Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ulasan Predator Orion 3000 & XB253QGZ gaming monitor! PC kecil tapi kuat bersama paparan 240 Hz!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 23, 2020 - Updated on June 28, 2020
in Artikel, Berita, Komputer, Monitor, Produk, Review, Review Produk, Teknologi
0 0
0
Ulasan Predator Orion 3000 & XB253QGZ gaming monitor! PC kecil tapi kuat bersama paparan 240 Hz!
Share on FacebookShare on Twitter

Sekiranya anda mencari PC baru, ia mestilah cemerlang dan meningkatkan pengalaman gaming dan produktiviti. Dicipta oleh Acer, Orion 3000 (Predator PO3-620) dan Predator XB253QGZ adalah produk terbaru yang boleh masuk “wishlist” anda. Predator Orion 3000 sangat sesuai untuk gamers PC yang tidak mempunyai masa atau minat untuk mengumpul satu-satu perkakasan seperti pemproses dan grafik bagi memainkan permainan video kegemaran mereka manakala Predator XB253QGZ adalah untuk mereka yang mahu pengalaman terbaik dalam aspek paparan. Kami dijemput oleh Acer untuk mencuba dua produk terbaru ini, dan saya akan jelaskan tentang Orion 3000 terlebih dahulu.

Orion 3000

Saya menjaminkan bahawa Orion 3000 mempunyai kuasa untuk menyelesaikan setiap tugas, dengan pemproses dan kad grafik yang cukup kuat untuk melancarkan permainan video terkini. Acer Predator Orion 3000 kecil, tetapi dipenuhi dengan komponen-komponen yang mantap. Pilihan tersebut termasuk kad grafik GeForce RTX 2060 Super yang boleh pergi hingga RTX 2070 Super dan Intel Core i7-10700H CPU @2.90GHz. Itu sudah terlebih daripada cukup untuk membolehkan kesan visual yang hebat pada resolusi 4K.

Penampilan

Reka bentuk casis Orion 3000 amat berbeza dengan PC gaming lain di pasaran, di mana ia seimbang antara “simple” dan “gaming”. Ia memiliki muka depan bertekstur yang menyala dengan dua LED biru yang terletak di depan, lampu di belakang kipas casis depan dan butang kuasa segitiga di bahagian atas. Satu penambahan baru yang kita boleh lihat ialah Orion 3000 baru kini mempunyai panel kaca di sisi. Ciri ini tidak hadir di versi lama dan mungkin Acer ingin wajah baru untuk pilihan desktop mereka.

Jika anda bermain permainan video atau mendengar muzik dengan menggunakan headset, Orion memiliki satu ciri menarik. Di bahagian depan, anda boleh menarik pemegang headset jatuh untuk menggantungkan periferal apabila tidak digunakan. Ini bantu menjimatkan ruang meja dan tidak bersepah.

Predator Orion 3000 mungkin kelihatan kecil, tetapi ia sama kuat dengan mana-mana desktop yang lebih besar. Itu termasuk pilihan yang besar untuk menghubungkan periferal kegemaran anda. Di belakang, Orion menyokong HDMI, tiga penyambung DisplayPort, empat port USB-A 2.0, dua USB-A 3.1 Gen 1, port USB-C, port Ethernet RJ-45, dan port input/output audio. Di bahagian depan, ia mempunyai port USB-C, port USB-A, dan jek speaker/mikrofon.

Prestasi

Orion 3000 yang kami uji ini dilengkapi dengan memori GeForce RTX 2060 Super, Intel Core i7-10700H CPU @2.90GHz bersama 8GB DDR4, dengan 256GB SSD serta hard disk 1TB untuk gamers sekalian. RTX 2060 Super adalah kad grafik yang baik untuk permainan 4K, dan membolehkan anda memainkan sejumlah game yang mempunyai Ray Tracing. Saya tidak ingin cakap panjang, jadi mari lihat game-test di bawah: 

Keputusan di atas hanya menunjukkan sebahagian daripada kemampuan Orion 3000. Permainan video dengan grafik seperti Doom dan Rainbow Six Siege dapat dimainkan pada tetapan maksimum tanpa sebarang masalah. Walaupun mengaktifkan V-Sync, anti-aliasing tertinggi, resolusi FHD, dan lain-lain, setiap permainan masih berjalan dengan lancar. Saya tidak berpeluang untuk membuktikan teori ini tetapi saya yakin Orion 3000 boleh bermain permainan video dengan grafik yang lebih kompleks seperti Battlefield V atau Assassin’s Creed Odyssey.

Bagi kebanyakan gamers, prestasi RTX 2060 Super yang kuat dalam resolusi 1080p atau 1440p untuk pelbagai permainan video lain sudah lebih daripada mencukupi. Gamer yang melampau boleh menguji lagi prestasi dengan bermain permainan 4K pada tetapan tertinggi, tetapi pastikan anda mempunyai monitor yang mampu menyokong tetapan ini. (mungkin Predator XB3?)

Walaupun dipasarkan sebagai sistem permainan video, Orion 3000 juga dapat berfungsi sebagai sebuah “workstation” untuk tugas kreatif yang intensif pada GPU. Sekiranya memerlukan “workstation” berkebolehan untuk menjalankan pekerjaan kreatif, Orion 3000 sangat mampu untuk penyuntingan foto, penghasilan video dan “rendering” yang pantas.

Pendapat

Ini menunjukkan bahawa barisan “desktop gaming” Acer telah mencapai satu tahap yang bagus, dengan reka bentuk dan spesifikasi serba boleh. Predator baru semestinya patut dipertimbangkan jika anda sedang mencari sebuah gaming PC baru.

Walaupun Predator Orion 3000 tidak memecahkan apa-apa rekod besar, nilai sebenarnya ialah untuk prestasinya yang mantap dalam gaming yang pasti akan memenuhi permintaan dan citarasa setiap gamer – tidak kisah casual atau tegar.

Predator XB253QGZ

Mari kita teruskan ke sebuah lagi produk yang sangat istimewa di dalam senarai ujian saya iaitu Predator XB253QGZ. Ia adalah monitor 25″ inci dengan refresh rate 240 Hz yang sangat tinggi dengan response time serendah 1 ms. Secara keseluruhan, ini adalah spesifikasi yang bagus untuk bermain permainan video pada tahun 2020. Dengan sokongan G-Sync, mari kita lihat bagaimana monitor ini benar-benar berfungsi.

Penampilan

Perkara pertama yang terlintas di fikiran saya ketika melihat monitor adalah betapa agresif dan garang reka bentuknya terutama Stand-nya yang berdiri dengan tiga kaki. Nasib baiklah monitor yang berat ini boleh mengubah posisi menggunakan mekanisme laras. Ia boleh berubah ketinggian, kecondongan (dari -5 hingga 20 darjah), berputar (20 darjah ke setiap sisi), dan akhirnya – berpusing. Selain itu, engsel menawarkan pivot 90 darjah ke setiap sisi. Selain itu, ia juga miliki laras gantung headset di bahagian belakang.

Hampir semua sambungan I/O diletakkan di bahagian belakang. Di sana anda akan jumpa pengecas kuasa, dua penyambung HDMI, satu DisplayPort, bicu audio, port USB Type-B, serta dua soket USB Type-A. Di sebelah kiri, anda akan temu dua port USB Type-A.

Kualiti paparan & RGB LightSense

Predator XB253QGZ dilengkapi dengan panel jenis IPS, refresh rate maksimum 240 Hz, dan response time serendah 1 ms. Itulah fokus utama saya di sini. Butiran di skrin sangat teliti dengan warna dan ketajaman yang benar-benar menonjol serta mempunyai kualiti setaraf dengan mana-mana monitor 4K lain.

Dengan resfresh rate 240Hz, response time 0.5 ms, dan teknologi Nvidia G-Sync, frame rate yang diberi sangat licin dan lancar. Bagi pemain yang kompetitif, saya jamin anda tidak akan ketinggalan semasa bermain permainan multiplayer seperti Valorant dengan response time 0.5ms. Walaupun monitor ini sudah hebat, sekiranya anda tidak mempunyai sekurang-kurangnya GPU Nvidia GeForce GTX 1080, anda tidak akan memanfaatkan sepenuhnya kemampuan refresh rate 240 Hz milik Predator XB253QGZ.

Seperti yang anda lihat pada panel bawah, ia menempatkan sejalur lampu RGB yang dapat dikendalikan. Terdapat sembilan warna dengan 4 mod berbeza. Mod Basic Sync adalah tetapan ‘default’ untuk semua peranti yang serasi. Dengan mod Music Sync, aplikasi ini mengesan irama dan kelantangan muzik, filem, atau permainan anda dan mengubah warna dan kesan pencahayaan yang sesuai. Mod Screen Sync meniru warna yang muncul di paparan anda dan perlahan-lahan menyebar ke periferal anda, untuk memberi aliran warna dan kesan semula jadi yang organik. Mod Game Sync pula memberi anda pengalaman permainan yang mendalam dengan menyatukan corak pencahayaan mengikut peristiwa dalam permainan. Yang tinggal hanya untuk anda nikmati saja.

Pendapat

Secara keseluruhan, Predator XB253QGZ terbukti ialah satu monitor yang canggih. Ia mempunyai panel IPS yang sangat pantas, dan bagus daripada segi ‘refresh rate’ dan response time. Mengikut ukuran, monitor ini cukup besar untuk diletakkan di mana-mana meja kerja tajam dan merangkumi lebih dari 100% sRGB. Ini ialah aspek “penting” untuk gamers, kerana menghasilkan gambar yang jelas dan tajam. Untuk maklumat anda, ini bukanlah monitor yang murah tetapi menurut pandangan saya, memberikan hampir semua perkara yang anda perlukan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: AcerPCPredator Orion 3000Predator XB3 Gaming Monitorreviewulasan
Previous Post

Ulasan Acer Nitro 5 (AN515-44) baru! Masih murah tetapi prestasi makin meningkat!

Next Post

Overclock tanpa memudaratkan sistem! Ulasan Predator Helios 300 (PH315-53)!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!
Review

Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu
Review

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
Next Post
Overclock tanpa memudaratkan sistem! Ulasan Predator Helios 300 (PH315-53)!

Overclock tanpa memudaratkan sistem! Ulasan Predator Helios 300 (PH315-53)!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!
Berita

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!

May 4, 2025
Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius
Anime

Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius

May 2, 2025
Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?
Filem

Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?

May 2, 2025
Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis
Fakta & Trivia

Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis

May 1, 2025
Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!
Filem

Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!

May 1, 2025
Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat
Jom Singgah!

Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat

April 30, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd