Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Unboxing Like a Dragon: Pirate Yakuza in Hawaii Complete Box Edition – Terjumpa Harta Karun Goro Majima!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 21, 2025
in Action, Artikel, Berita, PS5, RPG, Unboxing
0 0
0
Unboxing Like a Dragon: Pirate Yakuza in Hawaii Complete Box Edition – Terjumpa Harta Karun Goro Majima!
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, SEGA telah menghadiahkan Like a Dragon: Pirate Yakuza in Hawaii Complete Box Edition kepada kami, sebuah koleksi edisi terhad eksklusif yang penuh dengan pelbagai kejutan.

Dalam spin-off penuh aksi ini, Goro Majima menukar belati ikoniknya dengan sebilah pedang lanun, dan set ini menawarkan lebih daripada sekadar game—ia merupakan penghormatan kepada legasi gila Yakuza. Dilengkapi dengan pelbagai barangan istimewa, edisi ini adalah koleksi wajib bagi peminat tegar si “one-eyed mad dog.”

Tanpa melengahkan masa, jom kita lihat apa yang ada dalam Complete Box ini!

Apa Yang Ada Dalam Complete Box Edition?

Kotak Deluxe dengan Seni Edisi Terhad: Kotak khas yang direka dengan seni eksklusif yang mencerminkan tenaga liar dan penuh kekacauan francais Like a Dragon.

Base game Like a Dragon: Pirate Yakuza in Hawaii (PS5): Versi penuh permainan untuk PlayStation 5, di mana Majima meninggalkan jalanan neon Kamurocho untuk mengarungi lautan Hawaii sebagai kapten lanun bersama kru sendiri.

Goro Majima Pop-Up Pirate Jr: Permainan mini berbentuk tabletop di mana pemain memasukkan pedang ke dalam tong sehingga Majima tiba-tiba melompat keluar—dibuat berdasarkan permainan Pop-up Pirate.

Goro Majima Eyepatch: Replika penutup mata ikonik Majima dengan lambang ular emas. Dalam game, aksesori ini menguatkan imejnya sebagai kapten lanun, menambahkan lagi aura garangnya.

Kredit: Digital Braves

Acrylic Art Board (A4 Size): Sebuah karya seni akrilik berkualiti tinggi dengan ilustrasi eksklusif Like a Dragon: Pirate Yakuza in Hawaii. Berbeza dengan poster biasa, seni akrilik memberikan sentuhan premium yang menjadikannya koleksi berharga.

Kredit: SEGA

Selain barangan fizikal, Complete Box Edition juga dilengkapi dengan kandungan dalam game untuk pengalaman lanun yang lebih mudah dan seronok:

  • Legendary Pirate Crew Pack – Rekrut watak legenda dari Like a Dragon, termasuk Kazuma Kiryu dan Daigo Dojima sebagai kru Goro Pirates.
  • Legendary Outfit Pack – Lengkapkan Majima dengan pakaian eksklusif, termasuk baju T khas dan pakaian ikonik Yakuza yang pernah dipakai oleh Kiryu dan Taiga Saejima.
  • Ship Cusomization Pack – Ubah suai kapal lanun Majima, Goromaru, dengan reka bentuk yang diinspirasikan daripada watak kegemaran seperti Kiryu dan Ichiban Kasuga.
  • Extra Karaoke & CD Pack – Tambahkan lagu Majima Construction Song dalam mod karaoke dan nikmati lagu klasik Like a Dragon semasa meneroka dunia permainan.

Sejak daripada zaman PS2, siri Like a Dragon (dahulu Yakuza) sudahpun mempunyai pengikut setia di Malaysia. Bagi pengumpul tegar, edisi fizikal dengan barangan eksklusif sentiasa menjadi rebutan. Walaupun Deluxe Edition tersedia, Like a Dragon: Pirate Yakuza in Hawaii Complete Box Edition menawarkan koleksi fizikal bernilai seperti mainan Pop-Up Pirate Jr. dan penutup mata Majima, menjadikannya satu pelaburan premium yang berbaloi.

Stok adalah terhad dan ketersediaan mungkin berbeza di kedai masing-masing, jadi pastikan anda mendapatkannya sebelum kehabisan! Untuk maklumat lanjut termasuk di kedai mana untuk beli, sila layari laman web rasmi.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: UnboxingUnboxing Like a Dragon: Pirate Yakuza in Hawaii Complete Box Edition - Terjumpa Harta Karun Goro Majima!
ShareTweetSend
Previous Post

Assassin’s Creed: Shadows Bersifat LGBTQ+? Protagonis Boleh Gay atau Lesbian!

Next Post

Anime One Piece Kembali dengan Tayangan Perdana 2 Episod – Egghead Arc Part 2!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!
Mobile

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!

July 4, 2025
Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!
Review

Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!

July 4, 2025
Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”
Esports

Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”

July 4, 2025
Next Post
Anime One Piece Kembali dengan Tayangan Perdana 2 Episod – Egghead Arc Part 2!

Anime One Piece Kembali dengan Tayangan Perdana 2 Episod - Egghead Arc Part 2!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd