Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ulasan Sword Art Online: Alicization Lycoris! Jalan cerita tulen tapi tidak mempunyai daya tarikan yang mencukupi!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 29, 2020
in Anime, Artikel, Berita, Bimbingan, Game Review, PC, PS4, Steam, Xbox One
0 0
0
Ulasan Sword Art Online: Alicization Lycoris! Jalan cerita tulen tapi tidak mempunyai daya tarikan yang mencukupi!
Share on FacebookShare on Twitter

Sword Art Online memulakan debut lebih daripada satu dekad yang lalu sebagai siri novel ringan yang kemudian diadaptasi menjadi siri anime yang sangat popular. Walaupun dibandingkan dengan banyak siri anime lain, jadual anime SAO agak lambat (baru sahaja mula musim terakhir anime). Namun, itu tidak menghalang Bandai Namco untuk menghasilkan pelbagai game baru, dengan yang terbaru bernama Sword Art Online: Alicization Lycoris.

Konsep Sword Art Online memang sangat sesuai untuk dijadikan permainan video, kerana latar belakang siri adalah Kirito menyelami dunia permainan dalam talian yang berbeza. Walau bagaimanapun, pemaju tidak dapat mencipta pengalaman yang sama menarik seperti di dalam anime atau novel ringan. Majoriti permainan video SAO dibangunkan oleh Aquria, yang telah kembali sekali lagi dalam entri terbaru untuk membuktikan inilah game SAO yang kita tertunggu-tunggu. Baiklah! Mari mulakan ulasan ini!

GS Gameplay

Latar Belakang

Setiap game SAO sebelum ini berlangsung dalam “timeline” yang berlainan berdasarkan jalan cerita sedia ada. Sword Art Online: Alicization Lycoris mencuba sesuatu yang berbeza dengan mengikut setia pada jalan cerita Alicization sejak awal, di mana Kirito bangun di padang bunga dan mendapati dirinya hilang ingatan. Untuk info tambahan, “lycoris” adalah spesies bunga yang tumbuh di Jepun Selatan yang melambangkan semangat, kenangan sedih, perjumpaan, dan berdikari.

Rupanya kawasan baru ini dikenal sebagai “Underworld“, dan merupakan tempat yang tidak pernah dijejaki oleh Kirito. Tidak lama kemudian, Kirito bertemu teman baru bernama Eugeo dan mulakan pengembaraan baru. Pada pendapat saya, kisah “timeline” alternatif dalam game sebelum tidak berfungsi dengan baik dan pengalaman mengulangi jalan cerita anime adalah sesuatu yang lebih bagus.

Salah satu masalah besar dalam game ini adalah rentaknya, terutama pada bahagian awal. Dialognya terlalu banyak dan lama serta menggunakan gaya novel visual untuk bercerita. Anda boleh “skip” sepenuhnya setiap adegan tetapi bagi mereka yang ingin membaca, ia memerlukan masa yang lama sehingga mereka yang minat pun akan mula bosan. Digabungkan dengan “load time” yang panjang (setiap pertukaran adegan ada “loading scene” yang menjengkelkan), musuh yang menanti anda di luar pun boleh tertidur. Sekiranya anda tahu jalan cerita asal dan tidak mahu ulanginya lagi, “skip” sahaja adegan yang patut dan tumpukan perhatian pada plot watak baru Medina kerana dia direka khas untuk permainan ini sahaja.

Antara watak yang boleh dimainkan ialah:

  • Kirito (Selepas bab pertama, anda boleh mengubah suai watak seperti menukar nama, jantina, gaya rambut, warna mata, dan lain-lain)
  • Eugeo
  • Alice
  • Asuna
  • Bercouli
  • Deusolbert
  • Fanatio
  • Linel
  • Fizel
  • Eldrie Woolsburg
  • Cardinal
  • Ronye Arabel
  • Tiese Shtolienen
  • Renly
  • Scheta
  • Sortiliena Serlut
  • Leafa
  • Sinon
  • Lisbeth
  • Silica

Dunia yang luas dengan aktiviti-aktiviti menarik

Sword Art Online: Alicization Lycoris mempunyai dunia yang luas untuk anda terokai. Dunia ini penuh dengan lokasi-lokasi yang berbeza seperti bandar, gua, air terjun, pergunungan dan lain-lain. Untuk menjimatkan masa, pemain boleh melawat menara kecil yang memberi anda akses ke mana-mana lokasi yang pernah dilawat di peta dunia. Ini sangat berguna ketika kita ingin pergi ke lokasi lain, jadi saya harap anda semua manfaatkannya.

Selain daripada jalan cerita utama, game ini juga menawarkan pelbagai misi sampingan. Ini dibahagikan kepada “quest” dan “request“, bergantung pada apa yang anda sedang lakukan. Terdapat juga relik kuno di sekitar peta yang akan memberi anda tugas spesifik untuk ganjaran tambahan seperti duit dan mata XP. Pada masa lapang, jika anda ingin aktiviti yang lebih santai, kita boleh memancing, memasak atau bercucuk tanam. Misi sampingan ini semua penting untuk kita belajar kemahiran baru dan membeli senjata/perisai yang lagi kuat bagi mudahkan pertarungan akan datang.

Dunia luas ini menguatkan lagi konsep Sword Art Online: Alicization Lycoris, tetapi masalahnya terserlah pada kawalan dan pergerakan ketika merentasi dunia. Atas sebab-sebab yang tidak masuk akal, saya merasa seperti berjalan atas ais sepanjang masa kerana watak masih akan bergerak untuk satu saat lagi walaupun kita sudah berhenti.

Sistem pertempuran paling bagus dalam siri

Nasib baiklah sistem pertempuran lebih bagus daripada yang saya harapkan, di mana anda mengawal salah seorang ahli parti yang boleh ditukar pada bila-bila masa dalam pertempuran. Tekan [empat segi] untuk serangan biasa atau [x] untuk serangan kuat, yang dapat digabungkan dalam kombo manakala butang [bulat] dapat digunakan untuk menghalang serangan musuh. Dengan menekan R1 dan menekan butang D-Pad khusus, anda boleh menggunakan kemahiran watak. Menekan [segitiga] akan melambatkan masa dan membolehkan anda memilih Super Arts atau Finish Arts.

Alang-alang kita bercakap tentang kemahiran, anda mempunyai akses ke “skill tree” yang terbahagi kepada tiga laluan berbeza iaitu Attack, Defense, dan Buffer. Yang ini kemudian pun dibahagikan kepada Combat Skills dan Passive Skills, dengan setiap watak mempunyai EX Skill masing-masing. Terdapat juga Sword Skills untuk anda buka di bahagian lain di skill tree dengan menekan [segitiga]. Harus diperhatikan bahawa level maksimum ialah 50.

Walaupun sistem pertempuran cukup hebat, game ini kadang-kadang bergelut dengan kamera. Anda dapat “lock-on” pada musuh dengan menekan “analog stick” kanan, yang memudahkan anda menyerang. Namun, ini tidak bermaksud kamera juga akan menghala ke yang betul. Akibatnya, banyak pertarungan berlaku di mana saya tidak tahu apa yang berlaku, terutama sekali ketika melawan musuh ramai.

Ajak rakan-rakan weebo main bersama dalam mod multiplayer

Disebabkan permainan berlangsung dalam dunia dalam talian dengan watak yang berbeza, ramai yang tertanya jika ada fitur multiplayer. Jawapannya adalah ya. Sword Art Online: Alicization Lycoris memperkenalkan fitur ini ke dalam permainan, di mana anda boleh bermain dengan rakan-rakan lain dalam talian. Ini adalah ciri menarik yang membuat game ini terasa sedikit seperti MMORPG dan sudah tentu meningkatkan pengalaman permainan di mana kita boleh berseronok bermain bersama kawan rapat.

Pendapat

Sword Art Online tidak mempunyai sejarah yang baik dalam adaptasi permainan video dan nampaknya Sword Art Online: Alicization Lycoris tidak berjaya memecahkan tanggapan tersebut. Yang membuatkan game ini berbeza daripada yang lepas adalah ia mengikuti kisah anime asal untuk sebahagian permainan, sebelum memasuki beberapa jalan cerita baru yang menjadikan kisah mudah difahami oleh peminat lama dan peminat baru. Sword Art Online: Alicization Lycoris adalah JRPG yang menyeronokkan untuk peminat siri, tetapi memerlukan komitmen yang tinggi untuk pemain terus bertahan.

Walaupun kekal konsisten di beberapa aspek seperti sistem pertempuran, rentak jalan cerita yang tidak tentu arah, pergerakan yang tidak lancar, dan “loading time” yang lama menghalang Sword Art Online: Alicization Lycoris daripada menjadi salah satu permainan anime terbaik dalam sejarah. Sekiranya saya seronok bermain, sudah lama saya mengesyorkan Sword Art Online: Alicization Lycoris kepada semua orang. Malangnya, dalam keadaan sekarang, saya takut nanti anda yang menyesal beli. Lebih baik kita tunggu pemaju mengemas kini permainan sehingga ia lancar sebelum beli.

Itu sahaja untuk ulasan ini. Untuk segala berita tentang francais Sword Art Online, sila lawat artikel lama kami di sini. Sehingga kita berjumpa lagi, selamat ber-gaming!

Muat turun di sini
Sword Art Online: Alicization Lycoris
Publisher: Bandai Namco Entertainment
Release Date: 2020-07-09
Microsoft Windows, PlayStation 4, Xbox One
Dibawa dari jalan cerita asal anime, pratagonis Kirito akan membawa anda ke Underworld, sebuah dunia maya misteri yang terdapat di arc Alicization anime. Menampilkan aksi pertempuran yang sengit, visual JRPG yang menakjubkan dan dunia yang luas untuk ditrokai sepanjang perjalanan anda melalui permainan VRMMO SWORD ART ONLINE terkini sudah siap untuk dimulakan.

The Review

Sword Art Online: Alicization Lycoris

6 Score

Walaupun kekal konsisten di beberapa aspek seperti sistem pertempuran, rentak jalan cerita yang tidak tentu arah, pergerakan yang tidak lancar, dan "loading time" yang lama menghalang Sword Art Online: Alicization Lycoris daripada menjadi salah satu permainan anime terbaik dalam sejarah. Sekiranya saya seronok bermain, sudah lama saya mengesyorkan Sword Art Online: Alicization Lycoris kepada semua orang. Malangnya, dalam keadaan sekarang, saya takut nanti anda yang menyesal beli. Lebih baik kita tunggu pemaju mengemas kini permainan sehingga ia lancar sebelum beli.

PROS

  • Jalan cerita yang setia pada anime
  • Sistem pertempuran yang bagus
  • Dunia open-world yang menarik dan penuh aktiviti

CONS

  • Loading time yang lama
  • Kamera yang memeningkan
  • Rentak jalan cerita terlalu lama

Review Breakdown

  • Sword Art Online: Alicization Lycoris adalah JRPG yang menyeronokkan untuk peminat siri, tetapi memerlukan komitmen yang tinggi untuk pemain terus bertahan. 0
Tags: JRPGreviewsword art onlineSword Art Online: Alicization Lycorisulasan
Previous Post

Agent baru akan datang di Valorant?! Dan mungkin namanya KillJoy!

Next Post

Game baru One Piece di mobile! One Piece: The Bloodline ala-ala musou RPG!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Rancangan Untuk Final Fantasy XIV Mobile Versi Global Terpaksa Dibatalkan
Mobile

Rancangan Untuk Final Fantasy XIV Mobile Versi Global Terpaksa Dibatalkan

July 20, 2026
Elder Scrolls VI, Fallout 5 Dalam Pembangunan, Remaster Fallout 3 & Fallout: New Vegas Turut Diusahakan
Berita

Elder Scrolls VI, Fallout 5 Dalam Pembangunan, Remaster Fallout 3 & Fallout: New Vegas Turut Diusahakan

July 20, 2026
Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman
Anime

Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman

July 20, 2026
Next Post
Game baru One Piece di mobile! One Piece: The Bloodline ala-ala musou RPG!

Game baru One Piece di mobile! One Piece: The Bloodline ala-ala musou RPG!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd