“Jika pada mulanya anda tidak berjaya, mati dan mati lagi.” Itu adalah mesej untuk kebanyakan game survival horror, tetapi Song of Horror merompak anda daripada kemewahan itu.
Game survival horror third-person ini memberikan anda empat watak setiap episod; setiap watak boleh menyambung di mana yang terakhir tinggalkan, tetapi jika mereka semua mati, anda terpaksa memainkan semula keseluruhan babak dari awal. Paling menjengkelkan! Song of Horror naikkan tahap kemarahan saya sehingga saya rasa hampir hilang akal.
Anda tidak lagi terikat di dalam bilik, selamat mengetahui bahawa anda boleh mencuba lagi jika mana-mana raksasa datang dan pancungkan kepala anda. Apabila raksasa Song of Horror Episode 1 mengetuk pintu, saya sampai hampir pecahkan controller menekan kerana jika saya tidak menutup pintu , itu adalah pengakhiran saya. Developer Protocol Games menyatakan bahawa Song of Horror memaparkan “AI yang tidak dapat diramalkan, dan bertindak balas kepada cara anda bermain.”; Pada dasarnya , ini bermaksud bahawa permainan itu membuatkan anda sentiasa tertekan dengan melemparkan beberapa jumpscare kecil.
Setiap kali saya mendengar bunyi, saya berasa gemetar kerana berfikir raksasa akan kembali, walaupun ia hanya radio lama yang berbunyi. Ia adalah satu rahmat yang sumber cahaya saya tidak pernah habis ketika meneroka rumah agam ini, atau di kedai antik suram di episod kedua. Song of Horror sangat seram sehingga meraba-raba di dalam gelap pun akan membuat saya panik. Walaupun saya rasa seperti raksasa sentiasa berdekatakan; anda boleh pergi selama setengah jam tanpa melihatnya. Ia sepatutnya menjejaki anda melalui bunyi dan, akhirnya memutuskan bahawa pemain sudah cukup rehat dan BOOM! Jumpscare.
Setiap watak Song of Horror mempunyai sebab tersendiri di dalam jalan cerita, yang berpusat tentang kotak muzik yang dijampi. Malangnya, Song of Horror sedikit kurang dalam soal emosi. Ini mungkin kerana episod kelima dan terakhir tidak akan keluar sehingga Mac 2020, di mana akan ada pengakhiran gembira di mana semua watak hidup atau pengakhiran ngeri di mana semua watak mati. Setakat ini, Alexander (watak yang boleh dimainkan) nampaknya tidak peduli bahawa isterinya mungkin telah dimakan oleh entiti ghaib. Begitu juga dengan Daniel yang tidak tahu atau tidak peduli bahawa bekas isterinya telah mati di dalam rumah.
Apa yang benar-benar mendorong saya untuk bermain Song of Horror, bukanlah hubungan emosional dengan watak, tetapi perasaan lega dan bangga yang saya dapat daripada bertahan lama ketika menyelesaikan teka-teki menarik dalam permainan. Song of Horror membuat anda berasa seperti di filem seram, tetapi sebenarnya sistem permadeath yang memaksa anda menggunakan otak.
Saya ada kuiz cepat. Anda berada seorang di rumah yang seram apabila anda mendengar orang menangis dari belakang pintu. Adakah anda: (a) membuka pintu dan apabila melihat suatu sosok tubuh yang terperosok di sudut, maju ke arah mereka, atau (b) melangkah keluar dari pintu dan jangan sesekali membukanya?
Ramai pelakon filem horor akan memilih pilihan (a) manakala anda, seorang penonton, akan menjerit di skrin dan memanggilnya bodoh. Song of Horror membolehkan saya mendengar di sebalik pintu untuk menentukan sama ada ada ancaman, dari raksasa atau dari beberapa entiti lain. Saya mengambil masa untuk membiasakan diri kepada sistem ini dan berjaya membunuh dua watak membuka pintu.
Permainan ini menggunakan pendekatan yang sama dengan Resident Evil asli dengan sudut kamera yang agak statik. Oleh kerana anda melarikan diri daripada berlawan, anda tidak perlu bimbang tentang diserang oleh musuh yang tidak dapat dilihat. Song of Horror juga menggunakan beberapa helah kamera yang menarik; ia sentiasa menetapkan kamera di belakang objek atau patung supaya ia membuat seperti anda sedang diperhatikan.
Saya mengesyorkan bermain Song of Horror pada difficulty yang lebih rendah kerana ia membuat quick-time event – yang jika gagal, boleh membunuh watak anda – lebih mudah. Ia masuk akal untuk mati jika anda tidak memeriksa sama ada terdapat raksasa di dalam bilik, tetapi mati kerana anda tidak menekan butang dalam tempoh yang betul sangat lucu. Song of Horror tidak ada sistem untuk memenuhi keperluan orang yang mengalami masalah fizikal, jadi jika anda menghadapi kesukaran menekan butang controller, anda berada dalam situasi yang sangat teruk.
Sudut kamera Song of Horror yang terhad kadang-kala tidak membantu. Apabila saya sedang dikejar oleh raksasa, saya perlu berlari dan mencari tempat yang selamat untuk sembunyi. Oleh itu, saya berlari di koridor, dengan maklumat bahawa sebuah almari menunggu di sudut, di mana sudut kamera berubah dan saya menjadi cukup pening sehingga raksasa itu berjaya menangkap saya. Pandangan third-person Song of Horror memberikan perasaan yang lebih sinematik tetapi saya mendapati diri saya ingin permainan itu beralih kepada first-person. Isu ini tidak kerap muncul dalam episod kedua, yang memberikan “entiti” permainan sebuah bentuk baru yang perlu ditangani dengan cara yang berbeza.
Jika saki baki episod Song of Horror dapat mengekalkan tahap kualiti yang ditetapkan dalam dua episod pertama, peminat seram hidup pasti akan teruja. Mekanik permadeath mungkin bukan sesuatu yang digemari oleh sesetangah orang tetapi ia ada makna dan memaksa anda menjadi lebih berhati-hati untuk menambah imersif permainan. Kedua-dua babak pertama ini membina sebuah jalan cerita yang kuat dan saya tidak sabar untuk melihat bagaimana kisah ini maju. Setakat ini, Song of Horror adalah permainan survival horror yang patut dialami oleh mana-mana peminat seram yang serius. Song of Horror sudah pun keluar untuk PC melalui Steam dan kamu boleh dapatkannya sekarang!
@gamersantaimy
The Review
Song of Horror
Kedua-dua babak pertama ini membina sebuah jalan cerita yang kuat dan saya tidak sabar untuk melihat bagaimana kisah ini maju. Setakat ini, Song of Horror adalah permainan survival horror yang patut dialami oleh mana-mana peminat seram yang serius.
Discussion about this post