Tidak ada syarikat telefon lain yang dapat mendekati tahap kedalaman dan kepelbagaian aksesori siri ROG Phone. Ini telah menjadi fakta ketika ROG Phone dan ROG Phone II yang dikeluarkan, bersama dengan sebuah beg bimbit yang dipenuhi dengan aksesori canggih.
Asus telah mengekalkan tahap dedikasi yang sama untuk ROG Phone 3. Namun, daripada menambah, fokus mereka kini tertumpu kepada menggilap. ROG Phone 3 tidak mempunyai beg bimbit yang penuh dengan aksesori tetapi itu tidak bermaksud bahawa Asus tidak mempunyai senarai alat baru. Diberi peluang oleh Asus untuk mencuba, kami terima satu bungkusan yang didalamnya diisi dengan beberapa aksesori menarik.
Di bawah, saya akan menjelaskan setiap aksesori baru yang hadir dengan dengan ROG Phone 3. Jika anda ingin menyelidik lebih mendalam tentang ROG Phone 3, sila lihat ulasan lama kami. Tanpa melengahkan masa, ayuh kita bermula!
ROG Kunai 3 Gamepad
ROG Kunai 3 Gamepad memperkenalkan semula konsep utama daripada ROG Kunai Gamepad lama tetapi memperbaikinya dengan reka bentuk baru yang lebih serba boleh. Sama seperti model sebelumnya, untuk memasangkannya kita perlu menggunakan bumper ROG Kunai 3. Itu bercantum ke ROG Phone 3 dengan cukup ketat sambil memecahkan sambungan Type-C di telefon kepada beberapa sambungan khas untuk Kunai Gamepad. Ini membolehkan sambungan berkabel latensi rendah dan juga menghilangkan bimbang tentang bateri kerana menggunakan kuasa daripada telefon.
Reka bentuk pun sedikit berubah daripada model sebelum, tetapi inputnya hampir sama. Alat kawalan kiri mempunyai analog stick, lengkap dengan d-pad, dua bumper di bahagian belakang dan juga butang kecil di bahagian bawah. Memang banyaklah input tambahan yang kita dapat tetapkan menggunakan perisian Asus Keymapping. Jalur cahaya bahkan boleh diselaraskan dengan pencahayaan pada ROG Phone 3.
Keseluruhan sistem mapping butang juga mudah. Ia sudah tersedia di OS dan dilengkapi dengan mapping profesional untuk banyak permainan video terkenal seperti PUBG, Mobile Legends, dan lain-lain. Ia memberi kelebihan yang terlalu tidak adil dan dianggap sebagai “cheating“, terutamanya jika anda menggunakan Asus Dock, tetikus dan papan kekunci.
Selain itu, kita dapat menggunakan Kunai 3 tanpa wayar melalui Bluetooth di mana peranti mempunyai cukup kuasa untuk pengguna bermain selama lebih kurang 8 jam di Bluetooth. Ia dicas melalui port Type-C, yang dapat digunakan untuk mendapatkan sambungan kabel antara ROG Phone 3.
TwinView Dock 3
TwinView Dock 3 baru adalah peningkatan yang cepat dan canggih daripada Asus. Daripada luar, ia sama seperti TwinView Dock generasi kedua, tetapi satu perbezaannya ialah paparan sekunder di dalam TwinView Dock 3 kini ditukar dengan sebuah model 6.6 inci 144 Hz yang lebih pantas, agar sesuai dengan paparan di ROG Phone 3.
Daripada segi perkakasan, saya mendapati ada bateri tambahan 5,000 mAh di dalam unit. Memang besar, lagi-lagi apabila kita sertakan dengan bateri 6,000 mAh di ROG Phone 3. Perkakasan lain pada aksesori termasuk “built-in cooling fan“, bicu audio 3.5mm dan port Type-C yang diletakkan berhampiran pada bahagian atas dan bawah.
Jika ada yang tertanya tentang kegunaan, paparan kedua di ROG Phone 3 masih sangat relevan. Kita akan mendapat dua pandangan berbeza, di mana setiap satu lengkap dengan launcher sendiri, yang dapat menjalankan dua aplikasi pada masa yang sama. Gaming di paparan sekunder mempunyai masa depan yang sangat cerah, tetapi mungkin memerlukan usaha untuk lebih menepati citarasa pengguna.
ROG Gaming Clip
ROG Gaming Clip adalah “adjustable phone mount“, yang dapat memuatkan mana-mana peranti dengan lebar antara 69mm dan 80mm. Ia kemudian boleh dipasangkan ke beberapa alat kawalan popular, seperti controller Xbox, PlayStation DualShock, dan lain-lain. Di dalam kotak, anda juga mendapat dua kabel USB pendek (micro USB dan Type-C) untuk menyambungkan alat kawalan ke telefon. Peranti ini boleh dilipat dan mudah untuk dibawa kemana-mana sahaja.
Secara teori, ROG Gaming Clip berfungsi dengan kebanyakkan telefon pintar, selagi anda tahu bahawa salah satu alat kawalan boleh dipasang dengan cara berwayar atau tanpa wayar. Untuk mengetahui potensi sebenar ROG Clip, saya sarankan anda memanfaatkan perisian ROG Keymapping, yang membolehkan “keymapping” yang hebat untuk controller Xbox, PlayStation DualShock, dan alat kawalan lain.
Mobile Desktop Dock
Saya tidak akan menjelaskan terlalu mendalam tentang peranti lama, seperti Mobile Desktop Dock, kerana ia adalah versi yang sama daripada ROG Phone II. Pembaca yang berminat boleh pergi ke ulasan lama kami untuk maklumat lebih lanjut.
Ia masih merupakan gajet yang paling serba boleh, daripada apa yang saya lihat setakat ini. Untuk menggunanya, Mobile Desktop Dock harus dihubungkan ROG Phone 3 dan sebuah monitor besar, dengan sambungan papan kekunci dan tetikus yang betul. Dengan menggunakan perisian Asus Keymapping, hampir semua butang kawalan dapat di-input dengan lancar. Ia terlalu canggih dan tidak disarankan untuk mana-mana permainan kerana dianggap sebagai menipu.
Mobile Desktop Dock dilengkapi dengan port HDMI 2.0 dan Display Port 1.3. Terdapat dua mod untuk dipilih -iaitu mirror atau extend. Mod Extend dapat diaplikasikan pada resolusi penuh monitor dan bahkan mempunyai versi launcher sendiri pada monitor dan UI yang berfungsi sepenuhnya pada paparan telefon. Ini bermaksud anda boleh melakukan banyak tugas atau mengaktifkan aplikasi Game Center di telefon semasa bermain di monitor untuk mengawasi statistik prestasi.
Asus ROG Cetra
Asus ROG Cetra adalah earphone (10mm driver) yang memfokus pada gaming dengan reka bentuk “in-ear“. ROG Cetra hadir dengan “active noise cancellation” (ANC) bersama dengan penyambung USB Type-C. Terdapat juga tiga set gel telinga yang akan membantu pengguna memasang earphone dengan selamat semasa sesi gaming atau bersenam.
Terdapat juga Mod Ambient untuk gamer sekalian. Semasa mod Ambient dihidupkan, earphone secara automatik akan mematikan fitur “noise cancellation” dan membolehkan pengguna mendengar bunyi di sekitar. Ini sangat berguna ketika pengguna berada dalam pengangkutan awam atau bersenam di luar. Kawalan di fon telinga ROG Cetra termasuk:
- mengubah suai tahap kelantangan
- play/pause
- mod ANC
- mod Ambient
Untuk estetika, ROG Cetra juga mempunyai logo RGB ROG yang menyala setiap kali earphone disambungkan, untuk memberikan penampilan dan reka bentuk yang lebih berorientasikan gaming. Beratnya hanyalah 26 gram.
Pendapat
Asus ROG Phone 3 direka khusus untuk memberikan pengalaman gaming yang mewah dalam bentuk mudah alih yang padat. Aksesori terbaru Asus ROG Phone 3 dilengkapi dengan semua fitur yang diperlukan oleh seorang gamer yang berdedikasi dan dapat membantu meningkatkan pengalaman tersebut.
Daripada luar, ROG Phone 3 adalah peranti yang hebat, dengan spesifikasi tinggi, dan aksesori yang banyak. Dengan harga mampu milik, kami mengesyorkan anda untuk cuba melihat telefon ini bagi memanfaatkan segala yang ia boleh beri.
Cuma, ia disasarkan untuk jenis pengguna yang sangat spesifik iaitu streamer dan pemain yang kompetitif, yang sama sekali berbeza berbanding telefon pintar lain dalam pasaran. Namun dengan spesifikasi yang canggih, dan aksesori yang pelbagai, ROG Phone 3 dengan mudah dapat menewaskan apa sahaja persaingan serta boleh digunakan untuk pelbagai tujuan selain daripada gaming.
Untuk semua info tentang aksesori ROG Phone 3, sila lawat pautan rasmi mereka di sini.
@gamersantaimy
Discussion about this post