Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ultra Kaiju Monster Rancher akan tiba di Nintendo Switch pada 20 Oktober

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 25, 2022
in Artikel, Berita, Nintendo Switch, Simulator
0 0
0
Ultra Kaiju Monster Rancher akan tiba di Nintendo Switch pada 20 Oktober
Share on FacebookShare on Twitter

Bandai Namco Entertainment Asia telah mengumumkan tarikh keluaran rasmi untuk game Ultra Kaiju Monster Rancher yang bakal di Nintendo Switch pada 20 Oktober 2022!

Sempena pengumuman tarikh keluaran rasmi, trailer baharu untuk Ultra Kaiju Monster Rancher telah dikeluarkan yang menampilkan gameplay khusus “pemain menternak Ultra Kaiju dan bersaing dalam kejohanan.”

Bagi mereka yang tidak tahu, game ini adalah kerjasama antara Ultra Kaiju (raksasa-raksasa yang selalu muncul dalam siri Ultraman), dan Monster Rancher (game simulasi menternak raksasa), yang meraikan ulang tahun ke-25 pada tahun 2022.

Menggunakan sistem gameplay Monster Rancher dan Monster Rancher 2 sebagai asas, Ultra Kaiju Monster Rancher ialah game simulasi menternak “haiwan”, di mana anda membesarkan raksasa sendiri – termasuk Alien Baltan, Zetton dan Gomora.

Berikut adalah butiran lanjut bagi sesiapa yang berminat untuk membuat pembelian:

Pakej bonus pembelian awal dan & Kandungan bonus pra-pesan digital

Kaiju: “Sevenger Giant of Light Skin”

Sebuah Sevenger yang dilukis supaya mirip dengan “Giant of Light.” Anda dapat merasakan keinginannya yang kuat untuk bertarung dengan berani seperti Ultraman.

Raising Item Set

Set ini mengandungi enam item yang membantu menternak Ultra Kaiju anda:

  • Giant Cake: Salah satu kegemaran di kalangan Kaiju. Mempunyai keupayaan untuk meredakan kemarahan.
  • Gan-Q Candy: Sajian manis yang menyerupai bebola mata Gan-Q. Ia meningkatkan “accuracy.”
  • Mandarin Juice: Jus yang diperbuat daripada pokok mandarin. Ia mengurangkan keletihan dan tekanan.
  • Silver Peach: Sebuah pic perak dengan kuasa untuk memanjangkan hayat. Ia hanya boleh dimakan sekali seumur hidup.
  • Kalaragi Mango: Buah yang popular di benua itu. Ia membantu proses pemulihan.
  • Smoked Snake: Ular Mistik yang telah dimasak sehingga hitam hangus. Ia boleh digunakan untuk melatih Kaiju anda.

Untuk maklumat lanjut tentang game ini, sila layari laman web rasmi Bandai Namco Asia di sini.

Tags: nintendo switchUltra Kaiju Monster RancherUltraman
Previous Post

She-Hulk: Attorney at Law akan tayang pada 17 Ogos di Disney+ Hotstar, hadir dengan trailer baru!

Next Post

Valorant: Wakil Asia, Paper Rex raih tempat ke-2 di VCT Masters: Copenhagen

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Valorant: Wakil Asia, Paper Rex raih tempat ke-2 di VCT Masters: Copenhagen

Valorant: Wakil Asia, Paper Rex raih tempat ke-2 di VCT Masters: Copenhagen

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd