, Tambah 6-Star Baru, Mi Fu!

June 5, 2026
Hantar Karya Anda! Penyertaan SEA Game Awards 2026 Kini Dibuka!
Anugerah

Hantar Karya Anda! Penyertaan SEA Game Awards 2026 Kini Dibuka!

June 5, 2026
Elden Ring Tarnished Edition Tiba Di Switch 2 Pada Ogos 2026 Bersama DLC Baru Untuk Semua Platform!
Nintendo Switch 2

Elden Ring Tarnished Edition Tiba Di Switch 2 Pada Ogos 2026 Bersama DLC Baru Untuk Semua Platform!

June 5, 2026
Next Post
STALKER 2: Heart of Chornobyl Ditunda Ke 20 November, Untuk Menggilap Prestasi!

STALKER 2: Heart of Chornobyl Ditunda Ke 20 November, Untuk Menggilap Prestasi!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd